SEJARAH TERCIPTANYA JAM TANGAN G-SHOCK
SEJARAH TERCIPTANYA JAM TANGAN G-SHOCK
FORTUNA NETWORK - KUALA LUMPUR- Menurut siempunya cerita, sejarah bermulanya apabila Kikuo Ibe (gambar) terlalu kecewa dengan insiden jam tangan yang telah dihadiah oleh bapanya rosak akibat terjatuh, beliau kemudiannya nekad mencipta sebuah jam tangan tahan lasak.
Siapa sangka jam tangan yang dihasilkan Kikuo Ibe telah menjadi sebuah jam tangan 'legend' yang sehingga kini menjadi kegilaan remaja mahupun orang dewasa.
Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 semasa Ibe berkerja sebagai seorang jurutera (engineer) di syarikat yang menghasilkan jam tangan terkenal iaitu #Casio. Projek khas itu diberi nama "Project Tough".
Pada awalnya Kikuo Ibe, bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam tersebut, bagi memberikan ketahanan yang diperlukan.
Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam bila dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menghasilkan ketahanan yang memuaskan.
Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak (durable) akhirnya ditemukan secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaimana bebola getah akan 'bounce'(melantun-melambung) selepas terjatuh.
Be Smart, Read More;
MYSTERY CINCIN BERLIAN BERDAR4H
MISTERI KUNCEN, Kisah Perjalanan Menggapai Menara Gading [Chapter I Part 3]
Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough.
Apakah itu Triple Ten?
1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun
Hasil kerja keras beliau akhirnya terhasilah model pertama G-Shock iaitu DW-5000 (gambar),jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Semenjak itu lebih 50 Juta utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.
Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan-olahraga lasak.
Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja.
Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991
G-Shock menjadi semakin 'lagendary' pada tahun 1993. Pada tahun tersebut berlaku *Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden *Black Hawk Down.
Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdar4h ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun 'in battle condition'.
Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan 'battle proven'.
Bagi sebagian peminat jam G-Shock yang paling ikonik rekaannya ialah DW-9052. Dibuktikan sendiri pernah melakukan droptest dari bangunan 3 tingkat dan jam ini tidak mengalami sebarang kerosakan.
Be Smart, Read More;
Inilah Tips-Tips Yang Telah Berusia 100 Tahun Namun Tetap Berguna Hingga Sekarang[1]
Fokus 1 Niche :"Belajar fokus untuk identity Channel YOUTUBE"
INFO tentang Black Hawk Down. Battle of Mogadishu di Somalia
Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota t3nter4 Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer(ranger) Amerika Syarikat yang terperangkap dalam pertempuran. Peristiwa sebenar pertempuran membabitkan anggota tentera Malaysia di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.
Insiden itu telah dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu. Demikian menurut Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom, yang terlibat langsung dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu. Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, (*Via, astroawani.com/berita)
Adaptasi dari artikel G-Shock By Reputasi 2.0/fb
Kredit Image, Reputasi 2.0/fb
Editor. Helmy Network
twitter.com/helmysyamza
facebook.com/helmy.zainuddin
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamza
.
No comments
Post a Comment