KISAH RASULULLAH SHALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM [131]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="KISAH RASULULLAH SHALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM [131]">

KISAH RASULULLAH SHALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM [131]

  • KISAH RASULULLAH ﷺ صل الله عليه و سلم
  • Bagian-131

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ  وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّد  

          "Umrah Qadha"

       FORTUNA MEDIA -- Tidak terasa setahun sudah berlalu sejak perjanjian Hudaibyah disepakati. Rasulullah صلى الله عليه وسلم  segera memanggil para Sahabat agar siap-siap berangkat melakukan 'Umratul Qadha' atau 'Umrah pengganti'.

     Seruan itu disambut dengan penuh semangat. Kali ini 2000 Sahabat berangkat dengan mengenakan pakaian ihram. Mereka tidak membawa senjata kecuali pedang yang disarungkan. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم  tetap waspada terhadap pengkhianatan, kerana itu beliau memerintahkan Muhammad bin Maslamah memimpin 100 pasukan berkuda untuk berangkat mendahului rombongan haji.

     Kaum Muslimin berangkat ke Kota Makkah dengan hati penuh rindu untuk berthawaf di sekeliling Ka'bah.

     Kaum Muhajirin sudah terlalu lama menunggu untuk melihat lagi tempat mereka dilahirkan. Mereka ingin lagi menghirup udara tanah suci yang harum dengan penuh rasa hormat dan syahdu. Mereka ingin menyentuh bumi suci yang penuh berkah tempat Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dilahirkan dan tempat Wahyu pertama diturunkan.

    Sesuai dengan perjanjian Hudaibyah, ketika orang-orang Quraisy mengetahui kedatangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan para Sahabatnya mereka segera keluar dari Kota Makkah. Penduduk Kota Makkah mendirikan tenda tenda (khemah) di bukit-bukit sekitar Kota Makkah dari bukit Abu Qubais atau dari Hira". Mereka melihat dengan penuh rasa ingin tahu bekas kawan-kawan mereka yang dulu pernah mereka usir.

     "Umrah Qadha"

     Begitu Ka'bah terlihat kaum muslimin serentak berseru, "Labaik, Labaik!"

     Di depan Ka'bah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membiarkan lengan kanan atasnya terbuka sambil mengucapkan,

    "Ya Allah berikanlah rahmat kepada orang yang hari ini telah memperlihatkan kemampuan dirinya."

     Kemudian beliau menyentuh Hajar Aswad (batu hitam) dan berlari-lari kecil. Setelah menyentuh Rukun Yamani di sudut selatan, beliau melakukan perjalanan biasa sampai kembali menyentuh Hajar Aswad, kemudian berlari-lari lagi berkeliling sampai tiga kali dan selebihnya berjalan biasa. Setiap kali beliau berlari, 2000 Sahabat ikut berlari-lari, setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وسلم  berjalan mereka pun serentak ikut berjalan.

     Semua ini sangat mempesona orang-orang Quraisy, hilanglah anggapan mereka bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan Sahabatnya adalah orang-orang yang lemah dan dalam keadaan sulit.

    Gerak Kaum Muslimin di Umrah Qadha itu menunjukkan siapa golongan yang mulia. Bukanlah disebut mulia orang yang berumah besar dan bermobil mewah.

    Orang yang mulia adalah orang yang membangun umat, membuka selubung kebodohan, memberi peringatan, menuntut hak yang terampas, memberi ingat dari lalai. Itulah orang yang mulia, meski tempat tinggalnya hanya gubuk buruk dan pakaiannya hanya baju bertambal.

    Setelah selesai thawaf, beliau melakukan Sa'i antara Safa dan Marwah. Setelah selesai melakukan Sa'i, sementara haiwan-haiwan qurban berada di Marwah, beliau berkata, "Di sinilah tempat menyembelih haiwan qurban dan setiap tempat di Kota Makkah dapat dijadikan tempat untuk menyembelih haiwan qurban."

    Kemudian beliau menyembelih haiwan qurban dan mencukur rambut di Marwah. Demikian pula kaum Muslimin, mereka melakukan seperti apa yang beliau lakukan. Setelah itu, beliau mengutus orang-orang agar pergi ke Ya'jaj untuk menggantikan orang-orang yang telah diberi tugas menjaga persenjataan, agar mereka dapat melaksanakan "Manasik Umrah". Mereka kemudian datang dan melaksanakan manasik.

    Rasulullah صلى الله عليه وسلم  tinggal di Kota Makkah selama tiga hari. Pagi-pagi pada hari keempat orang-orang musyrik mendatangi Sayidina Ali bin Abu Thalib Karamallahu Wajhah dan berkata, "Katakanlah kepada sahabatmu agar meninggalkan tempat kami, kerana waktunya sudah habis."

    Maka Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  pun keluar meninggalkan Kota Makkah dan singgah di Saraf.

    Ketika hendak keluar meninggalkan Kota Makkah mereka diikuti oleh putri dari Sayidina Hamzah Radhiallahu 'Anhu yang berjalan sambil memanggil,

     "Paman ......! Paman ......!"(Pakcik...)

     Kemudian ia dihampiri dan diambil oleh Sayidina Ali bin Abu Thalib karamallahu Wajhah.

    (sesampai di Madinah) Ali, Ja'far dan Zaid Radhiallahu 'Anhum, berebut untuk mengurusnya. Namun Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  memutuskan bahwa yang berhak untuk mengurusnya adalah Ja'far, kerana Istri Ja'far adalah saudara dari Ibu putri Hamzah tersebut (saudara perempuan Ibu sama kedudukannya dengan Ibu)

    Dalam masa 3 hari di Kota a, Rasulullah صلى الله عليه وسلم  menerima lamaran seorang wanita bernama Maimunah. Usianya 26 tahun. la adalah Bibi Khalid bin Walid. Rasulullah صلى الله عليه وسلم  ingin sekali mengundang orang-orang Quraisy dalam pesta/kenduri pernikahannya. Namun orang-orang itu menolak dan meminta beliau bersama para Sahabatnya keluar dari Kota Makkah kerana waktu yang disepakati telah habis. Maka, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para Sahabatnya pun berangkat pulang.[HSZ] 

Shallu 'alan Nabi...

💐Bersambung ... Semoga Kita Mendapat Barokah Allah 'Azza Wa Jalla.

آمينَ يا رَبَّ الْعلَمِيْنَ ..بَارَكَ اللهُ فِيْك

Untuk Anda yang belum baca siri ini yang sebelumnya,

Anda boleh baca disini ; The Story of The Prophet Muhammad SAW

Editor ; Helmy Network
Ilustrasi Image, Doc, Helmy Network


No comments