Bagaimana Cara Memilih Personaliti Kawan Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial

Bagaimana Cara Memilih Personaliti Kawan Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.
Hey Dude.Tips pertama pada thread lepas yang bertajuk Bagaimana Cara Belajar Jadi Pendengar Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.Saya beri tips formula sebagai seorang pendengar yang baik dengar mendengar penuh perhatian cerita-kisah kawan-kawan Anda dan melakukan sebuah respon dengan berupa pertanyaan maka akan menjadikan kawan-kawan Anda jadi menyenangi sikap Anda

Dan pada artikel kali ini saya akan memberikan tips tentang sesuatu  perkara yang perlu anda hindarkan dalam kehdupan bersosial.



Pada thread lepas sebagai formula bertanya ; Kawan Anda bercerita begini "cuti minggu lepas saya pergi melancong ke Pulau Langkawi.Best la melancong kesana"
Dalam situasi ini Anda perlu hindari cara dengan menjawab begini, “O ya kah.. Ahh biasa aja  Pulau Langkawi tu… aku pergi ke Pulau Ketam lagi best.. masa tu aku.. (terus Anda buka cerita dan abaikan kawan anda yang baru nak buka cerita tadi)

Atau Anda mencelah dengan spontan,
“Tak ada yang menarik pun dengan Pulau Langkawi tu. Bukan ada apa-apapun. Aku dah biasa tengok dalam tv ..Orang yang dah tak ada tempat lain hendak pergi saja yang mahu pergi  kesana tu..”


Sesuatu kebiasaan buruk yang selalu kita lihat dan temui dalam sebuah kumpulan yang sedang bercerita.

Ada orang-orang yang  punya atitude kurang positif yaitu mereka tidak boleh menahan diri sedikit dari hendak menceritakan pengalaman mereka yang mungkin serupa atau lebih hebat,ketika lawan bicaranya menceritakan sesuatu topik.


Disinilah Anda perlu belajar banyak dengan memerhati sikap-atitude dalam komuniti atau pergaulan dengan kawan-kawan sepejabat atau mungkin dikejiranan Anda.

Anda perlu bersabar dan belajar sedikit demi sedikit untuk menahan diri dan berhati-hati.
Beri peluang kepada kawan anda dan lawan bicara Anda seperti dalam sebuah perjumpaan,meeting misalnya untuk mereka bercerita dan menghabiskan perbualannya.

Nah,sudah pasti Anda akan dihargai menjadi seorang pendengar yang baik Dan Anda tidak rugi apa-apa jika anda beri perhatian kepada kawan-kawan anda untuk bercerita dan meluahkan opini atau argumen misalnya.

Coba Anda terbalikan situasi itu.Dimana Anda diperlakukan secara atitude buruk begitu.Belum sempat Anda memulakan topik. apabila anda mahu membuka cerita..?
Lawan bicara anda telah memotong percakapan Anda.

Anda baca juga :Bagaimana Cara Belajar Teknik Berbincang Untuk Membina Kemahiran Bersosial.

Tips jadi pendengar yang baik untuk membina kemahiran bersosial dan cara Anda merespon orang atau kawan Anda yang sedang bercerita atau bercakap sesuatu kepada Anda ini akan membantu anda untuk mudah menyesuaikan diri di alam pekerjaan nanti.

Di pejabat atau di mana-mana sahaja anda bekerja nanti, anda akan jumpa orang yang suka bercerita tentang diri mereka dan tidak mengendahkan cerita orang lain.
Atitude buruk tersebut sama ada pada diri Anda atau ada pada kawan-kawan sepejabat dan sebagainya akan membuat orang akan menghindari Anda tanpa Anda sadari. Kawan-kawan sekerja lain akan cuba mengelak dari berbual dengan orang semacam ini Dan sangat membosankan sekali kerana  kita asyik terpaksa mendengar cerita mereka.


Apabila anda boleh menjadi pendengar yang baik, kawan-kawan sekerja akan selalu mencari Anda menceritakan kisah-kisah hebat mereka. Mungkin sekali sekali Anda juga akan rasa penat mendengar cerita orang lain. Tetapi, apa faedah positif yang Anda perolehinya. Kawan-kawan Anda yang  selalu mencari anda ini tidak akan lupakan anda apabila mereka ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan diceritakan seperti peluang untuk naik pangkat, peluang perniagaan dan sebagainya. Akhirnya tidaklah anda bosan bekerja keseorangan kerana tidak ada kawan yang berani mendekati anda.

Kesimpulannya,

Berkawan dan bersahabatlah Anda dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, Anda harus pandai menyesuaikan diri.

Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan,"Anda mempunyai personaliti yang sehat apabila anda boleh bergaul dengan berbagai jenis orang daripada berbagai jenis latar belakang".


Maksudnya, jika Anda ada personliti yang sehat dan anda pandai berkawan, anda boleh berkawan dan mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka pekerja atau pelajar cemerlang, tidak cemerlang, kaki gaduh, ahli jawatankuasa masjid dan surau, ketua pelajar,bos di pejabat dan sesiapa sahaja.


Namun perlu diingat dan diperhatikan. Jika Anda  hanya boleh bergaul dengan beberapa jenis orang sahaja, Anda perlu pelajari dan berlatih bagaimana mahu luaskan kenalan dan pergaulan anda.

Nah, apabila Anda sudah bekerja nanti, anda akan jumpa berbagai jenis orang. Mungkin anda akan bertemu seseorang dengan sifat dan atitude  yang selama ini anda sangka tidak wujud langsung. Namun, dalam berkawan dengan semua orang ini, Anda perlu juga memilih siapa yang patut dan sesuai untuk dikenali demi kebaikan dan kemajuan personaliti Anda.

Anda perlu berhati-hati siapa yang Anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh keperibadian kawan-kawan baik anda ini.


Siapakah yang patut Anda pilih untuk menjadi kawan baik anda? Saya akan share pada Anda semua satu tips yang sangat bagus yaitu: "Jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan Anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya".[1]

Sesungguhnya ada diantara kawan-kawan Anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat. Mereka ini senantiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. Jika anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba dekat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.Wallahua'lam.
_______________

Courtesy to;

[1] osmanaffan.com/kemahiran-berkawan/

Perlu juga Anda baca thread ini; Adakah Anda Ada Ramai Kawan? Atau Anda Mempunyai Banyak Musuh!

No comments