Diary Pengembara[4];Singapura 'awasi' buruh pendatang di asrama

Mengimport ma­nu­sia seramai 1,5 juta orang itu akan sekaligus mencetuskan risiko sosio-budaya di samping cabaran keselamatan dan ekonomi yang paling getir. Realiti pepatah Melayu nanti akan terjadi: dedalu hidup, yang mati pokok.!

<img src="PendatangAsing.jpg" alt="Diary Pengembara[4];Singapura 'awasi' buruh pendatang di asrama">
Potret Pendatang Asing hari ini; Kehadiran begitu ramai warga asing di kawasan perumahan flat serta pangsapuri kos rendah dan sederhana di beberapa kawasan perumahan di sekitar ibu negara menimbulan pelbagai masalah dan ketidak selesaan kepada penduduk tempatan/Image by freemalaysiatoday.com.




Diary Pengembara[4];Singapura 'awasi' buruh pendatang di asrama.

Ketika kerajaan via Menterinya di Kementerian Dalam Negeri mengumumkan akan membawa masuk segera sejumlah 1,5 juta orang,pekerja pendatang asing dari negara Bangladesh-negara yang mengeksport rakyatnya yang membawa kesan buruk dan negatif ke negara yang didatanginya.

Saya beri contoh negara-negara Arab/Timur Tengah pada awal tahun 20i5 lagi telah menutup pintu masuknya rapat-rapat kepada pendatang dari benua kecil Asia Selatan (baca; negara Bangladesh,Nepal,Pakistan,Afghanistan,India).Dengan menghantar pulang secara besar-besaran pekerja pendatang dari negara -negara tersebut.Hanya sebagian kecil saja negara -negara Arab mengambil mereka dan menukar dengan tenaga mahir dari Indonesia,Filipina,Korea Selatan dan China.


Begitu juga negara Singapura,selepas terjadi pergaduhan antara pendatang India,Bangladesh,Nepal disebabkan mabuk- minuman keras pada awal tahun ini.Tanpa berlengah-lengah lagi pemerintah Singapura menghalau pulang ramai pendatang yang membawa masalah kepada ketentraman awam dinegara seberang tambak Johor itu.


Dan seperti kita maklumi, pemerintah Singapura sangat ketat peraturan mereka dalam urusan pengambilan pendatang dari benua kecil Asia Selatan ini.Para pekerja pendatang ditempatkan pada satu kamp penempatan khusus untuk para pendatang dan tidak dibiarkan merata-rata tinggal duduk diperumahan rakyat seperti kita di Malaysia.

    Baca juga;


Singapura 'awasi' buruh pendatang di asrama.

Seperti yang dirilis media BBC,id.Para pekerja dari pelbagai negara khususnya dari benua kecil Asia Selatan ini yang ribuan banyaknya ditempatkan pada satu kamp atau di Asrama Tuas View - sebuah kompleks besar di kawasan industri Singapura.(Seperti yang Malaysia lakukan kepada "orang hanyut" Vietnam satu ketika dahulu)

Penempatan para pendatang/imigran tersebut walau menjadi sasaran keritik dari kumpulan HAM ,pemerintah tidak mengindahkannya,jalan terus projek tersebut Sebab pemerintah Singapura tak mahu lagi disibukan dengan urusan perangai.tingkah laku buruk para pendatang asing yang selalu membuat onar itu.

Bagaimanapun berlainan dengan sikap  kita di Malaysia,pemerintah dan serta rakyatnya sangat 'seronok' mendengar dan membaca dan disibukan dengan perkhabaran jenayah para pendatang dari benua kecil India ini.Betul tak?!



 Asrama Tuas View, yang dilengkapi tempat tidur untuk 16.800 orang dan fasilitas medical serta pasaraya, disebutkan sebagai tempat tinggal ideal bagi mereka.


<img src="PendatangAsing.jpg" alt="Diary Pengembara[4];Singapura 'awasi' buruh pendatang di asrama">

Fasilitas lengkap

Asrama ini seperti bandar kecil, lengkap dengan sebuah mini market, tempat makan, klinik medical dan gigi.

Para majikan membayar yuran sebesar $220, per bulan untuk sebuah tempat tidur dan loker. Mencuci baju dan membersihkan ruangan dilakukan oleh para pekerja.


Peralatan sukan/olahraga yang lengkap dan kriket juga tersedia. Pada malam hari, para pekerja lelaki menonton filem Bollywood di layar tancap.

Tetapi, meski mereka menikmati fasilitas yang lebih baik di sini, mereka tidak memiliki privasi.


Setibanya di rumah mereka harus membubuhkan sidik jari mereka. Asrama itu juga dipasang kamera pemantau CCTV yang berjumlah 250 buah untuk mengawasi mereka.

"Jika syarikat bertanya kepada kita, 'Jam berapa dia pulang? Jam berapa dia ke luar? Kerana dia tidak masuk kerja, dia 'menghilang', kami dapat memberikan mereka rakamannya," kata V Ranjan, manajer asrama.

Sistem pengawasan itu juga langsung tersambung ke pihak berkuasa. Artinya, pengurus asrama dapat menghantar informasi kepada polis jika terjadi jenayah/kejahatan.


Sejumlah pendapat menyatakan sistem asrama itu dilatarbelakangi motivasi untuk memisahkan para pekerja dari masyarakat awam/penduduk tempatan. Pada 2013, kerusuhan antara pekerja pendatang terjadi di Distrik Little India. Kenderaan Polis Singapura dibakar dan diserang kala itu.

Bagaimana kita di Malaysia? Dengan jutaan yang akan dijemput datang dengan hormat kenegara kita.Dan berita terakhir media perdana memberitakan bermula akhir Disember ini dan seawal tahun 2016,seramai 12.000 pendatang Bangladesh akan dihantar segera ke Sarawak.

Betulkah negeri Sarawak sangat memerlukan pekerja seramai itu pada waktu ini.Apakah rakyat Sarawak sudah tak mahu bekerja lagi?..Semua sudah kaya raya,hidup tenang,senang lenang.Semua keperluan hidup sudah cukup?

So,Apa sebenarnya tujuan kerajaan Malaysia berbuat demikian dengan fasilitas penempatan yang tidak ada,jangankan ada,langsung tidak ada,malah berserabut!

Akhirnya para pendatang akan ditempatkan kembali ditengah-tengah perumahan-perkampungan rakyat Malaysia.

Petikan dibawah dari tulisan TAN SRI DR. RAIS YATIM: Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Malaysia

Dengan kenyataan
serius kerajaan diatas hendak membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja Bangladesh bagi tempoh berjadual akan datang.Maka rakyat Malaysia khusus rakyat Sarawak dan Sabah bersedialah menerima perubahan ne­gatif kehidupan di Malaysia dengan cepatnya. Mengimport ma­nu­sia seramai itu akan sekali gus mencetuskan risiko sosio-budaya di samping cabaran keselamatan dan ekonomi yang paling getir. Realiti pepatah Melayu nanti akan terjadi: dedalu hidup, yang mati pokok.!


Perubahan itu juga akan memudaratkan perimbangan hidup dan budaya di tanah air. Akulterasi budaya akan berlaku di mana budaya mendatang akan beransur menjadi dominan dan budaya atau cara hidup masyarakat Malaysia sebagai penampung akan lemah diri dan lemah nilai.

Dengan aliran masuk manusia seramai itu akan menimbulkan persoalan keselamatan negara-bangsa, keutuhan undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan negeri. Kemasukan seramai itu akan menjejaskan perimbangan kehidupan, prasarana sosial seperti pendidikan, kesihatan awam, jenayah dan paling menakutkan perubahan sendi budaya negara bangsa, khasnya budaya Melayu.
Sekian,Terimakasih.

FORTUNA LIFESTYLE.COM.MY.mempelawa sebarang aduan di tempat anda mengenai masalah pendatang asing dan lainnya yang boleh kami dedahkan kepada umum. Email aduan anda kepada admin@fortunamediacyber@gmail.com

No comments