Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak">

Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak

  • Sepanjang 10 tahun Inilah yang PM Dato' Sri Najib Razak laksanakan
  • DEMI RAKYAT MALAYSIA

FORTUNA MEDIA - Saya lihat ramai yang bergembira apabila Dato' Sri Najib Razak  dipenjarakan oleh Mahkamah Malaysia. 

Mereka lupa tentang jasa-jasa, khidmat Dato' Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Mereka hanya ingat dan percaya yang beliau mencuri duit rakyat berjumlah berbillion ringgit dan ini dikuatkan lagi dengan pengaruh sebaran info-berita berunsur fitnah dan hoax berkaitan Dato' Sri Najib Razak dan parti UMNO/BN  yang dilancarkan secara gencar berterusan oleh cybertrouper bayaran pro DAP/Pakatan Harapan, selama bertahun-tahun hingga pilihanraya umum ke-14 pada tahun 2018.

Mereka begitu, bukan hanya kerana lumrah manusia itu yang mudah alpa dan sukakan fitnah. Jika manusia itu tidak alpa dan sukakan fitnah, Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan mengingatkan manusia tentang hakikat diri mereka ini di dalam Al-Qur'an. 

    RELATED POST 
Dato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia
Dato' Sri Najib Razak Tinggalkan Nota Terakhir Atas Meja Untuk Keluarga


Saya secara peribadi tidak mengenali 
Dato' Sri Najib Razak. Kami tidak pernah bersua dan bersembang dari hati ke hati berdua. Jadi, bukan mudah untuk Saya hakimi diri beliau. Namun, Saya tidak rasa Dato' Sri Najib Razak seorang yang ikut cara menyamun duit rakyat supaya dapat hidup senang lenang sebab beliau berasal daripada keluarga yang sudah lama kaya-raya yang memang mudah untuk dapatkan kemewahan dan wang ringgit. Jadi, tiada keperluan untuk beliau merompak duit rakyat lagi. 

Lain pula kebiasaannya bagi mereka yang asalnya hidup susah, anak seorang political leader contohnya. Duit dan kemewahan adalah sesuatu yang mereka dambakan dan tidak sesekali mereka mahu kembali ke zaman susah itu. Orang seperti ini jika kita mahu hukum mereka, rampas lah harta benda mereka. Barulah mereka tidak dapat tidur lena. Apabila rampasan harta dibuat oleh polis di rumah, Dato' Sri Najib Razak  beliau tenang-tenang sahaja. 

Kita percaya yang 1MDB ini ditubuhkan salah satu sebabnya adalah mahu mengelakkan kebergantungan Negara terhadap duit billionaire kapitalis yang mahu mengawal politik Malaysia secara hidden hands. Selain itu, 1MDB juga tertubuh untuk mengambil alih powerplants IPP yang dikuasai kroni Tun Mahathir yang menyangkakan diri mereka punya pengaruh kekuasaan dan ekonomi yang boleh mengawal Malaysia. Sebab itu Dato' Sri Najib Razak betul-betul dibenci oleh tycoon-tycoon yang kononnya bekerja kuat untuk kaya padahal hanyalah menjilat anak-anak political leader  untuk kekal berkuasa. 

Jadi, sebenarnya rakyat boleh pilih. Dalam politik lama anjuran Tun Mahathir memang ada keperluan untuk ada dana berbillion ringgit supaya ahli-ahli parlimen boleh dibeli. Suntikan wang ke dalam akaun Dato' Sri Najib Razak yang kemudiannya dikembalikan adalah untuk memastikan pasca PRU13 tiada ahli parlimen yang lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Selepas dipastikan lompatan tidak berlaku, Dana itu dipulangkan walaupun beberapa juta telah dibelanjakan.

Soalan saya, Adalah dana ini milik rakyat Malaysia?
Di manakah yang dikatakan 
Dato' Sri Najib Razak rompak duit rakyat berbillion ringgit jika initial capital syarikat 1MDB hanya RM1 juta?

Saya sendiri tidak setuju jika wang ringgit itu adalah ukuran untuk memenangi pilihanraya atau pemilihan. Jika yang paling kaya lah yang layak menjadi pemimpin, Perdana Menteri atau Presiden parti, maka Robert Kuok boleh lah jadi Perdana Menteri, Vincent Tan boleh jadi Presiden MCA, Ananda Krishnan boleh jadi Presiden MIC dan Syed Mokhtar boleh jadi Presiden UMNO. Mark Zuckerberg atau Bill Gates atau Elon Musk pula boleh jadi President of America. Sebab itu saya tidak setuju Tengku Zafrul boleh jadi Pengerusi BN Selangor fast track hanya kerana beliau janjikan gula-gula kepada BN Selangor padahal beliau adalah ahli bahagian Lembah Pantai sebelum ini. 

Jadi, percubaan Dato' Sri Najib Razak untuk membunuh kebergantungan terhadap kroni-kroni dan tycoon yang rakus dan tamak haloba, adalah sesuatu yang harus dipuji. Orang berniaga boleh menjalankan perniagaan tanpa perlu membayar rental fees kepada politicians secara paksa rela. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan UKSB dan ini hanyalah satu syarikat yang dipaksa-rela bayar yuran bulanan secara tunai kepada ahli-ahli politik. Nama-nama lain yang disebut dalam perbicaraan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana itulah amalan yang dianjurkan Tun Mahathir. di mana, nama beliau sendiri disebut pengarah syarikat UKSB sebagai ahli-ahli politik yang terima duit UKSB. 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak">

Ketika zaman Dato' Sri Najib Razak juga rakyat miskin terus dibantu dan wang BKM yang Anda dapat hari ini pun adalah asalnya BR1M yang beliau perkenalkan. Projek-projek infrastruktur seperti MRT, LRT, ECRL, HSR juga mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak Malaysia yang berkebolehan dan tidak ada seorang engineer membawa Grab di zaman beliau. Kepakaran mereka diperlukan dan digunakan seadanya.

Mungkin akibat kesenangan ini sikap rakyat juga ada yang lupa diri dan tidak mahu dilihat sebagai warga Malaysia yang mendapat bantuan kerajaan, kononnya mereka berjaya atas usaha sendiri. Wahai Rakyat Malaysia, jadilah manusia yang mengenang budi. Inilah yang diajarkan di sekolah kan? Usah menjadi kacang yang melupakan kulit.! 

Dato' Sri Najib Razak juga merupakan Perdana Menteri yang memperkenalkan pusat-pusat UTC untuk kemudahan awam,  Klinik 1 Malaysia yang bayar token RM1 tak perlu berbelanja ratusan ringgit di klinik-klinik swasta yang berteraskan keuntungan, Kedai Rakyat 1 Malaysia yang mengawal harga barang tidak tinggi melambung seperti baru-baru ini, pelupusan konsesi tol dan pembinaan lebuhraya tanpa tol, diskaun sehingga 20% untuk bayaran balik PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ), elaun-elaun para Nelayan dan Pesawah/Peladang dan banyak lagi. 

Yang membingungkan adalah kerana fitnah yang tidak dibendung dan perang persepsi yang gagal, segala jasa beliau telah dilupakan. Malah, rakyat boleh terpengaruh dengan permainan politik dendam padahal perkara-perkara yang melibatkan periuk nasi mereka sepatutnya lebih utama. 

Adakah sebenarnya mereka ini tidak layak untuk mendapat seorang pemimpin yang sayangi mereka?

Adakah sebenarnya mereka tidak suka orang yang fikir tentang periuk nasi mereka memimpin mereka?  Tidak logik. Sangat tidak logik. 

Kadangkala Saya terfikir juga mungkin mereka layak untuk merasa kesusahan kerana nampaknya dalam 22 bulan zaman gelap, zaman pemerintahan Gagalkrasi Koalisi Pakatan Harapan, mereka masih tidak serik.!? [hsz]

Adaptasi dari artikel by Azrul Abu Hassan

Editor 
Helmy Network

#analysis, #conspiracyarchive, #featured, #najibrazak, #umno_bn, #news politics,


VIDEO : 

DATOK LOKMAN ADAM, APA TUJUAN PM ISMAIL SABRI JUMPA TUN MAHATHIR ?

No comments