Kompleks Nasyrul Al-Qur'an, Pusat Percetakan Al-Qur'an yang kedua terbesar dunia di Putrajaya

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kompleks Nasyrul Al-Qur'an, Pusat Percetakan Al-Qur'an yang kedua terbesar dunia di Putrajaya?">

Kompleks Nasyrul Al-Qur'an, Pusat Percetakan Al-Qur'an yang kedua terbesar dunia di Putrajaya

  • Pusat Percetakan, Kompleks Nasyrul  Al-Qur'an, yang kedua terbesar di dunia selepas Negara Arab Saudi, yang merupakan projek Dato' Seri Najib Razak. Dibina di pusat pentadbiran Negara, Putrajaya.

  • Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, kerajaan memperuntuk sebanyak RM30 juta.

  • "Pusat ini, atas inisiatif kerajaan bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah al-Qur'an setahun untuk diedar ke seluruh dunia".

  • "Selain itu, pusat ini akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat,"  kata Dato' Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2015 bertema 'Ekonomi Keperluan Rakyat' di Dewan Rakyat pada Juma'at".

  • Walau di penjara, jasa dan pahalanya mencurah-curah! 🥲🥰

  • Semoga Allah Azza Wa Jalla segera membebaskan Dato' Seri Najib Razak. 🤲🏼

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kompleks Nasyrul Al-Qur'an, Pusat Percetakan Al-Qur'an yang kedua terbesar dunia di Putrajaya?">

FORTUNA MEDIA - PUTRAJAYA – Wakaf al-Qur'an adalah program amal jariah mengumpul dana bagi penerbitan al-Qur'an untuk diwakafkan kepada Negara minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kompleks Nasyrul Al-Qur'an, Pusat Percetakan Al-Qur'an yang kedua terbesar dunia di Putrajaya?">


Program amal jariah ini adalah inisiatif Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan telah dilaksanakan sejak tahun 2007.

Pelaksanaan program itu dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kerjasama Yayasan Restu.

Yayasan Restu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan usaha penyalinan beratus-ratus lembaran ayat suci al-Quran beriluminasi penuh melengkapi sebuah Manuskrip Mushaf.

Manuskrip al-Qur'an disalin tangan menggunakan 'handam' atau 'batang resam' yang diambil dari 'pokok paku pakis' yang hidup liar melata di kaki bukit. Manakala ragam motif mengaplikasi khazanah seni visual berlandaskan Islam di setiap Negeri di Negara Malaysia ini.

Usaha itu dimulakan pada 1994, yang julung kalinya berlaku di Negara ini sejak kejatuhan Empayar Kesultanan Melaka pada 1511.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kompleks Nasyrul Al-Qur'an, Pusat Percetakan Al-Qur'an yang kedua terbesar dunia di Putrajaya?">

"Kompleks Nasyrul Al-Qur'an pusat pengeluaran al-Qur'an kedua terbesar di dunia".

"Berupaya cetak 1-3 juta naskhah setiap tahun".

"Pusat ini lengkap sebagai institusi "

  • penyelidikan
  • percetakan
  • pentaksiran
  • penterjemah dalam pelbagai bahasa
  • penerbitan dan 

  • pengagihan 

"Ia juga memberi fokus kepada seni khat".

"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan kemuliaan-Nya membimbing kita, merahmati kita, memberkati segala usaha murni kita".

Penghasilan Mushaf oleh Yayasan Restu adalah sesuatu yang eksklusif untuk Negara Malaysia kerana teks al-Qur'an itu adalah hasil salinan tangan anak Malaysia, bukan diambil daripada Negara luar.

Pemberian Mushaf secara percuma kepada kumpulan minoriti Islam atau pihak yang memerlukannya bertujuan memudahkan mereka membaca, mempelajari dan mengajarkan kepada orang lain di kalangan komuniti mereka.

Program Wakaf al-Qur'an ini telah memasuki tahun kesebelas pelaksanaan dan lebih 300,000 naskhah al-Qur'an wakaf telah dicetak dan diagihkan ke Negara seperti Kemboja, Indonesia, Myanmar, Nigeria, Australia, New Zealand, Palestine dan memenuhi keperluan organisasi, sekolah serta lain-lain yang memohon di peringkat dalam negara.

Sejak dilaksanakan, pelbagai pihak telah memberi sokongan terhadap program ini terutama beberapa syarikat telekomunikasi.

Sokongan terhadap usaha ini diharap dapat dilonjakkan lagi bagi menzahirkan hasrat supaya Nasyrul Al-Qur'an dapat mencetak sehingga satu juta al-Qur'an setahun dan menjadikan Malaysia sebagai Negara pengeluar Mushaf kedua terbesar di dunia selepas Negara Arab Saudi.

Tahun ini, persetujuan telah dicapai dengan Kementerian Pendidikan agar program Wakaf al-Quran peringkat kebangsaan diwar-warkan di peringkat sekolah harian dalam tempoh tiga bulan mulai Jun hingga Ogos ini.

Nasyrul Al-Qur'an adalah sebuah pusat percetakan al-Qur'an bersepadu utama di rantau Asia Tenggara yang dibangunkan di atas tanah seluas 5.514 ekar di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kos keseluruhan projek itu sebanyak RM60 juta bagi tujuan pembinaan dan pembelian mesin cetak yang dibantu oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kompleks ini dibina demi pelaksanaan cita-cita murni negara bagi memiliki sebuah pusat pengeluaran al-Qur'an bertaraf antarabangsa dan kedua terbesar di dunia.

Nasyrul Al-Qur'an diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud “Penyebaran al-Quran”. Ia memberikan gambaran fungsi kompleks ini sebagai pusat penyebaran al-Qur'an bermula daripada bidang penyelidikan, percetakan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan seterusnya pengagihan al-Qur'an.

Selain itu, pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat serta penggemar seni khat dari dalam dan luar negara. Ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu kemajuan syiar Islam kepada Malaysia dan Putrajaya khususnya.

Fasa 1 pembangunan Nasyrul Quran yang meliputi kawasan kilang dan tempat mesin percetakan telah siap dan akan mula beroperasi.

Sememangnya kejayaan fasa pertama bahagian kompleks percetakan al-Qur'an ini adalah daripada usaha gigih pelbagai pihak iaitu kerajaan pusat, Yayasan Restu dan beberapa jabatan khususnya KDN (Kementrian Dalam Negeri) dan Perbadanan Putrajaya yang membolehkan Nasyrul Al-Qur'an beroperasi sempena tarikh peristiwa Nuzul Quran tahun ini (2017).

Yayasan Restu yang diterajui Datuk Abdul Latiff Mirasa telah melaksanakan usaha murni untuk kebaikan ummah ini sejak 30 tahun lalu dan sehingga kini, yayasan itu telah mencetak lebih sejuta naskhah al-Qur'an untuk masyarakat Islam di dalam dan luar negara.

Nasyrul Al-Qur'an kini sedang dalam usaha untuk mencetak sebanyak satu hingga tiga juta Naskhah al-Qur'an dalam jangka masa setahun dan dengan kemampuan mesin yang dibeli serta dibawa masuk ke pusat percetakan itu dijangka boleh mencapai jangkaan cetakan berkenaan.


Terdapat 10 projek al-Qur'an yang sedang diusahakan iaitu;

1- Al-Qur'an Mushaf Malaysia dan terjemahan Bahasa Melayu (untuk Penjara-KDN)

2- Al-Qur'an Al-Karim Malaysia terjemahan Bahasa Cina

  •  Al-Qur'an Mushaf Malaysia terjemahan pelbagai bahasa (Tamil, Iban, Orang Asli, Tagalog, Rusia, Khmer)

1- Al-Qur'an Al-Razzaq

2- Al-Qur'an Tajwid

3- Al-Qur'an terjemahan Lafziyyah (perkata) Bahasa Malaysia

  • Al-Qur'an terjemahan Lafziyyah (perkata) Bahasa Inggeris
  • Indeks Al-Qur'an

1- Al-Qur'an Mushaf Malaysia dan terjemahan Edisi Jawi ( Melayu-Arab )

2- Al-Qur'an Multimedia

Pembukaan Nasyrul Al-Qur'an ini merupakan petanda baik untuk Ummah dan Negara Malaysia ini dalam pembudayaan ilmu al-Qur'an di kalangan masyarakat.

Seluruh Rakyat Malaysia diminta supaya terus menyokong usaha murni ini. Semoga setiap pengunjung kompleks ini dapat dihadiahkan sebuah mushaf hasil cetakan Nasyrul Al-Qur'an dan sokongan orang ramai khususnya dalam bentuk sumbangan wakaf sangat bermakna agar legasi al-Qur'an sebagai usaha dakwah dapat diteruskan pada masa kini dan akan datang. – MalaysiaGazette  [HSZ]

Editor; Romy Mantovani

 #TAGS : #BeritaPolitik,  #PoliticsNews, #Pusat Percetakan Al-Quran, #Nasyrul Al-Qur'an, #Islam,

VIDEO ; 


No comments