Diary Pengembara[1]:‘Mengapa Begitu Ramai Penghijrah dari Indonesia Berniaga di Kawasan Chow Kit’
Sejarah kawasan Chow Kit sebenarnya ada kaitan langsung dengan peristiwa
pahit 13Mei tahun1969.Dan sebelum peristiwa itu Chow Kit Road sama saja
seperti
kawasan-kawasan lain yang dihuni majoriti etnik keturunan Cina;seperti
kawasan Bukit
Bintang,Jalan Petaling(Petaling Street) atau Kepong Baru dan sebagainya.
Pendahuluan.
Artikel ini ditulis
atas kesadaran tanggungjawab saya sebagai warganegara Malaysia.Mohon dibaca secara
berhemah bukan prejudis.Kerana adakalanya sejarah itu perlu ditulis kembali
untuk diluruskan kerana ada penyimpangan kebenaran sejarah itu sendiri.
Sejarah masa lalu tak akan berulang lagi,Cuma sejarah itu perlu ditulis dan diterangkan dengan jelas untuk pemahaman generasi saat ini.Pada sejarah itu ada yang ‘pahit’ untuk ditelan dan ada yang 'manis’ tapi perlu diluahkan.
Begitulah sebuah sejarah anak-bangsa itu berlaku dan perlu dipahat sedikit untuk tatapan generasi masa kini.
Semoga esei pendek ini ada manfaatnya untuk generasi Y masa kini.Supaya jangan ditipu dan diperalat oleh individu-individu yang mengambil manfaat dari sejarah itu sendiri.
Sedikit tentang sejarah kawasan Chow Kit.
Sejarah atau kisah ini saya nukilkan adalah untuk sedikit berpartisipasi untuk meluruskan kisah dan sejarah yang telah dibengkokkan atau dilencongkan oleh individu-individu dan kumpulan tertentu yang berkepentingan untuk tujuan sesuatu nafsu hasad dengki dan tamak haloba mereka.
Seperti tajuk artikel ini ‘Mengapa Begitu Ramai Penghijrah dari Indonesia Berniaga di Kawasan Chow Kit’ .
Jika dalam media akhbar dan internet hari ini mereka menulis tentang orang-orang keturunan Indonesia(Melayu Nusantara) yang berniaga di ChowKit adalah sebagai pendatang asing-pendatang haram.dan sebagainya.
Ahh,itu hak mereka dan sayapun punya hak untuk menulis cara terhormat style saya!
Nah,Tahukah Anda bagaimana sejarah kawasan Chowkit itu begitu ramai penghijrah dari Indonesia.Walaupun kawasan dan negeri-negeri lain juga ada ramai penghijrah dari Indonesia.Tapi tentang Chow Kit ini agak menonjol dan mencolok mata - di highlight khusus secara berkala oleh media Utusan dan TV-3 dan juga bagi penduduk tempatan
(sejujurnya mereka yang dengki itu sebagiannya adalah keturunan melayu nusantara juga-Maaf anda jangan meludah kelangit nanti kena muka sendiri..hehee)
Sejarah kawasan Chow Kit sebenarnya ada kaitan langsung dengan peristiwa pahit 13Mei tahun1969.Dan sebelum peristiwa itu Chow Kit Road sama saja populasinya seperti kawasan-kawasan lain yang dihuni majoriti etnik Cina;seperti kawasan Bukit Bintang,Jalan Petaling(Petaling Street) atau Kepong Baru dan sebagainya.
Namun setelah tragedi 13 Mei,pihak kerajaan Malaysia (baca Selangor) secara 'de facto' tidak mahu kawasan bandar Kuala Lumpur dan sekitarnya terlalu didominasi oleh satu-satu kaum khusus etnik Cina atau India.
Selepas tragedi tersebut juga secara 'de facto' telah memberi kesempatan kepada Allahyarham Datuk Harun Idris untuk menarik ribuan keluarga Melayu ke Kuala Lumpur.
Dan mereka dibenarkan mendirikan rumah setinggan di sekitar bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain.Di samping itu Kerajaan Selangor telah meluluskan beribu - ribu tapak rumah kepada setinggan - setinggan di sekitar Petaling Jaya, Ampang,Ulu Kelang yang meliputi Kampung Datuk Keramat.

Allahyarham Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor yang paling lama dalam sejarah Selangor yaitu selama dua belas tahun dari 1964 sehingga 1976.Orang Melayu dan rakyat Selangor tentunya masih ingat dan mengenang jasa Allahyarham semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor .
Datuk Seri Harun Idris merupakan seorang nasionalis yang tulen tapi sebagai seorang lulusan undang-undang, beliau senantiasa bergerak dalam lingkungan undang-undang.
Walaupun pada mulanya beliau di tuduh memulakan insiden 13 Mei 1969 tapi fakta-fakta sejarah kemudiannya membersihkan nama beliau.
Kawasan Chow Kit berobah drastik.
Jadi dengan pembukaan kawasan melayu sekitar kawasan Chow Kit dan di bangun pula perumahan flat-flat di kawasan Chow Kit.Maka disinilah bermulanya era penguasaan dan mengambil alih kawasan-kawasan perniagaan di kawasan Chow Kit oleh berbagai keturunan melayu yang datang berhijrah berdekatan bandaraya Kuala Lumpur seperti dari suku Minangkabau.Jawa,Patani,Kelantan,Kedah dan berbagai lagi.
Dan pada bulan Februari 1981,sempat terjadi pergaduhan antara pihak berkuasa DBKL dengan peniaga-peniaga dari etnik Minangkabau dan Acheh(semua warganegara Malaysia).kerana tindakan pihak DBKL merobohkan gerai-gerai mereka sedangkan peniaga etnik China terlalu mendapat keistimewaan dengan tapak-tapak perniagaan yang banyak dan luas.
Setelah dilakukan perundingan yang panjang,akhirnya peniaga-peniaga Melayu keturunan Nusantara ini dibenarkan berniaga(padahal mereka warganegara Malaysia tulen)Mereka berganding bahu berniaga dengan peniaga-peniaga dari keturunan Melayu Kedah dan Kelantan dan lainnya tanpa ada perasaan prejudis dan sebagainya waktu itu.
Namun dengan seiring perjalanan pembangunan Kuala Lumpur,beberapa kedai dan gerai melayu telah diroboh oleh DBKL seperti berdekatan Jejambat Sudirman ChowKit-"dimana penyanyi Sudirman Hj Arshad mengadakan show hebat di atas jejambat ini pada tahun akhir 80an dengan lagu kebanggaannya Chow Kit Road"
Dan diatas puing-puing kedai melayu itu telah didirikan pasaraya UO superstore.Dan kita hanya dapat menggigit jari bila melihat peristiwa tersebut.
Sekiranya Allahyarham Datuk Seri Harun Idris masih hidup,sudah tentu beliau merasa sangat sedih bagaimana usahanya yang penuh cabaran untuk membantu anak-bangsa melayu hidup berniaga di bandar Kuala Lumpur,tetapi telah di lupuskan secara sistematik.Itulah realitinya sebuah kemajuan Kuala Lumpur.!
Kesimpulannya;
Jadi bagi anda yang tidak tahu atau pura-pura tidak endahkan akan sebab musabab berlakunya sebuah kisah.Apatah lagi tentang sejarah Chow Kit yang ada kaitannya dengan tragedi 13Mei dan Allahyarham Datuk Seri Harun Idris.
Janganlah anda mengaburkan sejarah itu sendiri atas rasa hasad dengki.hingga melontarkan tulisan-tulisan berbau prejudis ‘Mengapa Begitu Ramai Pedatang Asing dari Indonesia Berniaga di Kawasan Chow Kit’"
Terwujudnya wajah-wajah sawo matang Melayu berniaga di Chow Kit,"Bukanlah semudah seperti anda membalik telapak tangan".Ianya bukan perjuangan untuk individu tertentu,tapi sejatinya untuk kelangsungan survival anak-bangsa melayu di Kuala Lumpur.
Jika bukanlah atas keberanian dan inisiatif bangsa-bangsa Melayu Nusantara untuk menguasai kawasan perniagaan Chow Kit..Sudah pasti dan saya jamin wajah wujudnya Chow Kit hari ini tak ubah akan seperti Jalan Petaling(Petaling Street) yang didominasi peniaga China atau kawasan Masjid India didominasi oleh bangsa-bangsa India Selatan.dan Pakistani.
Dan untuk pengetahuan anda untuk mewujudkan perniagaan melayu di kawasan 'Little India' dikawasan Masjid India,pihak Perbadanan Kerajaan Selangor(PKNS) telah membangunkan pusat perniagaan melayu Wisma Yakin-dihadapan Masjid India.dan pihak DBKL(Dewan Bandaraya KL)pula mewujudkan pusat perniagaan Arked IbuKota.
Dan Alhamdulillah berkat jiwa nasionalis dan untuk membangunkan perniagaan bangsa melayu demi agama dan survival bangsa melayu.Beberapa peniaga korporat melayu keturunan etnik Minangkabau telah berkongsi dan ada yang secara individu membeli lot-lot kedai yang dimiliki etnik China,India,Benggali di kawasan ChowKit dan Masjid India/Jalan TAR dan kemudiannya lot -lot kedai tersebut di pecah-pecah jadi berupa lot-lot kedai kecil seperti Lot Kedai Arked Ibu Kota di jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).
Dan disewakan kepada peniaga-peniaga kecil melayu.Satu inisiatif hebat dari peniaga dan korporat melayu itu untuk memajukan anak-bangsa melayu tanpa perlu menunggu dan mengemis-ngemis kepada kerajaan.
Tahniah,saya salut dan angkat topi atas usaha murni Anda ini!
Demikianlah esei pendek ini saya tulis,kerana saya sudah tidak tahan melihat para wartawan-wartawan bayaran dari beberapa media perdana dan internet.melakukan provokasi untuk memburuk-burukan imej para peniaga melayu di bandaraya Kuala lumpur.
Jika tulisan ini tidak berkenan dihati anda berbanyak maaf dari saya! Namun samada anda suka atau tidak sejarah akan sentiasa bergulir:"Bagaikan titisan air akan terus mengalir kebawah dan kehilir mengikut fitrahnya".Wallahua'lam.
No comments
Post a Comment