FACEBOOK BAKAL TUKAR NAMA BARU–MARK ZUCKERBERG

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="FACEBOOK BAKAL TUKAR NAMA BARU–MARK ZUCKERBERG">

FACEBOOK BAKAL TUKAR NAMA BARU–MARK ZUCKERBERG

FORTUNA MEDIA-KUALA LUMPUR- SEBELUM ini heboh satu dunia selepas aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan sehingga menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses selama beberapa jam.

Walaupun ianya dapat dibaiki dalam tempoh kurang 12 jam, syarikat yang dipimpin Mark Zuckerberg masih mengalami kerugian berbillion ringgit.

Ini kerana pelabur-investor membawa saham mereka keluar dari Facebook secara beramai-ramai. Mungkin itulah antara sebab mengapa Facebook merancang untuk mengubah nama aplikasi mereka.

Ya, berdasarkan laporan TheVerge, Facebook dimaklumkan merancang untuk membuat penjenamaan baharu minggu hadapan. CEO, Mark Zuckerberg turut akan berkongsi kepada kita semua nama baharu itu dalam persidangan Connect tahunan.

Be Smart, Read More;

Facebook Update News Feed, Content Balancing dari Friends dan Pages
7 Perkara 'Boomerang' Dalam Profil Facebook Anda

Penipuan Bermodus Facebook, Waspadalah!


Nama aplikasi dibawah Facebook tenggelam?

Umum sedia maklum Facebook sebelum ini telah membeli banyak aplikasi media sosial. Contohnya, Instagram dan WhatsApp yang dibeli Facebook bagi mengukuhkan lagi pegangan media sosial mereka.

Disebabkan penjenamaan semula perlu dilakukan kerana nama aplikasi yang dibeli tidak datang dari pihak Facebook tetapi dari pemilik asal. Dengan itu, semua syarikat yang berkait bersama Facebook akan dikenali dengan sebuah nama di bawah satu bumbung yang sama selepas ini.

Sources ; MH Daily via 𝗥𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶²·⁰


VIDEO ; 

Mystery Millionaire Bungalow House Ditinggal Begitu Saja Sudah 20 Tahun Dengan Segala Isinya 😱

No comments