10 Tips Dan Pesanan Dalam Menghadapi Akan Kematian Yang Pasti Datang

Kematian itu sesuatu yang pasti dan bukan perkara yang menakutkan.Seperti pribahasa Minangkabau "Mumbang jatuah kalapo jatuah" maksudnya:"Buah kelapa yang masih berputik atau muda juga jatuh.Apatah lagi buah kelapa yang tua.Sudah pasti jatuh ketanah jua".

Hey Dude,!..Ada sebagian orang berpendapat bahwa untuk beramal dan beribadat kepada Allah SWT-khusus bagi umat Islam.biarlah nanti setelah umur pencen atau pensiun saja atau pada umur telah masuk 50+ siri.






Dan mereka yang berpendapat begini sebenarnya tertipu dan menipu diri sendiri kerana ingin menghabiskan waktu enjoy dan berfoya-foya dimasa muda dan ketika masih sehat serta uangpun masih banyak.Apakah benar pendapat begini?


Tahukah Anda? Siapakah yang menentukan berapa umur kita hidup didunia ini.Apakah Anda?

Bolehkah Anda menentukan berapa umur anda untuk menikmati kehdupan dunia ini.Sudah tentu tidak!

Hidup dan kehidupan kita ini adalah pinjaman semata-mata.Kita sentiasa dalam genggaman takdir,iradat serta kudrat Allah Yang Maha Berkuasa.

Maka untuk itu dalam agama Islam kita di ajarkan dan di tausiyah agar sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian.Kematian itu sesuatu yang pasti dan bukan perkara yang menakutkan.Seperti pribahasa Minangkabau "Mumbang jatuah kalapo jatuah" maksudnya:buah kelapa yang masih putik juga jatuh apatah lagi buah kelapa yang tua,sudah pasti jatuh ketanah.

Pada artikel kali ini saya ingin share dengan pembaca setia blog ini dan juga anda pengunjung yang kebetulan membaca artikel ini.

Sebuah pesanan atau tausiyah yang sangat bagus oleh Profesor Dr.Harlina Shiraj.puteri mantan Qadi di negeri Sungai Besar,Selangor yang saya share dari sahabat facebook saya.moga bermanfaat buat panduan kita bersama.

Tausiyah atau pesanan oleh prof ini berguna untuk semua umur.Walau secara spesifik boleh ditujukan kepada Anda yang telah berumur 50 tahun,50+siri atau mungkin baru hendak menjelang 50an.

Sudah Melebihi? Sedang Menghampiri? Dan Masih Jauh Lagi?


  • Nasehat untuk Anda yang sudah berumur 50 tahun keatas.Mula-mulalah berlatih.
  • Yang sudah hampir 50 tahun itu,sudah boleh bersiap-sedia,
  • Yang masih jauh lagi hendak menjelang ke umur 50 tahun boleh kongsi juga dan bantu ibubapa jika beliau masih ada.

  Pertama.

Masa Untuk Mengumpul Harta Sudah Habis.Fokus Sekarang Untuk Gembirakan Orang.
  • Fokus pada hendak menggembirakan orang lain.Sekarang bukan masa dan waktu untuk mencari harta sahaja.
(!) Disini bukan bermaksud Anda tidak boleh memperkaya diri dan keluarga Anda pada umur ini.Tetapi perlu ada keseimbangan waktu untuk mencari harta dan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT.

Jangan Anda bandingkan kita dengan orang Barat atau orang kafir yang sentiasa mengejar keduniaan.Walaupun keuangan mereka telah setabil pada umur muda.Namun  pada usia tuanya masih bekerja keras untuk mengejar kekayaan.

Anda juga boleh berusaha gigih seperti mereka itu.Asalkan Anda tidak melupakan segala kewajiban Anda sebagai seorang Muslim.

Misalnya orang barat yang mengejar kejayaan:Pendiri KFC dan pencipta resepi ayam gorengnya baru berjaya ketika dia berumur 61 tahun.

Baca artikel terkait; 7 Rahasia Inspiratif John Paul DeJoria Dari Homeless Kini Memiliki USD 2,8 billion.

  Kedua.

Jangan Tinggalkan Apa-Apa Harta Untuk Anak-Anak Anda.Mereka Perlu Usaha Dan Ikhtiar Sendiri.
  • Anda perlu merancang cara membelanjakan duit simpanan anda.Anda patut gembirakan hidup dan diri Anda.Dan ganti apa yang tidak dapat dibuat dan dinikmati sebelum ini.Jika Anda mampu dan cukup bajet,saya anjurkan Anda pergilah melancong.
  • Jika ada kewajarannya.jangan tinggalkan apa-apa atau harta yang boleh membuatkan anak-anak Anda bergaduh berebut harta peninggalan Anda.
  • Dengan meninggalkan sesuatu atau harta tanpa wasiat yang jelas dan adil.Biasanya akan membawa masalah bila Anda sudah kembali kerahmatullah.

  Ketiga.

Buat Kerja Jangan Bertangguh.
  • Lakukan segera pada saat ini.dan sekarang,bukan semalam dan esok.Hanya hari ini sahaja yang anda yang boleh kawal.Semalam dan kemaren telah pergi.dan esok mungkin tidak akan berlaku.

  Keempat.

Didiklah Anak-Cucu Anda Dengan Ilmu Agama.
  • Bergembiralah anda dengan kurniaan cucu-cucu dari Allah SWT( jika ada).Tetapi saya ingatkan! Anda jangan jadi "full time baby sitter".Itu bukan jadi tanggungjawab Anda lagi untuk menjaga mereka.
  • Sesekali jangan Anda rasa bersalah,jika tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu-cucu sendiri.
  • Dalam perkara ini tanggungjawab Anda adalah terhadap anak-anak Anda saja.Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa.Tugas Anda telah tamat.Biarkan anak-anak Anda sendiri yang jaga dan membesarkan anak-anak mereka.
(!) Disini anda bukan langsung berlepas tangan dan tidak memperhatikan kehidupan anak-anak anda setelah mereka berkahwin.Salah satunya adalah apakah mereka ada mengamalkan ajaran dan ibadat agama yang anda ajarkan kepada mereka.

Maklumlah kita hidup kini didunia yang penuh pancaroba dan godaan berbuat maksiat dan kejahatan telah masuk kedalam rumah dan kehidupan kita dan anak-anak kita.Misalnya teknologi smartphone yang canggih dengan segala macam aplikasinya yang boleh dan sudah merosakkan dunia kehidupan anak-anak,cucu kita.

Jadi saya nasehatkan.Anda sebagai ibubapa masih perlu memantau dan menasehati jika anak-anak dan cucu anda telah tersesat dalam perjalanan kehidupannya.

  Kelima.

Jika Anda Sakit Bersabarlah.
  • Anda perlu bersabar dan menerima symptom penyakit apapun.Dan lain-lain kelemahan pada fizikal Anda.Sejatinya ianya adalah sebahagian proses meningkatnya umur anda.Bersyukur senantiasa dengan keupayaan kesehatan yang Anda ada dan miliki.sekarang.

  Keenam.

Dunia Ini Bukan Tempat Anda Dapat Apa Yang Anda Kehendaki.
  • Kenali dan introspeksi siapa diri Anda.Dan apa yang Anda ada dan punya sekarang.
  • JIka Anda tidak dapat apa yang Anda hajat atau ingini.Ketahuilah itu semua sudah terlambat bagi Anda seumur ini.

  Ketujuh.

Bersamalah Dengan Mereka Yang Ikhlas Menyayangi Anda.

  Kelapan.

Berlapang Dada-lah.
  • Memaafkan dan terima kemaafan.Maafkan diri sendiri dan orang lain.Lapangkan minda dan hati.

  Kesembilan.

Segeralah Membina Akhirat Anda.Ia Pasti Berlaku.
  • Berkawanlah dengan kematian.Ianya kitaran atau putaran semula jadi dalam kehidupan.Jangan takut akan kematian.Kematian adalah permulaan kehidupan yang lebih baik.

   Kesepuluh.

Bayangkanlah Kegembiraan Hidup di Syurga Yang Kekal.Ianya Sangat Hampir.
  • Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa.Untuk Dialah yang Anda ada.Dan semua amalan,ibadat Anda.Setelah Anda meninggalkan dunia fana ini.
    Wallahua'lam.
    _________________

    Kredit future foto :wallpaperup.com/118/Water_nature_multicolor_rocks_reflections_caves.html

No comments