Kisah Misteri, Kendaraan Bekas yang Dikendarai H4ntu P0cong
Ilustrasi Image by Internet |
Kisah Misteri, Kendaraan Bekas yang Dikendarai H4ntu P0cong
- Sinopsis; Kisah ini Saya (editor) tidak pasti sama ada benar atau hanya kisah fiksyen. Sebab dalam penelitian saya banyak cerita-cerita mistik dan misteri yang berlaku di Indonesia lalu diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia seolah kisah tersebut berlaku di Malaysia.
- So,analogi diatas tidak penting, yang penting artikel ini ada sisi positf dan manfaatnya bagi kita. Pertama kesimpulannya, dimana kita tidak boleh terlalu awal judge atau menilai orang bila hanya baru pertama kali bertemu seperti kata pribahasa "Jangan menilai buku dari kulitnya"
- Kedua kita jangan mudah terpedaya dengan adanya tawaran harga murah pada satu-satu harga barangan, walaupun barangan itu begitu Anda minati. InsyaAllah. Ok, Selamat membaca!
FORTUNA MEDIA -- KUALA LUMPUR -- Aku (pencerita) penah beli kereta (mobil) Proton Iswara second hand (bekas), dengan harga murah 1k (RM1000) saja, kerana owner mahu jual segera. Kereta masih elok lagi, aircond dan engine-mesin semua ok. Segera saja Aku pergi beli. Bukan senang hendak dapat harga begitu selama ini.
Aku bawa balik rumah kereta itu dan tunjuk kepada Istri Aku. Begitu happy dia akhirnya kami dapat juga pakai kereta sendiri.
."Sayang siap, Yups kita pergi Kuala Lumpur." Istri aku pun bersiap. Aku pergi mandi, sementara Istri - Aku tengah bersiap. Aku jirus-siram pokok bunga yang ditanam Istri, Aku masih lagi bersiap. Aku tanam ubi kayu belakang rumah. Istri Aku masih tengah bersiap.
"Ok Bang sudah siap..Yups..kata Istri Aku".."Cepatnya sayang bersiap..tak sempat Abang nak buat apa-apa.kata Aku".
Saat dalam perjalanan ke KuaLa Lumpur tersebut. Tiba - tiba saja terhidu bau busuk sangat dalam kereta. Macam ada bangkai, Anak-anak aku sampai muntah, tidak tahan bau busuk tersebut.
"Papa kentut kah ni"..Anak aku tanya.
"Tidaklah, tak kan teruk sangat bau Papa kentut"..
Sesampai di Daerah Karak, Negeri Pahang. kereta tiba-tiba mati..Ah, sudah. Petrol masih banyak, Aku isi 20 ringgit tadi, enjin mati kenapa pulak.? Lalu Aku telefon mekanik terdekat, mujur ada. Sebentar dia datang, dia start kereta hidup..tak buat apa pun.
"Ok saja Bang, Tak ada apa rosak pun"..kata mekanik itu.
Aahh..tadi tak hidup..mekanik datang enjin elok pulak. Kami teruskan perjalanan. Tidak sampai 15 kilometer, kereta mati lagi, puas Saya start tak hidup jugak. Aku telefon lagi mekanik tadi.
"Saya boleh datang Bang..tapi cas lebih sikit sebab jauh saya nak datang". kata dia.
Aku cakap ok..datang sahaja. mekanik pun sampai. dia start kereta sekali sahaja hidup lagi.
Aku mula sudah naik angin marah..Aku cakap kepada mekanik tu. "Kamu masuk kereta ikut kami sekali jalan-jalan ke Kuala Lumpur."
"..Eh tak boleh Bang..saya ada kerja".kata dia.
Aku pun hulur 100 ringgit kepadanya.."Eeh banyak sangat ni bang"..kata dia.
Aku cakap kepadanya, Aku bagi 30 ringgit saja bagi baki lagi 70 ringgit".dia jeling saja Aku..
Kami teruskan perjalanan kami. Sampai saja di jalan kawasan Genting Sempah, masih di Negeri Pahang, sekali lagi kereta buat perangai.Nasib baik sudah sampai kawasan rehat RnR.
Aku telefon lagi mekanik itu."Jauh Bang". kata dia, dia tak pergi jauh-jauh macam tu. "Mari lah..Aku bayarlah".."Oklah, katanya, dia pun datang.
Macam biasa, seperti sebelumnya, dia start hidup. make-up Istri Aku dah cair tak sampai-sampai lagi ke Kuala Lumpur..bulu alis mata palsu dia sudah lepas ke hidungnya.😄..Aku tidak berani hendak tegur, sebab mood dia sudah lain.
Aku bagi wang-not RM50 kepada mekanik tu..dia cakap terima kasih..Aku suruh dia isi minyak kereta aku 20 ringgit, yang balance tu kamu ambil, Namun, dia terus pergi begitu saja..hampeh betul mekanik.😞
"Tunggu sekejap Papa hendak pergi toilet". Aku pesan kepada Anak-Istri Aku.
Bila Aku hendak masuk toilet saja ada seorang anak-muda ganteng jugak. Tersenyum saja memandang Aku..Aku sudah mula risau. Sudah pastilah. Tahukah Anda, sekarang ini lelaki pun tak boleh dipercaya. Aku pulak punya sosok montok- Maka laju aku masuk toilet segera kunci pintu.😇
Selepas siap lepas buang air, lelaki muda itu masih ada lagi disitu - dia nampaknya macam tunggu Aku - Aku menundukkan wajah, lalu sebelah dia- lalu dia tegur.."Asalamulaikum"...
"Wa'alaikumsalam.,maaf..saya milik orang"..Aku kata begitu kepada lelaki itu.
Lalu dia berkata.."Tidak..tidak..saya nampak ada sesuatu tidak baik pada Abang".
"Boleh tidak, Abang pandang saya"...dia hendak bertentang mata pulak dengan Aku..dia ingat Aku mudah jatuh cinta kah..dia ingat dari mata turun ke hati ke..dia silap...Aku adalah lelaki sejati.😙
Akhirnya, dengan rasa terpaksa Aku pun pandang mata dia.."Dari dalam mata Abang saya nampak ada benda makhluk gaib ikut Abang ini..Abang datang naik apa"..dia tanya aku..Aku cakap naik kereta, boleh tidak abang tunjukkan kereta abang..Aku pun tunjuklah..Itu nampak tidak x50 warna merah itu..Aku tanya dia..Nampak - nampak..dia kata..Haah, sebelah kereta Abang itu kereta saya..iswara aerobek hijau tu". katanya
"Ya Allah, betul apa yang saya nampak..kereta ni Abang sudah lama pakai kah"..dia tanya Aku.
"Saya baru beli sahaja..Kamu minat kah..maaf lah..saya tak mahu jual"..Aku kata kepadanya.
"Macam ini Abang percaya tidak, Jin itu ada??"..dia tanya aku ..Lalu Aku cakaplah.Percayalah - kenapa pulak..Aku tanya dia.
"Dalam kereta abang ini ada satu makhluk gaib yang tidak tenteram..dia masih ada lagi dalam kereta Abang itu..Aku terkejut dengar.. Aku kata dalam hati..Jilaker nak ikut jalan-jalan ke Kuala Lumpur..duit tak nak keluar. Anak muda itu cakap. Apa yang saya tahu kereta ini dulu pernah excident. Selepas itu ada yang mati. kata dia. Jadi ada benda makhluk tak baik, sekarang ada dalam kereta Abang ini".
"Abang suruh semua turun dari kereta sekejap, biar saya bersihkan kereta Abang dulu.".kata dia.
Aku pun suruhlah Anak - Istri Aku turun. Semasa turun itu anak bujang Aku nampak ada hantu-pocong dalam kereta..."Papa, abang nampak pocong papa..dekat belakang tu.".
"Biarkan dia bang..sekejap lagi tahu lah dia kawan papa, hendak halau dia". Aku kata kepada anak Aku.
Anak muda itu beli air mineral..dia baca doa. Selepas itu dia renjis ke kereta. "Papa pocong itu dia lari papa, masuk toilet"..Anak Aku nampak pocong itu masuk toilet.
"Abang nampak dia pocong itu masuk toilet lelaki ke permpuan." Aku tanya anak Aku. "Toilet lelaki papa" kata anakku..Cciiss..pocong jantan rupanya.!😏
"Alhamdulillah..kereta Abang dah Ok..benda makhluk itu sudah lari"., kata dia.."Abang boleh terus kan perjalanan". kata dia.
Aku ambil duit RM100 bagi kepadanya..dia tolak.. "Saya ikhlas bang tolong..bukan nak duit." kata dia.
"Kalau kamu tak ambil duit ini saya rasa bersalah..kamu ambil lah duit ini..selepas itu kamu bagi balik kembali kepada anak saya.. jadi saya tidak lah rasa bersalah sangat.".dia pun ambil selepas itu bagi semula kepada anak Aku..Aku cakap kepada dia terima kasih bagi duit...dia senyum simpul sedikit sahaja.
Aku suruh Anak - Istri Aku masuk kereta cepat-cepat. Sebelum hantu-pocong itu siap kencing..sekarang dia. Keluar dari toilet - tengok kereta sudah tidak ada..padan muka dia.hehe..😊
So, jadi hati-hati bila beli kereta terpakai..check baik-baik. hendak beli..bukan harus bawa mekanik saja untuk check. Harus bawa Ustaz sekali untuk check. Sekian Terima kasih. [HSZ]
Source: Penulis Anonymous.
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Kisah Misteri, #Misteri Nusantara,
No comments
Post a Comment