Kronologi Auta Lawan BN berkait PRU-15, Pembangkang PH Semakin Hilang Sokongan Massa
Kronologi Auta Lawan BN berkait PRU-15, Pembangkang PH Semakin Hilang Sokongan Massa
- Jentera BN perlu bingkas menjelaskan kepada rakyat iaitu lawan BN membantah PRU-15 bukanlah kerana musim hujan.
- Rakyat perlu dibentangkan dengan fakta lawan BN telah menolak proses demokrasi daripada dilangsungkan sejak tahun lalu.
- Bermula alasan Covid-19 masih ada ketika imuniti kelompok telah dicapai dan segala aktiviti sosial/ekonomi kembali beroperasi.
- Kemudian memberi pula alasan tidak perlu diadakan PRU-15 kerana pembangkang telah menjalin MoU dengan kerajaan.
- Muslihat sebenar lawan BN enggan berdepan PRU-15 kerana tahu mereka ditolak oleh majoriti rakyat harus diketahui masyarakat.
- Fakta itu penting diperjelaskan agar rakyat mampu membuat pertimbangan yang saksama dalam menilai fitnah baharu.
- Rakyat perlu difahamkan PRU-15 amat penting bagi membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh untuk berdepan risiko bencana.
- PRU-15 amat mustahak bagi membentuk kerajaan yang berdaya mendepani ramalan kemelesetan ekonomi global tahun depan.
RELATED POST
Waspada “Malaymophobia” Agenda Chauvinist Ultra Kiasu
Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib RazakDato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -
Berikut kronologi auta lawan BN berkait PRU-15 :
- 28 Mac 2021: UMNO minta PRU-15 diadakan apabila tempoh darurat tamat pada 1 Ogos 2021 bagi mengembalikan kestabilan.
- 1 April - 31 Ogos 2021: Mereka beri alasan Covid-19 masih ada sedangkan aktiviti sosial mahupun ekonomi telah kembali sepenuhnya. Negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.
- 13 Sept 2021: Mereka bergegas memeterai MoU dengan kerajaan selepas tarikh 1 Ogos berakhir dan menetapkan PRU-15 tidak boleh diadakan sebelum Julai 2022.
- 10 Mac 2022: Mereka menawarkan kerajaan lanjutan MoU dengan syarat tidak adakan PRU-15 selepas Julai 2022.
- 23 Mac 2022 : Mereka mengagalkan usul kerajaan melanjutkan peruntukan Akta SOSMA negara menyebabkan MoU terbatal.
- 24 Mac 2022: Mereka menafikan MoU telah terbatal dan menegaskan PRU-15 masih belum boleh diadakan.
- 1-30 September 2022: Mereka bantah PRU-15 diadakan tahun ini dengan alasan negara telah memasuki musim hujan.
- 2 Oktober 2022: Mereka bantah PRU-15 tahun ini kerana didakwa tidak menghormati sambutan perayaan Deepavali.
Rumusannya mudah sahaja. Lawan BN tahu fitnah dan janji-janji baharu mereka tidak dapat memperdayakan Rakyat Malaysia lagi.
Mereka berharap alasan musim hujan dapat terus 'membeli masa' untuk mengelak daripada berdepan penentuan rakyat. [HSZ]
#demikesejahteraan
Sumber ; DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
VIDEO ;
No comments
Post a Comment