MISTERI KEHILANGAN #ACAP ,"Rakaman Suara Orang Kampung Marah"

<img src="MISTERI KEHILANGAN #ACAP.jpg" alt="MISTERI KEHILANGAN #ACAP,"Rakaman Suara Orang Kampung Marah">

FORTUNA LIFESTYLE.COM | MISTERI KEHILANGAN #ACAP,"Rakaman Suara Orang Kampung Marah"

PADA tarikh 23 Mac 2019 lalu, Mungkin tiada peristiwa yang penting berlaku ke atas diri kita semua, selain dari berita & peristiwa hiruk pikuk politik di Malaysia. Namun, berlainan dengan apa yang dialami oleh keluarga Mohammad Ashraf Hassan atau Acap.
Ibu bapa, adik-beradik, isteri termasuk saudara-mara lelaki berusia 29 tahun itu dirundung rasa duka dan bingung. Acap, pemuda yang menyertai Event larian Gopeng Ultra Rail tidak muncul di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 teratas bagi peserta 25 kilometer, pada hari tersebut

Seperti yang dilaporkan media, bukan sahaja pihak berkuasa malah masyarakat setempat, agamawan termasuk golongan paranormal muncul membantu mencari Acap. Pun demikian, setakat artikel ini ditulis, usaha mencarinya masih menemui jalan buntu.

Pada asalnya, kes Acap seperti kes-kes lain yang menyaksikan mereka akan muncul dua hingga tiga hari selepas operasi menyelamat. Namun, selepas 30 hari lebih tiada sebarang signal positif, ia menyebabkan pelbagai spekulasi liar bertebaran.

Ada yang mendakwa, Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar,Negeri Johor itu disorok makhluk bunian, dibawa makhluk halus ke alam mereka dan beberapa andaian yang menakutkan.

Di sebalik misteri kehilangan ini, natijahnya, masyarakat kita dilihat terbahagi kepada dua kelompok.

Golongan pertama ialah mereka yang terlampau percayakan kononnya Acap kini berada di alam makhluk bunian. Golongan kedua pula yang bermati-matian menolak andaian itu. Mereka lebih memikirkan kemungkinan kes Acap seperti Nur Umaisarah Sameon yang dijumpai semula selepas 19 hari hilang di Gunung Tahan, 10 tahun lalu.

Namun, dalam konteks Agama, kita wajib untuk percaya perkara-perkara dan alam ghaib ini.
READ MORE

Misteri Legenda Ilmu Siluman Harimau Dari Sumatera
Misteri 'Uhang Pandak'- HOBBIT Dari Gunung Kerinci Sumatera Indonesia
Mysterious Tribes; Suku Mante, The Real Hobbit Or Dwarf From Aceh,Sumatera
Inilah Kampung Pitu,Desa Misteri Di Gunung Kidul Yang Konon Hanya Bisa Dihuni 7 Keluarga

 Laporan Polis yang mula viral meminta orang ramai berhenti mencari Mohammad Ashraf #Acap<img src="MISTERI KEHILANGAN #ACAP.jpg" alt="MISTERI KEHILANGAN #ACAP,"Rakaman Suara Orang Kampung Marah">




GOPENG,PERAK - Pihak polis mengesahkan menerima laporan waris peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, supaya orang awam menghentikan operasi mencari.


Ketua Polis Daerah Kampar,Negeri Perak, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat abang Mohammad Ashraf iaitu Mohammad Azlan, pada jam 5.20 petang semalam.

Ditanya apakah tindakan lanjut pihak polis, Hasron Nazri berkata, polis akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Menurut laporan polis yang dibuat Mohammad Azlan, bukan hanya berhenti daripada mencari bahkan meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar mengenai adiknya juga dihentikan.

"Waris ini telah pun berbincang dengan pihak Ketua Kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan," katanya mengenai laporan polis tersebut. (Sumber)

p/s. Apakah sebab pihak waris/ keluarga Acap membuat laporan Polis diatas Dan untuk menyeru masyarakat menghentikan pencarian kehilangan Acap tersebut, kita kurang pasti. Tetapi ini sekedar andaian pribadi dan husnuzzon atas tindakan keluarga Acap tersebut,
Saya berpendapat ada kemungkinan hubungannya dengan saranan orang-orang kampung berdekatan peristiwa itu berlaku agar menghentikan pencarian Acap (seperti saranan suara lelaki dalam rakaman video dibawah ini)

Walaubagaimanapun kita doakan saja dan sokong segala cara yang ditempuh oleh siapa saja untuk pencarian Acap tersebut, agar saudara Acap ditemukan dalam keadaan baik-baik saja.WallahuA'lam

#Rakaman Suara dari seorang lelaki yang marah kepada orang luar atau bomoh/dukun yang datang dari luar untuk mencari #Acap yang hilang...

No comments