MISTERI KEHILANGAN #ACAP "Orang Kampung Tahu Diatas Itu 'Kampung Mereka'
FORTUNA LIFESTYLE.COM-MISTERI KEHILANGAN #ACAP "Orang Kampung Tahu Diatas Itu 'Kampung Mereka'
KUALA LUMPUR - Sejak peristiwa kejadian kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau Acap, Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Negeri Johor pada tarikh 23 Mac 2019 lalu, yang menyertai Event Larian Gopeng Ultra Rail, di Negeri Perak, yang tidak muncul di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 teratas bagi peserta 25 kilometer, pada hari tersebut, Dan khabar kehilangannya hingga berita ini ditulis, masih diselubungi misteri. Pelbagai andaian seperti disorok makhluk bunian, dibawa makhluk halus ke alam mereka dan beberapa andaian yang cukup menakutkan.
Sementara itu berita terkini , bahwa keluarga waris telah membuat laporan Polis agar masyarakat menghentikan serta merta pencarian kehilangan Acap tersebut. Atas alasan apa pihak keluarga Acap berbuat demikian, kita kurang pasti. Ataukah ada hubungan dengan saranan orang-orang kampung, dikampung berdekatan agar menghentikan pencarian tersebut.

Anda baca disini ;
MISTERI KEHILANGAN #ACAP,"Rakaman Suara Orang Kampung Marah"
Sebelum ini. penduduk kampung berdekatan berharap sebarang penganjuran aktiviti rekreasi di Gopeng terutama melibatkan laluan sungai dan bukit dimaklumkan terlebih dahulu kepada komuniti setempat.
Pemberitahuan dan makluman itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko bahaya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
"Eloklah kalau bekerjasama dengan orang kampung sebab mereka lebih arif dengan jalan dan laluan di situ. Kalau tidak nanti jadilah kes seperti hilang atau sesat," menurut penduduk kampung disini.
Menurut para relawan yang pakar dalam track event ini, laluan check point 6 hingga 10 sepanjang 10km iaitu lokasi dipercayai mangsa hilang merupakan kawasan kebun kelapa sawit, hutan kecil diikuti tebing Sungai Kampar dan Bukit Batu Putih.
"Aktiviti macam ini biasa dibuat di sini. Kalau ada orang sesat atau hilang di puncak bukit pun mesti dapat jumpa dalam hari yang sama, tak pernah lagi sampai berhari-hari seperti ini," katanya.
Relawan tersebut, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kehilangan Mohammad Ashraf ada kaitan dengan unsur mistik.
"Orang kampung tahu di atas itu 'kampung mereka', Ada yang pernah nampak sekumpulan lelaki dan wanita naik ke bukit bawa obor.
"Apa pun sebagai penduduk kampung kita bantu sehabis baik menggunakan pelbagai cara sampai jumpa mangsa," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan secara sukarela oleh beberapa relawan dan masyarakat setempat, Namun hingga hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk akan kehilangan mangsa yang masih diselubungi misteri, WallahuA'lam.
Sumber; Pelbagai Media
Editor; HSZ/FortunaNetworks.Com
Sumber; Pelbagai Media
Editor; HSZ/FortunaNetworks.Com
No comments
Post a Comment