Tsunami Hijau: PN berangan-angan agar dapat menenggelamkan 6-Negeri dalam PRN 2023

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tsunami Hijau: PN berangan-angan agar dapat menenggelamkan 6-Negeri dalam PRN 2023">
Illustrasi Image by MsiaForward

Tsunami Hijau: PN berangan-angan agar dapat menenggelamkan 6-Negeri dalam PRN 2023

  • Sinopsis": Merujuk keputusan PRN 2023, UMNO-BN menang 1 kerusi di Kelantan,  2 kerusi di Negeri Pulau Pinang & Negeri Selangor serta paling banyak 14 kerusi di Negeri Sembilan.

  • Selain itu, turut menarik perhatian ialah bagaimana kerjasama dan kepimpinan strategik di Negeri Sembilan antara Tok Mat Hasan, Anthony Loke dan Aminuddin Harun yang berjaya dengan kemenangan bergaya 2- per-3.

  • Jangan kita lupa, UMNO-BN masih menjadi Menteri Besar di Johor, Melaka, Pahang dan Perak. 

  • Justeru, janganlah bersedih apabila dilanda musibah.

  • UMNO-BN walaupun tidak mempunyai kerusi yang banyak tapi masih diletakkan rezeki menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Pastinya ada hikmah.

  • PN pula walaupun menang banyak kerusi, tapi masih dihalang daripada memegang tampuk kuasa Putrajaya.

  • Pasti juga ada hikmahnya. Jangan kecewa dengan perjuangan, Bangun,  bangkit dan binalah semula. ðŸ‡²ðŸ‡¾ðŸ˜˜ðŸ’“🇲🇾
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tsunami Hijau: PN berangan-angan agar dapat menenggelamkan 6-Negeri dalam PRN 2023">
Illustrasi Image by MsiaForward

 FORTUNA MEDIA - Perikatan Nasional (PN) berangan-angan agar tsunami hijau dapat menenggelamkan 6-Negeri dalam PRN 2023 terutama sekali di Negeri Selangor. 

Namun angan-angan tersebut akhirnya hancur berderai.

Sebaliknya PH berjaya membentuk kerajaan dengan selesa di Negeri Selangor dan menang dengan bergaya 2-per-3 di Negeri Sembilan dan Negeri Pulau Pinang.

   Baca juga:
Mengapa Isham Jalil menulis secara sinis tentang kekalahan UMNO pada #PRN2023 ini?

Di kalangan anak-anak muda di kota, mereka telah membuat keputusan untuk menolak PN selepas kekalahan memalukan Syahir Sulaiman kepada Rafizi dalam Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM.

Mereka awalnya mahu melihat disebalik retorik laungan perjuangan Melayu yang di bawa oleh PN, apakah model ekonomi yang akan dibawa untuk memperkasakan agenda Melayu.

Namun mereka kecewa apabila melihat tiada sebarang model ekonomi yang diutarakan oleh Syahir.

Kesannya, PN hanya menang di negeri-negeri yang belum membangun seperti Negeri Kedah, Negeri Perlis, negeri Kelantan dan Negeri Terengganu.

Tsunami Hijau kelihatannya hanya kuat membadai kawasan kampung namun, tidak di kawasan maju.

Orang Melayu bandar lebih bijak apabila mahu melihat apakah dasar ekonomi yang mahu di bawa dan bukanlah semata-mata sentimen kononnya Islam terancam atau sebagainya

Lagipun setelah 8 bulan berlalu, tiada langsung tindakan Datu Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mengancam Islam mahupun kedudukan atau 'Hak Bangsa Melayu'.

Malahan banyak pula majlis ilmu yang diperkenalkan di Putrajaya yang melibatkan pelbagai nama-nama besar Ulama dan Mufti antarabangsa.

Jika PN menang di kesemua 6-Negeri, ianya adalah sebuah referendum kononnya rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertukaran kerajaan atau Langkah Sheraton 2.0 akan dilancarkan. 

Riuh-rendah penipuan ditiup ke seluruh pelusuk negara seolah lepas PRN akan berlakunya perubahan Kerajaan Persekutuan.

Begitu mudah rakyat dipermainkan oleh penceramah-penceramah PN.

Apa lagi penipuan dan pembohongan yang bakal disajikan kepada rakyat?  [HSZ]

Adaptasi dari status asal by Malaysia Forward 

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

No comments