MENGENANG TRAGEDI NATRAH
Photo by msomelayu.blogspot.com/ |
MENGENANG TRAGEDI NATRAH
FORTUNA MEDIA -- Susur galur NATRAH @ Maria Heberania Hertogh
- 1937. 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, (baca Cimahi ) Jawa Barat, Indonesia dengan nama. Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
- Disember 1942. Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan Neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
- Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Daerah Kemaman, Negeri Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
- 15 November 1945. Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
- 1945. Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dib0m dengan b0m at0m oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa Barat dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
- September 1949. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Negeri Terengganu.
- 19 Ogos 1949. polis Kota Semarang Jawa Tengah, memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kampong Banggol, Kemaman. Negeri Terengganu.
- 12 April 1950. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
- 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura.
- 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
- ( ms.wikipedia.org/wiki/Natrah )
- NATRAH @ Maria Heberania Hertogh
APABILA saya mendengar berita kematian Bertha Hertogh atau Maria Heberania Hertogh atau lebih dikenali dengan nama Natrah di Malaya ketika itu. Diberitakan beberapa media Malaysia. Beliau meninggal dunia pada dari Khamis, 9July, 2009 dalam usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, kerana leukemia begitulah laporan berita. Natrah adalah satu nama yang cukup nostalgik bagi umat Islam negara ini. Satu nama yang boleh menitiskan air mata bila menghimbau sejarah dan kisah yang melakari hidupnya
Tragedi NATRAH tersebut tak lepas dari peristiwa rusuhan yang berlaku di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini berlaku kerana bantahan orang Melayu Singapura terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membatalkan ke-Islaman Natrah, seorang gadis Belanda, yang telah menganut Islam.
Sejarah Natrah bermula di Tjimahi, (Cimahi) Bandung, Jawa Barat, Indonesia, tempat kelahirannya Nadra atau Natrah adalah nama yang diberikan oleh Ibu angkatnya, Che Aminah Mohammad.
Nama sebenarnya Natrah ialah Maria Bertha Heberania Hertogh. Ibu dan bapanya yang sebenar adalah orang Belanda. Perpisahan Natrah dengan ibu bapa kandungnya berlaku pada masa Perang Dunia Kedua. Pada 8 Mac 1942, Belanda menyerahkan Indonesia kepada Jepun.
Sejak itu askar Belanda termasuk Sarjan Hertogh, Bapa Natrah, menjadi tawanan Jepun. Akibat kesempitan hidup dan mempunyai anak yang ramai, Adeline, Ibu Natrah, terpaksa menyerahkan Natrah kepada Che Aminah Mohammad.
Che Aminah adalah seorang peniaga yang berasal dari Daerah Kemaman, Negeri Terengganu dan menetap di Bandung. Che Aminah meminta izin untuk menukarkan nama Maria kepada Natrah dan membesarkannya mengikut cara Islam.
Oleh sebab keadaan di Indonesia semakin membimbangkan akibat pemberontakan antara masyarakat tempatan dengan penjajah. Che Aminah tidak mempunyai pilihan lain kecuali membawa Natrah balik ke Kemaman, Terengganu pada tahun 1947.
Natrah dibesarkan dengan cara hidup Islam. Kedamaian dan kebahagian yang dikecapi Natrah tidak bertahan lama. Locke, Penasihat British yang ditugaskan di Kemaman, Negeri Terengganu, telah melihat Natrah di satu pertunjukan sekolah. Locke berasa curiga dan menghubungi Kuasa Usaha Inggeris ( KUI ) dan sekutunya Belanda ( KUB ).
Sarjan Hertogh yang telah dibebaskan pada tahun 1945, memarahi Isterinya kerana memberikan Maria kepada seorang wanita Muslim. Oleh sebab gagal mencari Natrah di Bandung, Sarjan Hertogh dan keluarganya terpaksa balik ke Belanda setelah tamat tempoh perkhidmatan.
Sarjan Hertogh meninggalkan pesan kepada Jawatankuasa Palang Merah Belanda di Bandung dan di Belanda supaya meneruskan usaha mengesan Natrah. Dengan bantuan Locke, Natrah dapat dikesan. Surat meminta Che Aminah membawa Natrah ke Singapura akhirnya diterima oleh Che Aminah. Che Aminah tetap dengan pendiriannya untuk pergi ke Singapura dan berharap dapat menyelesaikan hak penjagaan Natrah, walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Che Aminah dan Natrah tiba di Singapura pada 12 April 1950. Mereka tinggal di rumah kenalannya, Che Wok yang mempunyai seorang anak bernama Mansur Adabi, seorang guru sementara. Sebelum perbicaraan mahkamah dimulakan, Natrah diarahkan dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. Natrah meminta bantuan daripada peguam S.C Goho and Co. Peguam Ahmad Ibrahim mengendalikan kes ini.
Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah di Mahkamah. Pada 28 Julai 1950, Che Aminah memenangi kes rayuannya, dan Natrah dikeluarkan dari Girls Homecraft Centre, York Hill,.Oleh sebab memikirkan masa depan Natrah tidak akan tenang dan selagi bersama-samanya, Che Aminah terus membuat keputusan menikahkan Natrah dengan Mansur Adabi. Pada masa itu Natrah berusia 13 tahun.
Pernikahan mereka dilangsungkan di rumah bapa angkat Mansur, M.A Majid. Nikah gantung iaitu nikah tetapi belum bersatu (disatukan) merupakan amalan masyarakat Melayu pada ketika itu memandangkan umur Natrah yang masih muda dan kedudukan Mansur yang belum stabil. Bagi Che Aminah, dengan pernikahan ini tanggungjawabnya menjaga Natrah boleh dikongsi bersama-sama keluarga Mansur. Beliau beranggapan dengan pernikahan ini sukarlah Belanda mengganggu atau mengambil balik Natrah.
Persangkaan Che Aminah meleset apabila pernikahan Natrah yang diberi publisiti begitu meluas dalam akhbar-akhbar di Singapura dapat dikesan hingga ke Belanda.
Pada 2 Disember1950, Che Aminah mendapat surat perintah hadir ke mahkamah untuk menjelaskan tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah yang telah berpindah ke tangan orang lain. Kali ini ibu Natrah, Adeline, datang ke Singapura atas arahan mahkamah. Mahkamah mahu mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak, iaitu Che Aminah dan Adeline terhadap hak penjagaan Natrah. Sedangkan Mansur sebagai Suaminya yang sah tidak termasuk dalam perkiraan penghakiman ini. Semasa memberi keterangan di mahkamah, Adeline memberi keterangan yang bercanggah daripada apa yang dikatakan kepada Che Aminah sewaktu memberikan Natrah kepadanya dahulu, sebagai anak angkat.
Dalam masa perbicaraan berlangsung, Hakim mengarahkan Natrah diletakkan di tempat pilihan Ibu kandungnya, iaitu di Gereja. Dengan itu, Natrah terpisah daripada Suaminya dan Che Aminah.
Akhbar-akhbar Singapura sama ada berbahasa Melayu dan Inggeris cuba mendapatkan bahan berita melalui kes yang unik dan sangat menyentuh hati orang Islam dan orang Eropah.
Pada 8 Disember 1950, The Straits Times memuatkan berita bergambar yang menunjukkan Natrah melutut di hadapan patung Virgin Mary.Keesokannya, akhbar itu menyiarkan berita Natrah gembira bersama-sama ibunya. Gambar ini sudah cukup memberikan impak ' menghina ' masyarakat Melayu dan agama Islam.
Akhbar Utusan Melayu pula menyiarkan gambar Natrah menangis dan bertanyakan pemberita yang bertugas mengenai Ibu dan Suaminya. Kedua-dua paparan berita yang berbeza ini jelas menunjukkan bahawa British sengaja mahu mempermainkan perasaan dan menghina Islam.
Gara-gara penyiaran berita dan gambar Natrah sedemikian rupa, menimbulkan rasa marah Masyarakat Melayu dan orang Islam di Singapura. Malah orang Cina dan India ikut bersimpati lalu menentang British. Masjid Sultan Singapura menjadi tempat orang Melayu berkumpul mendengar syarahan memberitahu dari masa ke semasa hasil perbicaraan mahkamah.
Pada 12 Disember 1950, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Singapura membuat keputusan bahawa Natrah harus dikembalikan kepada kedua Ibu bapa kandungnya di Belanda. Sebelum keputusan itu dibuat, orang ramai telah berkumpul di sekitar padang dan sekeliling mahkamah untuk mendengar keputusan. Natrah dan Ibunya dilarikan melalui pintu belakang. Sementara Che Aminah jatuh pengsan selepas mendengar keputusan tersebut.
Suasana begitu gawat apabila orang ramai yang berkumpul di luar mahkamah mengetahui keputusan tersebut. Akibatnya, berlakulah suatu rusuhan yang menyebabkan seramai 20 orang Melayu terbunuh, 173 orang Melayu cedera dan berpuluh-puluh orang awam ditangkap. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam. Rusuhan ini menjadi tajuk utama akhbar di Belanda dan Britain. Natrah dilarikan ke Belanda bersama-sama Ibu kandungnya pada malam 13 Disember 1950.
Tragedi Natrah yang mencetuskan rusuhan dan kematian dapat dilihat dari sudut pandangan yang tersendiri. Tragedi ini dapat dilihat juga sebagai makna baharu istilah Nasionalisme dan chauvanisme Melayu dalam menyuarakan tentangan terhadap penjajahan British.
- CATATAN :
Yang jelasnya pemulangan Natrah ke Belanda menerusi keputusan mahkamah itu tidak mengembirakannya? Betapa tidak Natrah terpaksa meninggalkan dua jiwa, Ibunya (Che Aminah) dan Suaminya (Mansor Adabi) serta kehidupan hakikinya di bawah penjagaan Che Aminah.
Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya manakala yang berada di Belanda hanya lembaga raganya yang kosong saja.ðŸ˜
Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.
Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh Suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.[Completed ]
Bertha Hertogh meninggal dunia pada usia 72 tahun 2009 di Belanda.
Semoga Natrah atau Bertha Hertogh damai dalam persemadian [hsz]
Sumber :
1- ms.wikipedia.org/wiki/Natrah
2- Sejarah Utusan Singapura, Via, Habidah Nordin
Editor; Romy Mantovani
#Historical_Islam, #SejarahIslam, #Natrah. #MariaHeberaniaHertogh. #JOURNAL, #Featured, #Motivasi, I#slam,
RELATED POST
Novel Collection
Historical Islam, Syeikh Ahmad Izzah Al-Andalusy, Kisah 'Sang Algojo' Yang Jadi Ulama Besar
VIDEO :
No comments
Post a Comment