Inilah 'Sesuatu Yang RAHASIA' Di Kamar Hotel Yang Pasti Buat Anda Terkejut

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt=" Inilah 'Sesuatu Yang RAHASIA' Di Kamar Hotel Yang Pasti Buat Anda Terkejut">

Inilah 'Sesuatu Yang RAHASIA' Di Kamar Hotel Yang Pasti Buat Anda Terkejut


Edited Editions,

Sebagai traveler ataupun dalam tugas kerja di luar kota. Sudah tentu Anda pernah menginap di hotel. Baik itu 
Hotel Budget Cheap Hotel, 1- 5-Star Hotels  " Tentu berbagai pengalaman pernah Anda alami selama menginap di pelbagai taraf Hotel tersebut".

Pada artikel Info Hotel & Traveling kali ini. Kami akan kongsikan kepada Anda pembaca dan pengunjung blog ini, tentang "Sesuatu Yang RAHASIA" yang ramai tidak mengetahuinya.

Inilah #5 "Sesuatu Yang RAHASIA" yang patut Anda tahu;

#1. Jangan Guna Dan Piring Di Kamar Hotel

Mungkin Anda melihat peralatan di kamar Hotel seperti gelas, piring, sendok teh, sendok makan, nampak bersih berkilat. Tapi setelah Anda baca selanjutnya  "Sesuatu Yang RAHASIA INI", ianya ternyata sungguh menjijikkan. Kebiasaan para staf mengemas kamar hotel sebenarnya tidaklah mencuci barang peralatan itu, baik gelas, piring, sendok dan lainnya, Tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu slot tentang Hotel oleh Fox News pada tahun 2007 telah mendedahkan, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah kota itu merakamkan yang gelas dan peralatan lainnya di kamar itu selalunya tidak dibasuh.

Adakalanya, ianya hanya di sembur dengan bahan cecair pencuci tingkap/jendela dan dilap dengan tuala (towel,handuk) kotor. Malah yang lebih menjijikkan, ada yang menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk toilet.

Solusi Anda;  Bawalah gelas plastik dan peralatan lain untuk kegunaan Anda selama menginap di Hotel. Jika Anda masih mahu menggunakan peralatan di kamar Hotel itu.


   READ MORE





#2. Jangan Guna Cerek/Teko Air Di Kamar Hotel

Nah, Ada cerek air panas di kamar hotel. Sudah pasti Anda sukakannya?
Kerana memudahkan Anda cerek tersebut, untuk Anda membancuh teh atau kopi saat di kamar yang sejuk.

Tapi, Tahukah Anda,!
  

Dalam satu pendedahan di "Majalah Saloon", seorang staf pengemas kamar hotel, mengakui ada satu perkara yang aneh dan pelik mengenai cerek air, Cerek sebenarnya, kerap dijadikan tempat meletak kond** terpakai. Menurut staff itu, dia mempunya satu pen khusus untuk mengambil kond** tersebut.

Begitu rutin cara pembersihannya. Pertama, buang benda tersebut. Kemudian cerek disembur dengan pencuci, bilas dengan air panas, dan ulang cuci jika benda cecair masih ada.

Menurut staf tersebut, disebabkan dia selalu menjumpai benda kotor itu didalam cerek kamar hotel, hingga ianya membuat dia agak 'trauma' dan teringatkan saat memasak air dirumah, kerap terbayang apa yang berlaku di bilik hotel.

#3. Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah sama ada Anda menginap di Hotel Budget ataupun di Hotel Mewah  Coba bawa dan selalu siapkan 'sendal' atau 'ganjal-pasak' untuk pasak pintu kamar Anda. (biasanya murah saja harganya, dari bentuk plastik-getah, ada dijual di kedai #DIY) 

Setiap kali Anda berada di kamar hotel, sendal-pasak pintu kamar, Mengapa?
Sebab tak kiralah secanggih manapun sistem keselamatan pintu kamar Anda, ianya tidaklah se-selamat yang Anda sangka dan fikirkan,!

Sistem kunci rantai kamar dan sistem Card Elektronik mudah dibuka - sama ada oleh orang luar atau oleh para staf hotel itu sendiri.

Solusi Anda; Anda perlu siapkan dan bawa sendal-ganjal pintu plastik. Walaupun ianya murah. Sendal, pasak pintu adalah cara paling efektif, menghalang orang yang tak dikenali dari masuk ke dalam kamar sewaktu Anda,pasangan Anda dan anak-anak Anda sedang tidur.

#4. Jangan Guna Air dari Paip Untuk Minum

Jika sekiranya Anda menginap lama di hotel. Guna air mineral sebagai minuman. Jangan gunakan air paip dari kamar mandi hotel, terutamanya jika Anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland, Negeri Pahang. Kisah anak-anak cirit-birit selepas pulang dari bercuti disana, adalah perkara biasa.

Jika, kisah "Sesuatu Yang RAHASIA" diatas, masih tidak membuat Anda percaya atau bimbang. Pernahkah Anda baca atau dengar kisah dua orang pelancong Britain yang menginap di Cecil Hotel, Los Angeles. USA?

Disebabkan tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkan kepada pihak hotel. Setelah diselidiki, staf hotel mendapati bahawa selama ini ternyata memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput, membusuk lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

#5. Jangan Bersandar Di Tingkap & Jendela Kamar Hotel

Yups, Bersandarlah Anda di jendela atau di tingkap kamar hotel, jika Anda ingin mati muda. Tingkap dan Jendela di kamar hotel, selalunya tidak kerap diperiksa, walaupun di kamar-kamar hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur, Los Angeles, Jakarta, Singapore dan kota-kota besar lainnya.

Setiap bulan ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap dan jendela hotel. Tidak kiralah sama-ada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidaklah dijamin selamat.

"Sesuatu Yang RAHASIA" tersebut tidak pernah atau jarang sekali didedahkan oleh para staf Hotel kepada publik, dimana ianya berkaitan untuk menjaga kod etika kerahasiaan kerja mereka.

Dan lagi, kebiasaannya para staf pengemas kamar hotel (hotel room cleaners) hanya diberi masa sekitar 30 menit untuk membersih dan mengemas satu kamar/bilik. Jadi kebanyakan peralatan di kamar Hotel tidaklah sebersih yang Anda sangka.
Anda masih tak percaya? Coba lihat apa yang Anda jumpa bila Anda googling "Hotel Window Fail"

No comments