Kronologi Auta Lawan BN berkait PRU-15, Pembangkang PH Semakin Hilang Sokongan Massa

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kronologi Auta Lawan BN berkait PRU-15, Pembangkang PH Semakin Hilang Sokongan Massa">

Kronologi Auta Lawan BN berkait PRU-15, Pembangkang PH Semakin Hilang Sokongan Massa

  • Jentera BN perlu bingkas menjelaskan kepada rakyat iaitu lawan BN membantah PRU-15 bukanlah kerana musim hujan.
  • Rakyat perlu dibentangkan dengan fakta lawan BN telah menolak proses demokrasi daripada dilangsungkan sejak tahun lalu.
  • Bermula alasan Covid-19 masih ada ketika imuniti kelompok telah dicapai dan segala aktiviti sosial/ekonomi kembali beroperasi.
  • Kemudian memberi pula alasan tidak perlu diadakan PRU-15 kerana pembangkang telah menjalin MoU dengan kerajaan.
  • Muslihat sebenar lawan BN enggan berdepan PRU-15 kerana tahu mereka ditolak oleh majoriti rakyat harus diketahui masyarakat.
  • Fakta itu penting diperjelaskan agar rakyat mampu membuat pertimbangan yang saksama dalam menilai fitnah baharu.
  • Rakyat perlu difahamkan PRU-15 amat penting bagi membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh untuk berdepan risiko bencana.
  • PRU-15 amat mustahak bagi membentuk kerajaan yang berdaya mendepani ramalan kemelesetan ekonomi global tahun depan.     RELATED POST
    Waspada “Malaymophobia” Agenda Chauvinist Ultra Kiasu 
    Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak
    Dato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - 
Berikut kronologi auta lawan BN berkait PRU-15 :
  1. 28 Mac 2021: UMNO minta PRU-15 diadakan apabila tempoh darurat tamat pada 1 Ogos 2021 bagi mengembalikan kestabilan.
  2. 1 April - 31 Ogos 2021: Mereka beri alasan Covid-19 masih ada sedangkan aktiviti sosial mahupun ekonomi telah kembali sepenuhnya. Negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.
  3. 13 Sept 2021: Mereka bergegas memeterai MoU dengan kerajaan selepas tarikh 1 Ogos berakhir dan menetapkan PRU-15 tidak boleh diadakan sebelum Julai 2022.
  4. 10 Mac 2022: Mereka menawarkan kerajaan lanjutan MoU dengan syarat tidak adakan PRU-15 selepas Julai 2022.
  5. 23 Mac 2022 : Mereka mengagalkan usul kerajaan melanjutkan peruntukan Akta SOSMA negara menyebabkan MoU terbatal.
  6. 24 Mac 2022: Mereka menafikan MoU telah terbatal dan menegaskan PRU-15 masih belum boleh diadakan.
  7. 1-30 September 2022: Mereka bantah PRU-15 diadakan tahun ini dengan alasan negara telah memasuki musim hujan.
  8. 2 Oktober 2022: Mereka bantah PRU-15 tahun ini kerana didakwa tidak menghormati sambutan perayaan Deepavali.

Rumusannya mudah sahaja. Lawan BN tahu fitnah dan janji-janji baharu mereka tidak dapat memperdayakan Rakyat Malaysia lagi.
Mereka berharap alasan musim hujan dapat terus 'membeli masa' untuk mengelak daripada berdepan penentuan rakyat. [HSZ]
#demikesejahteraan Sumber ; DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 TAGS : #Opini, #PoliticalNews, #newspolitics,#Malaysia, #PRU15,

VIDEO ; 

"Tidak Usah Ajar Agong.Kita Bukan Raja," -- Datuk Zaid Ibrahim bidas Tommy Thomas

No comments