Pelantikan Menteri Besar Negeri Pahang dan Negeri Perak Mercu Landskap Politik Baharu Malaysia
Pelantikan Menteri Besar Negeri Pahang-2022 |
Pelantikan Menteri Besar Negeri Pahang dan Negeri Perak Mercu Landskap Politik Baharu Malaysia- Sesungguhnya Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa menaikkan sesuatu Kerajaan dan menurunkan sesuatu Kerajaan. Dan memuliakan seseorang dan menghinakan seseorang hambanya. Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah Ta'ala perancang terbaik.
- Usaha keras dan tak pernah kenal jemu YB DS Zahid Hamidi membuahkan hasil yang baik. UMNO/BN menjadi sebahagian dari Kerajaan. Menjadi Kerajaan lebih baik, daripada menjadi pembangkang seperti Perikatan Nasional.
- Parti UMNO/BN Tidaklah mati terkubur seperti hasrat Tun M dan Mahyudin. Hidup UMNO/BN !
- Jalan terus DS Zahid Hamidi yang penting kita ikhlas demi ABATA. Semoga dapat sama2 memimpin dalam Kabinet PM DS Anwar Ibrahim.Insya Allah.
- Sesungguhnya Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa menaikkan sesuatu Kerajaan dan menurunkan sesuatu Kerajaan. Dan memuliakan seseorang dan menghinakan seseorang hambanya. Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah Ta'ala perancang terbaik.
- Usaha keras dan tak pernah kenal jemu YB DS Zahid Hamidi membuahkan hasil yang baik. UMNO/BN menjadi sebahagian dari Kerajaan. Menjadi Kerajaan lebih baik, daripada menjadi pembangkang seperti Perikatan Nasional.
- Parti UMNO/BN Tidaklah mati terkubur seperti hasrat Tun M dan Mahyudin. Hidup UMNO/BN !
- Jalan terus DS Zahid Hamidi yang penting kita ikhlas demi ABATA. Semoga dapat sama2 memimpin dalam Kabinet PM DS Anwar Ibrahim.Insya Allah.
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - 1. Kerjasama BN-PH dalam membentuk kerajaan di Negeri Perak dan Negeri Pahang adalah berdasarkan prinsip untuk membawa kestabilan kepada kerajaan negeri dan memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
2. Kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan untuk diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan.
3. Kerjasama yang dibina oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Perak dan Negeri Pahang juga memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum dan meraikan kepelbagaian sesuai dengan demografi negeri yang merupakan asas kepada pembentukan kerjasama strategik.
4. Kerjasama antara blok adalah pilihan dan pendekatan baharu ini akan menjadi perintis kepada perpaduan dan keharmonian kerajaan agar fokus pembangunan dapat diteruskan.
5. Keterbukaan ini mencerminkan bahawa BN-PH merintis jalan baharu untuk membawa politik centrik, jalan kesederhanaan dan matang.
6. Kesemua ini selari dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Yang Dipertuan Agong dan kini ia berbentuk kerajaan campuran selepas Perikatan Nasional menolak menyertainya.
RELATED POST
PASCA PRU-15. SIAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA ?
PASCA PRU-15. DS ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
Pelantikan Menteri Besar Negeri Perak-2022 |
Namun semangat perpaduan tetap menjadi inti atau teras utama kerajaan ini.
7. Kerjasama strategik ini tidak sama sekali mengabaikan prinsip parti #UMNO. Ini berdasarkan dua perkara:
Yang pertama, penolakan sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah untuk berdepan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dan bukannya untuk pasca pilihan raya.
Yang kedua, kerjasama ini adalah berlandaskan titah DYMM Yang Di Pertuan Agong yang inginkan Kerajaan Perpaduan terbentuk.
8. Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama 'lidi seikat' ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam.
9. Kesinambungan politik ini tidak akan menghilangkan identiti parti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan Bangsa. Sesuai dengan perkembangan ia perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif.
10. UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap moderate, sederhana, centrik dan progresif dalam menangani perubahan.
11. UMNO juga menolak parti politik menggunakan agama untuk berpolitik, sebaliknya UMNO secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. [HSZ]
Inspired ; DS Ahmad Zahid Hamidi
#MenjunjungTitahYangdiPertuanAgong
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
VIDEO :
No comments
Post a Comment