Pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FELDA pada 2017- RM2.26b ketika itu menjadi kontroversi

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FELDA pada 2017- RM2.26b ketika itu menjadi kontroversi">
Ilustrasi Image by facebook.com/najibrazak

Pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FELDA pada 2017- RM2.26b ketika itu menjadi kontroversi

  • Bayaran insentif tunai dan bonus raya FELDA diberi Dato' Seri Najib Razak bagi tahun 2017 adalah RM5,780 bagi setiap keluarga peneroka. 
  • Apa kamu dapat tahun 2024 ini!?

  • Berikut adalah senarai penuh apa yang peneroka FELDA dapat bagi tahun 2017:

  • - Bonus raya khas+dividen RM780 bagi setiap keluarga FELDA

  • - Sagu hati raya  RM400 kepada pengerusi masjid, RM500 (imam), RM300 (bilal) dan RM200 (siak)

  • - Insentif khas di antara 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok kepada 3,625 kakitangan Felda

  • - Bayaran insentif khas peneroka RM5,000 bagi tahun 2017

  • - Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 setiap keluarga yang memilih untuk tanam semula melalui FELDA

  • -Kelulusan untuk membina lebih satu unit rumah dalam satu tapak. 

  • - Insentif keempat pula adalah dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000,"

  • - Pemberian RM1,820 untuk saham FGV.

  • - Geran khas dengan kadar RM7,500 ringgit per hektar 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FELDA pada 2017- RM2.26b ketika itu menjadi kontroversi">
Ilustrasi Image by facebook.com/limsiansee

  • Bayangkan apa yang akan terjadi jika tanah Malaysia seluas 320,000 hektar (atau 4 kali ganda keluasan Negeri Perlis) dijual dengan harga RM77k satu ekar atau RM1.80 setiap kaki persegi kepada negara asing? (10 kali ganda harga pembelian EHP)
  • Apa yang pembangkang akan kata sekiranya ini berlaku? -by Najib Razak

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FELDA pada 2017- RM2.26b ketika itu menjadi kontroversi">
Ilustrasi Image by facebook.com/najibrazak

      FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FELDA pada tahun 2017 dengan harga US$505.4 juta (RM2.26 bilion ketika itu menjadi kontroversi.

     Masa itu, EHP adalah syarikat perladangan yang muda dengan pemilikan keluasan tanah yang besar di Indonesia. Kebanyakan keluasan tanah yang dimiliknya belum ditanam atau pokoknya muda ketika FELDA beli.

    Tuduhan masa itu ialah Dato' Seri Najib Razak sengaja beli syarikat itu dari kawan baiknya yang juga merupakan antara orang terkaya di Indonesia dengan harga yang mahal.

    Bila harga saham EHP jatuh selepas pembelian, Dato' Seri Najib Razak dikatakan telah menyebabkan kerugian besar bagi FELDA - kononnya telah khianat FELDA.

    Tapi apa yang tidak diceritakan oleh mereka (para pemfitnah & penghasut) ialah pembelian EHP ini turut ada syarat "Put Option" di mana FELDA boleh jual balik selepas tempoh 5 tahun dengan harga sama campur faedah 6% setahun.

    Apa yang tidak dijelaskan mereka (para pemfitnah & penghasut) juga ialah pembelian ini tidak melibatkan Dana FELDA tetapi Dana pembelian ialah pinjaman dari Kementerian Kewangan pada kadar faedah sekitar 3.6% setahun.

    Ketika zaman PH1.0 (Pakatan Harapan-01) bila Dato' Seri Najib Razak pernah dedah wujudnya "Put Option" ini di mana pulangan 6% yang melebihi kos kadar faedah 3.6% akan menjamin FELDA akan sentiasa untung.

    Bila Dato' Seri Najib Razak dedah perkara ini, kerajaan PH1.0 sangat marah kononnya Dato' Seri Najib Razak sudah bocor kerahasiaan dan embargo parlimen. Mahu Dato' Seri Najib Razak dirujuk kepada jawatan disiplin parlimen pula untuk digantung.

     Sangat kejam sekali di mana Dato' Seri Najib Razak cuba dinafikan hak mempertahankan diri biarpun kerajaan masa itu terus mengeluarkan propaganda untuk tuduh macam-macam kepada Dato' Seri Najib Razak berkenaan perkara ini.

    Siap CEO FELDA masa itu membuat laporan polis bahawa Dato' Seri Najib Razak sengaja tipu FELDA untuk membeli EHP.

     Sekarang, tempoh Put Option itu sudah tamat pada awal tahun 2022 !!
Dan sepatutnya kerajaan membuat keputusan sekiranya mahu terus milik EHP atau suruh orang terkaya Indonesia untuk beli balik dengan harga US$717.77 juta bersamaan dengan RM3.42 bilion setelah ambil kira kadar pulangan 6% serta kejatuhan nilai Ringgit berbanding USD.

     FELDA beli dengan harga RM2.26b pada tahun 2017 dan FELDA bakal mendapat balik RM3.42b - iaitu keuntungan RM1.18 bilion.

    Jadi, bagian mana yang FELDA rugi dari pembelian EHP ini? Untung besar pulak.

     Namun, The Edge lapor bahawa kerajaan Madani masih membisu berkenaan Put Option dan rancangan mereka bagi EHP.

     Adakah mungkin kerajaan kini pertimbangkan untuk terus milik EHP sebab EHP sudah mula mencatat keuntungan dan keuntungan ini sedang berkembang dengan sangat pesat?

    Setelah rugi memanjang, dan selepas banyak pokok-pokok tertanam mula berhasil, EHP telah catat keuntungan pertama pada tahun 2022 dengan untung hanya RM4.27 juta sahaja.

    Bagi 9 bulan pertama 2023 pula di mana harga minyak sawit adalah lebih rendah berbanding tahun 2022, keuntungan ini telah naik melonjak hampir 10 kali ganda ke RM41.25 juta - iaitu hampir separuh dari untung FGV bagi keseluruhan tahun 2023 sebanyak RM103 juta.

    Sekali lagi, Dato' Seri Najib Razak dinampak-kan sangat berwawasan dan bawa keuntungan besar bagi negara biarpun dia dituduh, dicaci dan dimaki buat jahat pula.[HSZ] 

Adaptasi artikel by facebook.com/najibrazak

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Topstories, #News & #Politics, #Exclusive, #FELDA, #
FGV



No comments