10 KELEBIHAN HOTEL SAFWAH, MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Ka'abah, Makkah Al-Mukarramah |
10 KELEBIHAN HOTEL SAFWAH, MAKKAH AL-MUKARRAMAH
- Pemilihan Hotel adalah sangat penting. Pastikan Anda memilih Hotel yang tidak jauh jaraknya, terutamanya ketika berada di Makkah, kerana bentuk muka bumi Makkah yang agak mencabar mental dan fizikal kita. Hotel yang dekat akan memudahkan Anda berulang-alik dari Hotel ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah.
- Oleh itu, antara hotel yang dekat dengan Perkarangan Masjidil Haram dan sering menjadi pilihan para jemaah Umrah adalah Hotel Safwah. Hanya berjarak 50 meter sahaja. Terdapat beberapa lagi kelebihan Hotel Safwah yang perlu Anda tahu.
Hotel Safwah |
RELATED POST
Wajibkah Umat Islam Menjalani Amalan Thariqat?
Misteri Jembatan Shirathal Mustaqim Setipis Rambut Rambut Dibelah Tujuh
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - 10 KELEBIHAN HOTEL SAFWAH 🌟🌟🌟
1. JARAK YANG PALING DEKAT
Hotel Safwah hanya berjarak 50 meter sahaja dari dataran Masjidil Haram. Malah sebenarnya dataran Masjid dan dataran hotel itu bersambung. Hotel ini paling dekat dengan Gate King Abdul Aziz dan paling dekat dengan Ka'abah.
2. HOTEL BERSTATUS 5 BINTANG
Semua hotel yang berada dalam bangunan Safwah berstatus 5 Star. Jangan keliru ye! Safwah adalah nama bangunan. Ada terdapat 4 jenama hotel di bangunan Safwah. Dan beberapa Travel Umrah Malaysia pernah gunakan semuanya mengikut promosi semasa dan availaibility.
- Hotel Safwah Tower 1
- Hotel Safwah Royal Orchid
- Hotel Dar Al Eiman Royal
- Hotel Dar Al Ghuffran
3. TERDAPAT RESTORAN MELAYU DI SAFWAH
Ini tarikan utama menginap di Safwah. Syukur ada syarikat Melayu D'Saji Felda membuka restoran masakan Malaysia di Safwah. Jemaah dapat makan disitu bila rindu dengan masakan Malaysia. Ada roti canai, teh tarik dan macam-macam. Fuh!
4. IBARAT KAMPUNG ORANG MELAYU
Betapa suka orang Malaysia berada di Safwah ini sehinggakan ada yang cakap " Kalau hang nak tengok kampung Melayu kat Makkah sekarang, hang pergi je hotel Safwah". Sampai ke tahap tu. Penuh dengan orang Melayu. Restoran Melayu. Memang tak sesat dan mudah kalau ada apa-apa nak tanya. Orang kite je situ.😍
5. ADA HOSPITAL EMERGENCY AJYAD
Ini pun kelebihan utama di Safwah dan tidak ada di hotel lain. Ada hospital emergency di tingkat paling bawah bangunan. Kalau ada kes-kes kecemasan yang melibatkan jemaah travel, hantar je di Hospital Emergency Ajyad. Ianya PERCUMA!.
6: ADA LAUNDRY & KEDAI DOBI
Kalau hendak basuh baju di hotel mahal, boleh ke tingkat bawah sekali dekat tepi Hospital Emergency Ajyad. Dekat situ ada kedai dobi yang lebih murah. Mudah hendak basuh kain ihram dan lain-lain.
7. BAZAAR MEMBELI - BELAH
Di bangunan Safwah ini ada bazaar membeli-belah beberapa tingkat. Dan harganya pun murah berbanding di Menara Jam. Anda nak beli ape? Semua ada. Jubah, tudung, kurma, kacang, kopiah, cerek, set luggage, jam dan macam-macam. Semua ada.
8. MONEY CHANGER DAN ATM
Anda hendak keluarkan duit dari ATM? Nak tukar duit? Mudah sahaja di Safwah. Dua-dua ni ada. Dekat Level Restoran Malaysia pun ada ATM. Di kaki lima hotel Safwah pun ada ATM. Mudah sangat.
9. BAS UNTUK ZIARAH
Ini antara kelebihan utama juga menginap di Safwah. Kerana bas untuk Anda pergi ziarah boleh masuk sehingga ke tepi hotel. Anda tak perlu jalan kaki sehingga ke terowong untuk naik bas untuk pergi ziarah.
10. Dapat Lihat Ka'abah Dari Bilik Hotel
Yang ini pun Anda boleh dapat di Safwah dengan sedikit tambahan harga. Ini kerana Safwah ada beberapa kategori bilik. Ada bilik yang Street View, ada yang Haram View dan ada yang Ka'abah View.
Kalau ada budget lebih, boleh lah upgrade.[HSZ}
Kredit, Emraz Travel (Rosli -0133303529)
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
VIDEO ;
SAHABAT, TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH TA'ALA BERKATA,
" WAKTUNYA KITA PULANG "😘🧔😭😭
" WAKTUNYA KITA PULANG "😘🧔😭😭
No comments
Post a Comment