Bagaimana Cara Anda Jadi Pembawa Berita Gembira Bukan Gosip:Tips Membina Kemahiran Bersosial

Bagaimana Cara Anda Jadi Pembawa Berita Gembira Bukan Gosip:Tips Membina Kemahiran Bersosial
Hey Dude.Siapakah yang patut Anda pilih untuk menjadi kawan baik Anda? Salah satu tips yang sangat menarik tentang memilih sahabat atau kawan baik yang saya rilis dari pakar motivasi 'Osman Affan', penulis buku  Motivasi Belajar dan Teknik Belajar berkesan SmartStudy. Buku-buku tersebut  telah mencapai tahap jualan buku ‘Best Seller’ di Malaysia.


Beliau menulis, "Jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya".


Saya anggap Anda ketika membaca artikel ini,Anda sudah mempunyai sebuah kerjaya,Baik bekerja dengan kerajaan,swasta mahupun bekerja sendiri sebagai bisnisman misalnya.Yah,atau mungkin juga Anda kini sedang bekerja sebagai petani moden,mengusahakan sebuah ladang buah-buahan dipinggiran desa.Mungkin juga Anda kini seorang pelajar-mahasiswa disebuah perguruan tinggi yang sedang berjuang untuk menggapai cita-cita Anda.


Coba Anda imbas dan kenang kembali siapa diantara kawan-kawan Anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat.


Mereka ini sentiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. JIka anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba dekat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.

Posmen-Pak Pos,

Sewaktu anda menunggu sesuatu pesanan berupa surat keputusan hasil interview lamaran pekerjaan baru Anda misalnya.Ringkasnya momen anda menunggu kedatangan itu ada kaitan dengan seorang yang bernama posmen atau pak pos-jika di Indonesia.

Semua orang atau Anda sendiri yang dalam penantian itu sudah pasti,selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa Anda  berjaya mendapat pekerjaan baru tersebut. Apabila saat yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi Anda sekeping sampul surat yang membawa berita gembira tersebut.

Saya sendiri hingga saat ini,jika seorang posmen datang mengahantar surat apa-apapun kerumah saya atau mungkin bertemu-berpapasan dijalanan, saya akan coba mula-mula menyapanya disertai sebuah senyuman. Kenapa saya begitu?

Kerana saya menilai dan beranggapan bahwa seorang posmen itu akan selalu membawa berita gembira buat saya.Misalnya beberapa bulan lalu sudah pasti setiap rakyat Malaysia yang berhak menerima BR1M-bantuan rakyat 1malaysia,akan senantiasa tertungu-tunggu bila posmen akan datang membawa sampul surat BR1M kepada mereka.

Mendengar bunyi deruman motor posmen yang masih dikejauhan saja,mereka sudah berdiri didepan rumah untuk menunggu kalau-kalau ada sampul surat BR1M untuk mereka.

Jangan lupa baca; Bagaimana Cara Memilih Personaliti Kawan Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.
Tips untuk meningkatkan kemahiran anda berkawan atau bersosial kali ini adalah. Anda perlu berwatak seperti posmen tersebut.hehehe; bukan maksud saya Anda harus melamar kerja sebagai posmen..

Secara makna harfiahnya Anda harus jadi seorang seorang pembawa berita gembira. Semua orang dari latar belakang apapun atau bangsa apapun,sudah semestinya sukakan berita gembira buat mereka.

Hal subjektif inilah yang disalah gunakan oleh para politikus bourjuis dan hipokrit untuk menipu rakyat marhaen demi kepentingan pribadi atau kumpulannya.Berita gembira amat menggembirakan.. (semua orang maklum tentang perkara ini kan?)

Setiap kali Anda membawa berita gembira kepada kawan-kawan anda,dimana saja lingkungan Anda,apakah disekolah,dikampus,ditempat Anda bekerja dan dipersekitaran kejiranan masyarakat Anda. Mereka akan kaitkan anda dengan kegembiraan. Jadi, setiap kali mereka melihat Anda, mereka akan rasa gembira. Bukankah itu yang Anda mahukan?

Berita gembira yang anda bawa selama ini mungkin hanya melalui bicara langsung bertatap muka.Namun kini diera teknologi internet.Berita gembira boleh anda khabarkan melalui Website-Blog,media-media sosial seperti Facebook,Twitter..Pinterest.Tumblr. Shtyle.fm/ dan yang lebih pantas terkini,misalnya whatsapp,dan seperti 10 Media Sosial Yang Lagi Trending Anda Patut Mencobanya!.

Sesungguhnya saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan.

Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa happy, gembira dan bersemangat.
Jika di media-media online berita-berita gembira itu disertai dengan paparan visual foto,slide,video dan  lainnya.

Namun, saya berpesan dan anda perlu berhati-hati dengan apa yang saya maksudkan dengan berita gembira ini.Ada pelajar yang merasa gembira apabila mendengar cerita-cerita tidak baik seperti cerita tentang pelajar dirotan, gagal dalam peperiksaan dan juga gosip-gosip liar. dan tentang seorang pekerja yang diberhentikan misalnya.

Sementara dimedia internet kini lagi dahsyat penyebaran paparan tentang sesuatu berita yang bagi satu pihak merupakan sebuah keseronokan sementara pada pihak lain ia adalah berita yang sangat menyakitkan bahkan mungkin mengaibkan mereka.
Bukan ini yang saya maksudkan dengan berita gembira.!

Disamping pembawa berita gembira Anda juga perlu pelajari: Bagaimana Cara Belajar Jadi Pendengar Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.

No comments