Sejarah Perjuangan Melayu Negeri Patani 1785-1954 (Bahagian 01)
Sejarah Perjuangan Melayu Negeri Patani 1785-1954 (Bahagian 01)
Muqaddimah
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR- Sengketa di perbatasan Negeri berlaku di merata dunia sepanjang masa. Bukan sedikit tentara dan orang awam terkorban sebelum Bukit Golan jatuh ke tangan Isr43l, India dan Pakistan berbalah hingga ke saat ini bagi mengesahkan hak ke atas Negeri Kashmir.
Demikian juga halnya dengan isu Negeri Patani di Selatan Thailand, Mindanao di Selatan Philipina, Negeri Acheh di Utara Sumatera, Timor Timur di Indonesia Timur kini sudah merdeka dari Negara Indonesia dan kini bernama Negara Timor Leste. Pulau Batu Putih di Negeri Johor yang kini kembali heboh di media, setelah Kerajaan PM Dato' Ismail Sabri membuat kenyataan akan menyiasat kembali status sengketa kepemilikan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura.
Dan Pulau Layang-layang dan Spratly yang turut dituntut oleh Malaysia. Pulau Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) adalah pulau karang kecil yang termasuk dalam Kepulauan Spratly di Laut China Selatan (Indonesia menggelar sebagai Laut Natuna Utara) Malaysia menganggap Pulau ini masih berada dalam landas kontinennya sehingga dinyatakan dengan tegas bahawa ia sebahagian dari kedaulatan Malaysia walaupun pulau ini dan juga Kepulauan Spratly yang lain menjadi tuntutan negara-negara di Asia seperti China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.
Ia adalah wilayah berdaulat Syria sehingga Jun 1967, apabila Isr43l melancarkan Perang Enam Hari demi merampas kawasan tersebut.
Siri episod ini akan memberi tumpuan ke atas konflik sempadan yang berlaku di beberapa wilayah di rantau Asia Tenggara, bermula dengan konflik di Negeri Patani, Selatan Thailand. Kajian dan perbahasan dalam siri ini diharap akan menumbuhkan sosok baru dalam kajian sejarah Malaysia dan serantau.
Semenjak Pemerintahan Beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang 'misgoverned'. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah selatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom.
Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membetulkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Major dalam pasukan Force 136, pernah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungan dengan Tanah Melayu. Harapan mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di San Francisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskan mana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination).
Be Smart, Read More;
Diary Pengembara[1]:‘Mengapa Begitu Ramai Penghijrah dari Indonesia Berniaga di Kawasan Chow Kit’
Diary Pengembara[2];Kronologi Jenayah Pendatang Asing Di Malaysia
Diary Pengembara[3]:Jenayah Pendatang Asing dari Negara Asia Selatan
Diary Pengembara[4];Singapura 'awasi' buruh pendatang di asrama
Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British, merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada ‘penjajahan’ Siam. Pendirian British terhadap Siam bagaimanapun berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British juga memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara selepas perang juga menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu pastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara-negara Komunis. Kebangkitan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 memerlukan British mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Siam bagi menghapuskan kegiatan pengganas-pengganas Komunis di perbatasan Siam-Tanah Melayu. Oleh kerana itu Isu Patani dianggap sebagai penghalang ke arah kerjasama sempadan yang berkesan untuk British dengan Siam.
Selepas persidangan Songkhla pada awal bulan Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu mula mengambil tindakan ke atas kegiatan GEMPAR di Semananjung Tanah Melayu. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pemimpin utama Melayu Patani, telah ditekan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu manakala Tuan Guru Haji Sulung telah ditangkap oleh pihak berkuasa Siam atas tuduhan subversif. GEMPAR, sebuah pertubuhan politik masyarakat Melayu Patani di Semenanjung Malaya, juga telah disekat aktivitinya. Akibat daripada tekanan tersebut, gerakan Melayu Patani mula lemah dan goyah. Sungguhpun begitu, perjuangan Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung telah diteruskan generasi muda Patani. Dalam tahun 1960-an, beberapa pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Patani melalui perjuangan bersenjata. Perjuangan itu bagaimana-pun masih belum menempa sebarang kejayaan.
Tumpuan episod ini ialah tentang perjuangan orang Melayu Patani dalam usaha membebaskan Patani daripada cengkaman pemerintahan Siam dan mencantumkannya dengan Tanah Melayu. Kajian ini meninjau reaksi Negara Britain dan Siam terhadap gerakan tersebut.
Dalam menyiapkan buku-episod ini penulis banyak mendapat pertolongan daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada mendiang Dr. David K.Bassett, bekas Pengarah, Pusat Kajian Asia Tenggara di University of Hull, England, kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa penulisan draf buku ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Jabatan Sejarah, UKM (University Kebangsaan Malaysia) yang turut memberi tunjuk ajar. Saya juga terhutang budi kepada Public Record Office, Kew serta Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atas kerjasama yang diberi kepada penulis semasa menjalankan penyelidikan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Penerbit UKM atas penerbitan buku ini.
Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, Negeri Selangor.
Bersambung --->
Sumber : Patani Fakta Dan Opini, 02 Februari 2017.
Photo : Nik Anuar Nik Mahmud (Almarhum).
Adaptasi dari buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani,
oleh Nik Anuar Nik Mahmud (Almarhum)
Editor ; Helmy Network
Ilustrasi Image ;
Follow me at;⭐
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz
__________
#Harapan : Share, Comment dan Like Website #Fortuna Media
supaya informasi yang terjadi di Negeri Patani DarusSalam (Selatan Thailand) diketahui seluruh dunia internasional, "Bersama kita menjadi saksi demi kedamaian di Patani / Let us be the witnesses for peace in Patani".
VIDEO ;
No comments
Post a Comment