#𝗧𝗥𝗨𝗘𝗦𝗧𝗢𝗥𝗬 | 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗟𝗮𝗺𝗮, 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿, 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗟𝗮𝗹𝘂.
#𝗧𝗥𝗨𝗘𝗦𝗧𝗢𝗥𝗬 | 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗟𝗮𝗺𝗮, 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿, 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗟𝗮𝗹𝘂.
𝙎𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙙𝙚𝙧𝙝𝙖𝙣𝙖 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙡𝙖𝙢𝙖, 𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙡𝙖𝙡𝙪, 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙙𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡 𝙗𝙞𝙨𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙯𝙖𝙢𝙖𝙣.
𝙆𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙣𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙗𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙟𝙪𝙨𝙩𝙧𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙟𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙧𝙖𝙝. 𝙎𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙪𝙡𝙖𝙞 𝙪𝙨𝙖𝙣𝙜, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙞𝙨𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙨𝙖𝙠𝙨𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖, 𝙠𝙚𝙗𝙞𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖. 𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙗𝙖𝙝𝙬𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙝𝙖𝙢𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞.
CAKRAWALA NEWS l Sekitar tahun 1980-an, ada satu kebiasaan kecil yang sampai sekarang masih saya ingat.
Saya sering singgah membeli buku, majalah dan surat khabar Indonesia di sebuah toko buku bernama Pustaka Antara, yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman/Chow Kit, Kuala Lumpur, berhampiran bangunan lama Parti UMNO (kini toko tersebut sudah tidak ada lagi)
Cara membeli bahan bacaan di toko itu cukup unik. Kita tidak sekadar datang membeli, tetapi harus menjadi pelanggan tetap. Tidak ada yuran atau ikatan khusus, hanya satu syarat utama: kejujuran. Bila bahan bacaan yang kita langgan sudah sampai dari Indonesia, kita datang membeli.
Mungkin ketika itu ada aturan atau kuota tertentu berkaitan import bahan bacaan dari Indonesia, saya tidak begitu pasti. Tetapi bagi pencinta ilmu, toko seperti itu ibarat jendela kecil yang menghubungkan pembaca Malaysia dengan dunia pemikiran Indonesia.
Saya ketika itu sering melanggan beberapa majalah seperti Tempo, Gatra, Panji Masyarakat (yang berkaitan dengan keluarga Buya Hamka), serta membeli akhbar Indonesia seperti Kompas, dan beberapa penerbitan lain jika tersedia.
Dari situlah saya pernah membaca sebuah artikel menarik (saya lupa sumber majalah atau akhbarnya) tentang satu sistem pentadbiran masyarakat yang diwarisi sejak zaman kolonial Belanda di Indonesia, iaitu sistem Wajib Lapor.
Maksudnya, seseorang yang datang bertamu, berpindah sementara, atau menginap dalam tempoh tertentu perlu melaporkan keberadaannya kepada ketua masyarakat setempat seperti Ketua Kampung, Penghulu, atau struktur masyarakat seperti RT/RW (Rukun Tetangga/Rukun Warga)
Bila difikirkan semula, sistem ini mempunyai nilai pentadbiran yang besar. Dalam sebuah negara kepulauan yang sangat luas seperti Indonesia, dengan ribuan pulau dan berbagai wilayah, rekod keberadaan penduduk menjadi salah satu aspek penting dalam pengurusan sosial, keselamatan dan ketenteraman.
Sistem seperti ini juga membantu pihak berkuasa mengesan pergerakan orang yang mencurigakan dengan lebih cepat. Kita pernah melihat bagaimana beberapa tokoh militan era 2000-an seperti Dr. Azahari Husin dan Noordin M. Top akhirnya dapat dikesan selepas melalui jaringan persembunyian dan perpindahan tempat dari satu kawasan ke kawasan lain.
Namun, tentu saja keberkesanan sesuatu sistem bergantung kepada pelaksanaan yang bijak.
Pentadbiran yang baik bukan hanya soal mengawal manusia, tetapi juga memastikan keselamatan masyarakat tanpa mengabaikan hak dan kemanusiaan.
BACA JUGA:
JEJAK PERTAMA DUNIA BACA: DARI FLASH GORDON HINGGA HAMKA
Persoalannya, adakah konsep seperti ini masih relevan untuk zaman sekarang?
Dengan cabaran moden seperti jenayah rentas sempadan, penyeludupan manusia, pendatang tanpa dokumen dan berbagai masalah sosial, mungkin sudah tiba masanya negara-negara memikirkan semula bagaimana sistem pengurusan penduduk boleh diperkasakan.
Bukan sekadar mengawal, tetapi memastikan setiap orang yang tinggal dalam sesebuah kawasan dapat dikenal pasti demi keselamatan bersama.
Kadang-kadang jawapan untuk masalah masa depan boleh ditemui daripada catatan lama yang hampir dilupakan.
Dan mungkin, sebuah majalah lama dari toko buku kecil di Chow Kit pada tahun 1980-an masih menyimpan pelajaran yang relevan untuk hari ini.[HSZ]
Author: Helmy El-Syamza
Illustration Image, Doc: CAKRAWALA NEWS
Follow me at;⭐
facebook.com/helmyzainuddin
CAKRAWALA NEWS:
https://t.me/cakranews
www.tiktok.com/@romymantovani
twitter.com/romymantovani
TAGS: #Sejarah #Nostalgia #CatatanLama #FlashGordon #Masyarakat #Pentadbiran


No comments
Post a Comment