Hypocrisy Paradox Kafirun - Belum Muslim VS RIP

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Hypocrisy Paradox Kafirun - Belum Muslim VS RIP">
Penganut Kristian juga tidak boleh ucap ‘Rest In Peace

Hypocrisy Paradox Kafirun - Belum Muslim VS RIP

  • Penggunaan ucapan Rest In Peace (R.I.P) menimbulkan pertikaian ramai susulan kematian Ratu Elizabeth II sehingga ada yang mempersoalkan penggunaannya oleh umat Islam.
  • Kini isu pengucapan R I P ( Rest in Peace ) tersebut menjadi isu panas dan viral di media sosial dan offline Malaysia 

  • Kami rilis dari facebook Firdaus Wong Wai Hung seorang pendakwah muda Chinese Muslim yang banyak membahas isu semasa mengenai dakwah Islam, politik dan isu semasa Malaysia dan dunia Internasional

 
FORTUNA MEDIA -  Saya, menurut bro Firdaus Wong Wai Hung suka menggunakan perkataan Belum Muslim bagi merujuk kepada mereka yang Bukan Muslim atau orang kafir sebagai salah satu cara dakwah serta doa agar mereka dikurniakan hidayah dan memperolehi kesejahteraan & keselamatan di dunia dan akhirat.
Ada yang tidak suka saya menggunakannya dan mengatakan adalah biadab memanggil mereka sebagai Belum Muslim.
Sebagai Muslim, Saya diajar untuk mencintai untuk orang lain apa yang saya cintai untuk diri sendiri dan ini termasuklah keyakinan saya bahawa hanya agama Islam yang benar dan hanya Muslim sahaja yang akan masuk syurga maka saya juga mengharapkan agar orang lain memeluk Islam dan masuk syurga untuk memperolehi kesejahteraan abadi!
Sebagai Muslim, keyakinan saya adalah tiada ketenangan dan kesejahteraan mereka yang mati dalam kekafiran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala;
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka, kecuali jalan ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
(Al-Qur'an, Surah An-Nisaa’: 168-169)
Ironiknya, ketika mereka masih hidup Saya doakan mereka dapat kesejahteraan., mereka tidak suka & mengatakan saya biadab TETAPI selepas ada Bukan Muslim yang meninggal dunia dan Saya enggan mendoakan kesejahteraan (Rest In Peace - RIP), mereka juga panggil Muslim biadab & mundur.
Barangkali fikiran mereka bercelaru dan tiada prinsip yang konsisten tetapi kerana enggan mengakui kekurangan serta kejahilan diri, maka Islam & Muslim pula dituduh bagi mengalihkan perhatian terhadap kekurangan diri mereka sendiri. Seperti biasa, mereka suka ‘kepoh’ dalam hukum-hakam Islam. Muslim ucap atau tidak ucap RIP pun menjadi satu masalah buat mereka
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Hypocrisy Paradox Kafirun - Belum Muslim VS RIP">
Profil Azmir dalam Twitter ini adalah seorang Cina yang menggunakan nama Melayu  (Screenshots by Firdaus Wong Wai Hung)
Ini hukum untuk Muslim bukannya untuk mereka! Ramai yang komen seolah mereka pakar huku-hakam Islam tetapi hakikatnya ramai di antara mereka tidak faham peraturan agama mereka sendiri tetapi ada hati ingin masuk campur dalam urusan agama Islam! Sebagai Muslim, kami tak masuk campur JIKALAU mereka nak sembah batu, kayu, besi, berhala dan bagaimana mereka mahu sembah dengan mencederakan diri atau menyeksa diri mereka sendiri. | Ada pula seorang yang mengaku dirinya pastor tetapi dia sendiri tidak tahu bahawa di dalam agama Kristian juga melarang penganutnya untuk mengucapkan RIP kepada orang bukan Kristian. 🤦🏼‍♂️ Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Hikmah bukan sekadar lembut sehingga nampak lemah atau bertolak ansur sehingga ditolak beransur-ansur tetapi hikmah juga adalah bertegas apabila keadaan memerlukan namun tegas bukannya kasar.
Peringatan dari Allah Subhana Wa Ta’ala kepada kita semua;
"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."
(Al-Qur'an, Surah Al-A'raaf 7:146)
NOTE, *Azmir dalam Twitter ini adalah seorang Cina yang menggunakan nama Melayu. Mungkin dia malu mendedahkan identiti dirinya. Begitulah lumrah kebatilan yang seumpama kegelapan yang takutkan cahaya kebenaran Islam. [hsz]
  Editor; Romy Mantovani

  #Featured #RatuElizabeth  #RIP #ArtikelReview  #Motivasi

VIDEO : 

MEMBONGKAR GONJANG- GANJING PEMILIHAN PRESIDEN INDONESIA 2024 - USTAZ ANDRI KURNIAWAN

No comments