Mengapa Isham Jalil menulis secara sinis tentang kekalahan UMNO pada #PRN2023 ini?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Mengapa Isham Jalil menulis secara sinis tentang kekalahan UMNO pada #PRN2023 ini?">

Mengapa Isham Jalil menulis secara sinis tentang kekalahan UMNO pada #PRN2023 ini?

"Sungguh ironi sekali kedua-dua ulasan Isham dibawah, penuh opini prasangka dan secara tidak langsung beliau seperti melontar 'bola tanggung' terhadap lawan-lawan politik UMNO".
  • Sinopsis: UMNO telah kalah lagi semalam. Kali ini kalah teruk, hanya menang 19 kerusi dari 108. Kita menang 1 di Kelantan, 2 di Pulau Pinang, 2 di Selangor, dan 14 di Negeri Sembilan. Di 89 kerusi lain semua kita kalah.

  • Kita perlu berbuat sesuatu. Jika tidak UMNO akan terus kalah dan akan pupus terus menjelang PRU-16.
  • Berkenaan isu Presiden yang ditanya oleh akar umbi, saya telah jawab apa yang termampu di sesi-sesi dialog saya. Saya bukan orang Presiden, namun saya hormat institusi itu. Saya mohon supaya YAB Presiden dapat berjumpa akar umbi sendiri sehingga ke peringkat bawah di akar umbi dan berdialog dengan mereka untuk menjernihkan yang keruh dan memperbaiki keadaan.
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Mengapa Isham Jalil menulis secara sinis tentang kekalahan UMNO pada #PRN2023 ini?">
Illustrasi Image by isham.abdjalil 

 FORTUNA MEDIA - Hujan lebat yang turun pada dinihari Isnin [14 Ogos 2023] ditempat saya ini, tidak dapat menyejukkan hati saya dan menghalang untuk saya tidak menulis sedikit 'opini' saya, tentang ulasan saudara Isham Jalil berkaitan kekalahan wakil rakyat UMNO yang bertanding pada PRN-6/2023 ini.

Pada mulanya saya ingin menulis tajuk opini saya ini berjudul "Mengapa Isham Jalil terburu-buru menulis 'post mortem' kekalahan UMNO pada PRN2023". Tetapi setelah saya membaca secara hemat ulasan beliau, di facebooknya, saya berkesimpulan ianya bukan satu tulisan ulasan hasil "post mortem". Namun hanya satu luahan kekesalan dan mungkin juga kemarahan beliau atas kekalahan tersebut.

Mengapa saya berkesimpulan ianya bukan satu "post mortem"? Seperti kita maklum satu post mortem atau juga disebut 'bedah siasat' sudah pasti dilakukan oleh satu pasukan yang terdiri dari pelbagai kalangan, baik, dalam isu ini sudah pasti terdiri dari Ahli/VVIP parti UMNO sendiri atau boleh juga dari kalangan profesional luaran parti bahkan juga dari pemerhati politik yang kompeten.

Maka disini timbul pertanyaan saya, mengapa saudara Isham begitu cepat dan ada beberapa perenggan ulasannya yang mungkin saja akan menjadi polemik atau lontaran 'bola tanggung' untuk lawan-lawan politik UMNO menyerang parti dan Presiden UMNO khasnya. Misalnya mengutip ulasannya "Berkenaan isu Presiden yang ditanya oleh akar umbi, saya telah jawab apa yang termampu di sesi-sesi dialog saya. Saya bukan orang Presiden, namun saya hormat institusi itu. Saya mohon supaya YAB Presiden dapat berjumpa akar umbi sendiri sehingga ke peringkat bawah di akar umbi dan berdialog dengan mereka untuk menjernihkan yang keruh dan memperbaiki keadaan".

Berkaitan ulasannya: "Saya bukan orang Presiden". Apa perlunya beliau menulis demikian?.

Dan kedua: "
Saya mohon supaya YAB Presiden dapat berjumpa akar umbi sendiri sehingga ke peringkat bawah di akar umbi"  Apakah sebelum PRN ini atau sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak menjawab dan menerangkan segala serangan dan tohmahan kepada beliau secara pribadi khasnya, mahupun terhadap parti UMNO? 

"Sungguh ironi sekali kedua-dua ulasan Isham tersebut, penuh opini prasangka dan secara tidak langsung beliau seperti melontar 'bola tanggung' terhadap lawan-lawan politik UMNO".

Padahal kalau secara sekilas Saya membaca kembali saat Isham "ditarik" ke pusat dari jawatannya dalam parti UMNO di Negeri Selangor, adalah secara langsung atau tidak, mungkin saja ehsan dan saran dari Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri atau mungkin juga ada sedikit 'bisikan" dari orang-orang sekitar Datuk Seri Najib Razak waktu itu, Wallahu A'lam.

Mengutip, ada satu kalimat yang diucapkan Tacitus, 1900 tahun yang lalu:

"Manusia lebih siap membalas dendam daripada membalas jasa, kerana membalas jasa adalah beban, dan membalas dendam adalah kepuasan"

Banyak lagi rasanya yag mahu saya tulis berkaitan ulasan saudara Isham tersebut, cuma, biarlah dahulu. Dan lagipun jika terlalu panjang tentu membosankan Anda 😇

Namun apapun ulasan dan opini saudara Isham itu juga hak beliau sebagai Ahli UMNO merangkap titel jawatannya sekali. Cuma bagi pendapat saya pribadi, beliau sangat terlalu terburu-buru menulisnya. Padahal para pendukung kuat UMNO yang popular dan rakan -rakan kita yang rajin menulis tentang sepak terajang parti UMNO, seperti RFLias, Tun Carlos, 
Abdul Rahim Hilmi Zakariya, Nabeel Naqie, Chu Lan dan lainnya (maaf sekedar menyebut beberapa nama) mereka masih berkobar-kobar menjawab serangan broker dan penyokong PN and the gang di media masing-masing.

Sekian saja dahulu, jika ada ulasan saya diatas menyinggung perasaan saudara Isham Jalil, Maafkan saya, tak bukan ianya, teguran ikhlas Saya sebagai follower Anda selama ini. Anda punya masa depan yang cerah dan berpotensi untuk lebih progresif dalam parti UMNO khasnya. InsyaAllah.[HSZ] 

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics,  BeritaPolitik, News & Politics, Opinions,

Follow me at;
twitter.com/romymantovani
facebook.com/romyschneider

linkedin.com/in/RyanSchneider

pinterest.com/helmynetwork
 

  RELATED POST:

Tahukah Anda? Malaysia adalah pelabur Asing terbesar di Kanada ketika Najib jadi PM
Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?
Pandemic Period: Datuk Seri Najib Gunakan Pendekatan "Cash is King" Untuk Selamatkan Negara


No comments