PASCA PRU-15. SIAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA ?
- DYMM YDP Agong cuma perlu pilih ahli parlimen yang PADA HEMAT Baginda ada sokongan majoriti. Tiada keperluan untuk pembuktian apa-apa.
- Selepas dilantik, Perdana Menteri (PM) itu boleh mengusahakan CSA dengan pembangkang atau menarik parti-parti pembangkang lain menyertainya dalam Kabinet.
- Kalau dia gagal dan sombong sehingga Sidang Parlimen, maka dia akan ditumbangkan ketika itu dalam undi tak percaya.
- Maka dalam keadaan sekarang, PM kerajaan minoriti itu mesti seorang yang tahu tawar-menawar dan hormat hak setiap parti. Siapa saya tak tahu. YDPA lebih tahu.
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -Tuanku YDP Agong bukan sahaja mahukan kerajaan yang stabil. Tetapi juga mengkehendaki kerajaan baginda itu merangkumi komposisi kaum serta penglibatan wakil dari Borneo
Justeru apabila GPS (Gabungan Parti Sarawak) mengeluarkan kenyataan berkecuali sepertimana Barisan Nasional (BN), Maka apa juga SD yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak ini dikira terbatal. Jadi tak perlu persoal kenapa Tuanku tak terima sambil tayang kononnya SD dah cukup.
Maka Baginda Tuanku cadang gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Melalui gabungan ini, kerajaan yang terbentuk akan mempunyai sekitar 110 ahli parlimen Melayu dan 45 ahli parlimen bukan Melayu. Ia melambangkan komposisi kaum sedia ada dan lebih baik apabila ditambah GPS dan GRS
Tetapi TS Muhyiddin menolak permintaan Tuanku.
RELATED POST
Dato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia
Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak
PROJEK BATTERSEA POWER STATION BUKTI VISI INVESTMENT DS NAJIB RAZAK BUKAN SATU PEMBAZIRAN
Pilihan kedua, adalah gabungan BN - PH - GPS dan GRS. Ahli Parlimen Melayu akan menjadi sekitar 62 orang sementara bukan Melayu 48 orang. Sebelum ditambah 29 wakil Borneo. Ia juga memberikan komposisi kaum dan wilayah yang baik.
Tetapi ia akan menjadikan kumpulan solid Melayu PN sebagai pembangkang. Tiada pembangkang dari kaum lain.
Pilihan ketiga adalah gabungan PN - BN - GPS dan GRS. Gabungan ini sebenarnya mempunyai ahli parlimen bukan Melayu yang minimum. Kerajaan yang dibentuk akan menjadi terlalu Malay-centric dan tidak sesuai dengan fabrik sosial negara.
Ada yang kata salah Cina dan India lah sebab solid pangkah PH / DAP. Biarlah mereka tiada wakil dalam kabinet.
Masalahnya, semua parti baru yang ditubuh hanya berminat nak menggantikan UMNO. Tiada pula yang berminat mengganggu dan menggantikan DAP
Maka semoleknya BN dan GPS kekal sahaja sebagai pembangkang. Tak perlu bagi sokongan kepada sesiapa. Terpulang kepada bijaksana Tuanku Sultan untuk menguruskan pembentukan kerajaan baru
Saudara2 sign CSA saja kepada gabungan yang diperkenan Tuanku sebagai bukti kerajaan itu kelak tidak akan ditumbangkan. Tiada masalah pun jika PN atau PH menjadi kerajaan minoriti.
Negara Kanada sejak 2019 (Justin Trudeau) ditadbir kerajaan minoriti. Sepanyol, Sweden, Norway dan Crotia sampai sekarang juga diperintah kerajaan minoriti.
Elok sahaja hidup.[HSZ]
Inspired, Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
VIDEO :
No comments
Post a Comment