PASCA PRU-15. DS ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
PASCA PRU-15. DS ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
- Menang 121 kerusi Parlimen PRU-14/2018, DS Anwar Ibrahim masih gagal menjadi Perdana Menteri.
- Menang 82 sahaja kerusi parlimen PRU-15/2022, tetapi Allah takdirkan DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
- Menang 79 kerusi parlimen PRU-14/2018, dihina dicaci dibuat pendakwaan politik, menjadi pariah sampai nak buat serah kuasa secara aman pun tak dipeduli.
- Menang 30 sahaja kerusi Parlimen PRU15/2022, Barisan Nasional (BN) tetapi menjadi king maker, menentukan siapa yang menjadi kerajaan. Menggoyahkan setiap pendirian parti-parti lain dan menjadi pemusnah impian parti yang lebih besar.
- Begitulah kuasa Allah Ta'ala. RancanganNya sentiasa mengatasi rancangan manusia. KuasaNya sentiasa mengatasi usaha manusia.
- Dia memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia mencabutnya daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
- Kepada Allah Ta'ala kita berserah. Dan kepadaNya kita meletakkan sepenuh penggantungan.
- Tahniah DS Anwar Ibrahim. Selamat bertugas Perdana Malaysia ke 10 Malaysia.
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Masih terlalu awal kalau kita nak puji atau kritik kerajaan baru. Dan masih terlalu awal untuk kita kata keputusan Perikatan Nasional (PN) kekal pembangkang tunggal itu baik atau buruk.
Saham naik pada hari Khamis [24 November 2022] bukanlah kerana DS Anwar jadi PM. Tapi sebab kenyataan media UMNO pada awal pagi yang menandakan ketidaktentuan politik telah tamat.
Sebab itu pasaran saham telah melonjak walaupun Mesyuarat Raja Raja berkenaan pelantikan Perdana Menteri (PM) ke-10 belum bermula.
Ringgit Malaysia (RM) naik pada hujung minggu lepas bukan kerana DSAI jadi PM. Tapi sebab Minit Mesyuarat Federal Reserve Amerika Syarikat disiar pada 23 Nov bersetuju untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah negara mereka.
Hampir semua matawang Asing naik berbanding USD pada Khamis lepas.
Jika hendak kritik atau puji kerajaan kena tunggu "dua benda" tersebut dahulu. Saya serik sudah puji Perdana Menteri yang berdoa dalam TV. kemudian akhirnya PM tersebut menyusahkan segenap Rakyat dan Negara Malaysia dengan buat darurat dan PKP Separuh Masak.
Andai kata Perdana Menteri hari ini tiba-tiba berkhutbah Juma'at di Masjid Negara minggu depan pun saya takkan ambil sebagai indikator utama. Jangan terkejut kalau DS Anwar buat begitu. Sebab zaman dia TPM dulu pun memang hobi dia berkhutbah Juma'at di seluruh negara.
RELATED POST
PASCA PRU-15. SIAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA ?
Apa dua benda tersebut?
Pertama susunan anggota Kabinet Malaysia. Kedua polisi dan hala tuju negara Malaysia.
Susunan kabinet penting untuk kita tengok adakah kerajaan hari ini akan stabil. Sekiranya formula zaman Tun Mahathir yang mengutamakan '2nd tier' dalam Part Keadila Rakyat (PKR) untuk jawatan kabinet berulang. Maka pembentukan kerajaan ini juga takkan bertahan lama.
Begitu juga susunan kali ini akan menunjukkan adakah ada parti-parti tertentu yang mendominasi kerajaan. Serta adakah wakil yang bermasalah akan dilantik semula.
Ketidakseimbangan parti dan wakil kaum dalam kerajaan adalah penyebab kepada wujudnya ketegangan kaum dan ketidakstabilan sebelum ini.
Sebab itu Yang Di Pertuan Agong, Titah Kerajaan Perpaduan
Polisi ekonomi pula kita kena tengok pembentangan bajet mini dan Belanjawan 2023. Di situ kita akan nampak apa sebenarnya hala tuju kerajaan dan reaksi antarabangsa terhadap negara kita.
Kalau Kerajaan ini amal dasar jimat-cermat (austerity), naikkan kadar faedah dan kurangkan bantuan maka kita akan ada masalah. Tetapi kalau kerajaan hari ini berani berbelanja, utamakan ekonomi makro (ekonomi rakyat) berbanding ekonomi mikro, maka kerajaan ini akan ada harapan.
Pada ketika itu, barulah kita boleh kata turun naik Ringgit Malaysia atau saham berlaku kerana kerajaan
Hakikatnya kerajaan ini belum benar-benar teruji walaupun mendapat kelebihan 2/3 majoriti melalui "royal decree YDP Agong".
Untuk kita benar-benar menilai kerajaan, maka sebulan yang pertama ini akan menjadi waktu paling genting untuk mereka.
Sepertimana kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2018 dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2020, saya juga akan mendoakan kebaikan untuk kerajaan ini dan pentadbirannya
Sebab kalau kerajaan ini rosak. Maka yang merana tetap kita sebagai Rakyat Malaysia. Na'uzubillahi min zalik [HSZ]
----
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
VIDEO :
No comments
Post a Comment