1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan"

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan">

1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan"

"Perbezaan antara pendakwaan terhadap ahli politik dan pendakwaan bermotif politik tidak selalu mudah dilihat → tetapi itu tidak bermaksud kedua-duanya sama. Saya harap selepas hujahan bertulis (written argument) ini → semua dapat membezakan antara keduanya".

  • Sinopsis: Pernah melarikan diri selama lima tahun sebelum akhirnya terpaksa meminta bantuan Malaysia selepas ditahan di Negara Myanmar kerana menggunakan pasport palsu.

  • Dia (Jasmine Loo)  juga pernah didakwa di Mahkamah secara "in absentia" pada Disember 2018 bersama Jho Low, tetapi selepas dibawa pulang untuk menjadi saksi pendakwaan, tuduhan terhadapnya tidak diteruskan.

  • Ketika dia bekerja di 1MDB dari Mei 2011 hingga November 2013, dia merupakan peguam utama yang menyediakan dan meluluskan semua perjanjian yang menyebabkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kehilangan dana besar.

  • Dia mendakwa menerima hadiah sebanyak RM100 juta daripada Jho Low pada tahun 2013 dan 2014, kononnya sebagai penghargaan selepas bekerja dengan Jho Low selama dua tahun dari 1 Januari 2009 hingga April 2011 sebagai peguam dalaman dalam syarikat swasta milik Jho Low.

  • Tapi pelik, siapa yang tunggu tiga tahun selepas dia henti untuk “menghadiahkan” RM100 juta kepada seorang bekas pekerja biasa yang hanya berkhidmat dua tahun sebagai peguam dalaman?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan">



  BACA JUGA: Hakim 1MDB Mengungkapkan Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo

 CAKRAWALA NEWS --  Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) -Tanore terhadap Dato' Seri Najib Razak, banyak bergantung pada kenyataan saksi-saksi utama pendakwaan yang lemah dan bersifat hearsay - sekadar “saya dengar Jho Low kata begini”, tanpa bukti kukuh.

Tiada sebarang bukti Dato' Seri Najib Razak, pernah arahkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaunnya, namun hakim tetap arah beliau bela diri, dengan alasan saksi-saksi ini boleh dipercayai.

👉  Alasan 1: Hakim akui keluarga Tan Sri Zeti Aziz, Jasmine Loo dan Amhari Efendi  terima jutaan ringgit daripada Jho Low,  Tetapi, katanya tidak salah sebab mereka “berterus terang” kononnya itu hadiah.

👉 Padahal:

⬇️ - TS Zeti Aziz bertahun menafikan keluarganya terima duit Jho Low.

⬇️  - Jasmine Loo lari ke luar negara bertahun-tahun sebelum pulang bila ditahan di Myanmar.

⬇️ - Amhari Efendi pula dakwa duit itu “pinjaman”, Tetapi tak pernah bayar balik pun.

⬇️ - Kalau benar pinjaman, kenapa tak pulangkan? Hakim sebut ini sebagai “hadiah dan jasa baik” Jho Low 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan">

Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

👉 Alasan 2: Hakim kata saksi-saksi tiada motif hendak kenakan Dato' Seri Najib Razak.

Benarkah tiada motif?

Kalau mereka tidak bantu pendakwaan → mereka sendiri boleh didakwa:

⬇️ - Keluarga TS Zeti Aziz boleh kena AMLA sebab terima RM700 juta.

⬇️ - Jasmine Loo terima RM100 juta dan lari bertahun-tahun.

⬇️ Amhari Efendi terima jutaan ringgit walaupun sebagai penjawat awam.

 ðŸ“Œ  Tetapi anehnya, semua mereka tidak didakwa. Malah Shahrol Halmi pun nama digugurkan dari saman kerajaan ( government summons )

👉 Alasan 3: Hakim berkata, mereka boleh dipercayai sebab bukan tertuduh.

📌    Tetapi kenapa mereka bukan tertuduh?

Sebab pendakwaan sendiri tak mahu dakwa mereka Walaupun jelas mereka terlibat terima wang 1MDB dan ada yang bertahun-tahun lari ke luar negara.

Ringkasnya, ramai yang lebih rapat dengan Jho Low diselamatkan Tetapi hanya Dato' Seri Najib Razak, yang dituduh  Walaupun bukti langsung tidak menunjukkan beliau arahkan pemindahan dana ke akaunnya.(Via, Eric See-To - Lim Sian See )

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan">
Lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said his client Datuk Seri Najib Razak needed to read out his statement and cited two past court cases where the accused was also allowed to read out their statements in court. — Picture by Raymond Manuel / malaymail.com.

📖 Teks penuh kenyataan Dato' Seri Najib Razak, di Mahkamah Putra jaya (Selasa pagi, 21 Oktober 2025 )

----
"Perbezaan antara pendakwaan terhadap ahli politik dan pendakwaan bermotif politik tidak selalu mudah dilihat  tetapi itu tidak bermaksud kedua-duanya sama. Saya harap selepas hujahan bertulis (written argument) ini  semua dapat membezakan antara keduanya".
Bayangkan seorang pegawai awam menerima RM100 juta ke dalam akaun luar negara. Atau seorang pegawai awam membeli lukisan Picasso bernilai jutaan ringgit semasa masih bergaji daripada badan awam.
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan">

👉 Apa berlaku jika pegawai awam (civil servant) menentang titah DYMM Yang di-Pertuan Agong?

Atau apabila pegawai awam (civil servant) memindahkan USD700 juta ke akaun tidak sah hanya berdasarkan mesej BlackBerry Messenger?

👉 Bayangkan juga pegawai awam (civil servant) itu memindahkan lagi USD330 juta ke akaun sama.

Bagaimana pula jika pegawai awam (civil servant) menandatangani kelulusan bernilai USD1.6 bilion dalam masa 24 jam tanpa tahu tujuannya, kemudian menyembunyikan ke mana dana itu pergi? Atau memindahkan USD175 juta tanpa kebenaran?
Atau menerima “pinjaman” USD200 ribu dan tambahan USD800 ribu ke akaun luar negaranya?

👉 Siapa pegawai awam itu, dan apa nasibnya? Pegawai itu bukan saya. Dan apa berlaku kepada mereka? Tiada apa-apa — kerana merekalah saksi pendakwaan terhadap saya dalam perbicaraan ini.

📌 Dan bagaimana keterangan mereka dilayan? Suci 100% dipercayai !!.

⬇️ Penerima RM100 juta dan pembeli lukisan Picasso itu ialah Jasmine Loo, peguam (lawyer)1Malaysia Development Berhad (1MDB). Individu yang melanggar Titah DYMM Yang di-Pertuan Agong dan memindahkan USD700 juta serta USD330 juta kepada Jho Low ialah bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral. Hazem Abdul Rahman, CEO selepas itu, memindahkan USD175 juta ke syarikat palsu.

⬇️ Dana USD1.6 bilion pula dialihkan oleh CFO Azmi Tahir. Pegawai yang menerima USD1 juta daripada Jho Low ialah pegawai saya sendiri, Amhari Efendi.

Mereka semua dianggap saksi yang kredibel dan tiada motif peribadi. Anehnya, walaupun salah laku mereka jelas, tiada seorang pun didakwa.
Malah, mereka mengaku melaksanakan arahan rahasia Jho Low melalui saluran tidak rasmi dan memadam bukti perbualan. Di Mahkamah, mereka mendakwa semua arahan Jho Low datang daripada saya (DS Najib Razak).
Walaupun mereka melanggar arahan lembaga, membuat pembayaran tanpa kebenaran bernilai berbilion ringgit. Dan menerima imbuhan haram Mahkamah tetap percaya mereka.
Asalkan mereka bersaksi menentang saya, apa pun kesalahan mereka, tetap dianggap boleh dipercayai.
Dari ini jelas bahawa saksi pendakwaan dipilih bukan kerana kebenaran, Tetapi kerana kesediaan mereka untuk bercakap seperti yang dikehendaki.
Saya dituduh menandatangani dokumen yang tidak pernah dikemukakan di Mahkamah. Dokumen itu bukan hilang — ia memang tidak wujud Tetapi kerana saksi kata saya menandatanganinya, Maka automatik dianggap sah.
Saya juga didakwa kerana melaksanakan arahan Yang di-Pertuan Agong,
dan Kabinet dalam menyediakan memorandum jaminan kerajaan untuk Terengganu Investment Authority (TIA). Tuduhan itu menyatakan saya menyalahgunakan kuasa kerana menurut arahan rasmi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saya turut dituduh meluluskan keputusan lembaga pengarah, walaupun kelulusan itu adalah tanggungjawab statutori di bawah Akta Syarikat.
Hujahan (Argument) ini juga menunjukkan bahawa kepercayaan saya terhadap derma Arab Saudi bukan rekaan. Rekod SWIFT membuktikan pemindahan wang dibuat oleh Kementerian Kewangan Riyadh melalui Bank pusat Arab Saudi.
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia--SPRM (Malaysian Anti-Corruption Commission) sendiri mengesahkan lawatan ke Riyadh pada November 2015, di mana keluarga Diraja Arab Saudi mengesahkan derma yang dijanjikan oleh Raja Abdullah serta empat surat derma dan transaksi masuk ke akaun saya.
Semua perbelanjaan dibuat secara cek untuk tujuan politik dan kebajikan, Bukan untuk membeli lukisan atau harta mewah.
Tambahan pula, saya telah memulangkan USD620 juta yang tidak digunakan kepada akaun sumber, dengan kelulusan Bank Negara.

👉 Adakah seorang “perasuah” akan memulangkan semula wang yang dikatakan hasil rasuahnya sendiri?

Pendakwaan pula bergantung pada keterangan hearsay tanpa usaha mencari saksi sebenar seperti Jho Low, Nik Faisal, atau Terence Geh. Tiada bukti mereka dicari pun, Namun, Mahkamah tetap membenarkan kenyataan mereka diterima.
Jelas, keterangan hearsay ini diterima semata-mata untuk mengesahkan dakwaan bahawa semua arahan datang daripada saya Walaupun saya tidak pernah diberi peluang menyoal mereka di Mahkamah.
Akhirnya, saya didakwa sendirian, sementara mereka yang benar-benar terlibat bebas menjadi saksi pendakwaan.
Pendakwaan terhadap saya menunjukkan keadilan yang pincang — tuduhan digubal secara longgar, mengelirukan, dan berat sebelah.
Malah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengaku di Mahkamah bahawa beliau pernah dua kali ditekan oleh Tun Mahathir untuk mempercepatkan siasatan dan pendakwaan terhadap saya — bukti jelas campur tangan politik.
Saya tidak menuntut kekebalan (immunity) cuma keadilan yang sama rata di sisi undang-undang.
Seperti diingatkan oleh Tun Suffian Hashim dahulu Apabila mahkamah tunduk kepada kuasa politik, kepercayaan rakyat akan hilang. Keputusan Mahkamah ini bukan sekadar tentang saya — ia akan menentukan jenis keadilan yang akan kekal di negara Malaysia ini.
Author: Mohd Najib Bin Hj Abd Razak ........................

📌 Disclaimer: Artikel ini disusun berdasarkan laporan media terpercaya. Sumber Referensi: Berbagai media online & Offline Mohon dengan bijak dalam membaca dan membagikan informasi ini.[Editor] Sources:  Dato' Seri Najib Razak/FB  & Eric See-To - Lim Sian See

Editor:  Helmy El-Syamza

Follow me at;
facebook.com/helmyzainuddin
CAKRAWALA NEWS:
https://t.me/cakranews

www.tiktok.com/@romymantovani
twitter.com/romymantovani

 TAGS : 1MDB-Tanore, Najib Razak, News & Politics, 


No comments

Cakrawala News Logo