Kisah Tragic Kerabat Diraja daripada Kesultanan Kerajaan Temasek

Kisah Tragic Kerabat Diraja daripada Kesultanan Kerajaan Temasek

FORTUNA MEDIA -  Sinopsis Hubungan Kerajaan Temasek (Singapura Purba) dengan Kerajaan Melaka
  • Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dari Palembang yang berasal daripada keturunan Sriwijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Sriiijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan daripada Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana.
    Batara Sri Tri Buana
    yang bermaksud  "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas 
  • Batara Sri Tri Buana yang bermaksud  "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas PalembangBintan dan Temasek
  • Terdapat tiga orang lagi Raja daripada keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu,
  • Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401).
  • Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

  • Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang Raja Palembang yang menggantikan Ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Temagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru
  • Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, angkatan Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang cuba didirikan mereka runtuh dengan serta merta. Kemudian, Parameswara berpindah ke Sening Ujong (nama lama bagi Sungai Ujong). Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka).
  • Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami kawasan itu dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja.[10] Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semula jadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.
  • Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

  • Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri [[Pasai. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] 

  • Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja MingYung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

  • Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.[petikan diperlukan] Keadaan ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia

  • Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah Negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, ArabIndia, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng syui yang terbaik pada masa itu.                               (https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka)


Di Republik moden Singapura, siapa sangka bahawa Kerabat Diraja daripada Raja Kesultanan Negara itu pada abad ke-19 kini hanya bekerja seperti orang biasa, mencari rezeki dengan membawa teksi, bekerja sebagai tukang cuci dan sebagainya.

Begitulah yang dialami oleh Tengku Shawal, 51, dan keluarganya yang merupakan salah seorang dari keturunan Sultan Hussein Shah.

Tengku Shawal, seperti yang dibawa dalam namanya, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau pemerintah Diraja. Bagaimanapun, pada hari ini, masih ramai lagi penduduk di Singapura yang tidak mengetahui tentang kewujudan mereka.

Tengku Shawal menerusi temu bualnya bersama Reuters memaklumkan bahawa beliau pernah tinggal di Istana yang terletak di Kampong Glam sebelum seluruh kaum kerabatnya diminta untuk berpindah bagi menjadikan Istana berkenaan sebagai sebuah muzium tarikan pelancong.

Menurut Tengku Shawal, sehingga kini beliau masih lagi mengunjungi muzium yang pernah menjadi kediamannya suatu ketika dahulu disamping melawat Masjid dan tanah perkuburan yang berada berdekatan dengan lokasi muzium berkenaan.

Tengku Faizal, 43, yang juga pernah tinggal di Istana dan memutuskan untuk tinggal bersendirian pada tahun 1999 kini dilaporkan pernah mencari rezeki sebagai seorang tukang cuci (cleaner) di sebuah kondominium di Singapura sebelum memutuskan untuk menjadi pemandu teksi.

Kerana kehidupan yang serba kekurangan, Tengku Faizal turut menyatakan bahawa Isterinya juga perlu bekerja di restoran makanan segera McDonald’s untuk membantu menampung perbelanjaan seharian mereka.

   RELATED POST

MENGENANG TRAGEDI NATRAH
KISAH BENGIS PKI, Sejarah Indonesia Pasca Merdeka
Sejarah Perjuangan Melayu Negeri Patani 1785-1954 (Bahagian 01)


Petikan berita ini seharusnya menjadi peringatan buat semua. Lihat apa yang parti PAP sudah buat kepada Kesultanan Melayu di Singapura akhirnya merempat dan "terhina" namun yang paling penting peranan payung Agama dan Bangsa itu benar benar dimansuhkan. Namun PAP terus licik, mereka angkat nama Raja Melayu pada muzium untuk tujuan pelancongan. Malah dalam pada masa tu Raja dalam Istana dihalau untuk angkat sejarah Raja, Istana menjadi stadium.

Kepada Institusi Raja Melayu di Tanah Jawi juga harus menjadikan ini peringatan supaya terus memainkan peranan penting dan peranan utama sebagai payung rakyat jelata khususnya dalam Agama dan kepentingan Melayu itu sendiri sebab takut satu masa rakyat tak terasa bila hilang tak be-Raja....[hsz] 

Tanah ini Tanah Jawi (Tanah Melayu).. ianya Tanah Kebangkitan akhir Zaman yang dijanjikan.

Sumber ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=375748103132408&id

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

#KesultananTemasik, #Kesultanan SingapuraPurba, $KesultananMelaka, #SejarahMelayu, #KerajaanMelayuJohorRiau, $KerajaanMelayuRiauLingga,

VIDEO : 

"Tidak Usah Ajar Agong. Kita Bukan Raja," -- Datuk Zaid Ibrahim bidas Tommy Thomas

No comments