Recipe Rendang Daging Style Minang Cuisine

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="Recipe Rendang Daging Style Minang Cuisine">

Recipe Rendang Daging Style Minang Cuisine


Bulan Puasa Ramadhan 2020 sudah menjelang tiba, rindu pula rasanya hendak menulis recipe masakan, Pada kali ini Saya pilih recipe rendang daging style Minang cuisine, maksudnya Masakan Rendang Daging Style Selera Minangkabau, sahaja Saya bagi judul postingan macam tu, biar gempaq sikit..hehee.

Masakan Rendang ala Minangkabau Ini sudah terkenal ke seluruh dunia, dan sudah tidak menjadi rahasia lagi segala resipinya, cuma bergantung cara 'tangan' yang memasak itu dan cara adunan bumbu-bumbunya yang cukup lengkap.

Tanpa, mukaddimah yang panjang mari kita lanjutkan, Oh, ya recipe ini Saya mulakan dengan bahan daging lembu atau kerbau satu(1) kg, jika mahu lebih banyak daging untuk rendangnya, Anda tambah sendiri mengikut kepakaran dan selera Anda bahan-bahannya.

Bahan-bahan utama;

1 kg daging lembu atau daging kerbau  
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan kelapa pekat atau sekitar 3 biji kelapa
4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pack
2-4 helai daun kunyit-carik
- Garam, asam jawa dan gula, secukupnya,

Jika dulu orang-orang Minangkabau, tidak menggunakan bahan kerisik untuk campuran masakan rendangnya, Tapi, satu bahan yang dipanggil 'tahi minyak', ianya diperbuat dari santan kelapa yang dimasak lama hingga beku dan dipadatkan seperti potongan belacan/terasi. Tapi, bahan tersebut kini sudah sangat sulit ditemukan, kerana kurangnya pembuatan minyak masak dari buah kelapa.

Dan juga, Saya perhatikan orang-orang tua dahulu, bukan ikut sangat panduan cara memasak moden nih, Tetapi, umumnya mereka mengisar atau menggiling sendiri bahan-bahan rempah yang mahu digunakan seperti, lada hitam, lada putih, jintan hitam/putih,ketumbar dan lainnya dan disimpan masing-masing bahan tersebut dalam satu bekas kaca.

Dan juga, banyak-banyak rahasia memasak rendang yang sedap dan tahan lama yang Saya dengar dari pakar-pakar masak adalah dengan menggunakan bawang merah yang agak banyak serta santan pekat segar perah sendiri yang banyak, santan itu bukan yang sudah siap packing, kerana yang jenis sudah siap bungkus itu kebanyakannya, sudah dicampur tepung dan sebagainya.

    READ MORE
Apakah Rahasia Kelazatan Masakan Minangkabau?
Kemsom-Keng Som Masakan Asam Pedas Special Ala Thailand
Hidangan Pulut Ayam Menu Special Ala Danok Thailand

Bahan- bahan bumbu halus-1;

8 ulas bawang merah - Saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih(Minang; Dasun) 
2 inci halia (Jawa; jahe)
7 buah keras (Jawa; buah kemiri)


Bahan- bahan bumbu halus-2;

2 inci lengkuas muda (Jawa; laos muda)
7 batang serai - hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu besar jintan manis - sangai
1 sudu besar jintan putih - sangai
4 buah pelaga (Jawa; kapulaga) biarkan utuh5 helai daun salam,


Cara cara memasaknya:

Kisar, atau giling. Bahan bumbu halus-1. Orang-orang tua kita dahulu, mereka giling diatas batu giling leper, itu yang membuat nikmat rasanya sangat sedap dibanding cara kita kini dengan guna mesin blender. Tapis dan airnya diguna untuk kisar. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula Bahan bumbu halus-2.

Panaskan minyak tumiskan
bahan bumbu halus-1 hingga ringan. Masukkan cili (Jawa; Cabe) kisar dan masak sampai pecah minyak.

Selepas itu masukkan pula, Bahan bumbu halus-2 dan kacau hingga naik bau wanginya. Pastikan minyak agak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Lalu masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging sudah keluar air atau sudah berubah warna asal, masukkan santan pekat, daun kunyit dan sedikit garam.

Aduk dan kacau dengan rata hingga daging empuk. Boleh tambah sedikit air jika daging masih belum empuk, dan santan sudah menyusut. Dan m
asukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Suaikan rasa ikut selera. Kacau-kacau selalu dan masak hingga kering.

Dan sudah boleh Anda rasa atau cicipi sedikit apakah sudah masak sesuai selera. Jika sudah, ya. diangkat dari bekas pemasak tersebut, lalu sudah boleh disajikan untuk berbuka atau makan sahur esok harinya..
Ohh, ya kalau Anda suka rendang seperti recipe rendang Minang ini atau di Malaysia dipanggil Masakan Rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Walau bagaimanapun pilihan citarasa- selera tersebut adalah atas pilihan kesukaan Anda ya?,

P/S; Tips.

1. Untuk menjaga masakan rendang tahan lama, tidak mudah basi. Anda perlu pastikan bahan-bahan yang ditumis benar-benar sempurna masaknya.

2. Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.

3. Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.

4. Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi-tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.

5. Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.

6. Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).

7. Gunakan rempah-rempah yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap.[1]

Rujukan;
[1] www.aziekitchen.com
 
Author ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Kredit Ilustrasi Image; koransewu.blogspot.com
Follow me at;
 

No comments