Adakah Isu Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak, sebagai pengalihan Isu utama Negara

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Adakah Isu Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak, sebagai pengalihan Isu utama Negara">
Ilustrasi Image by SkuadSiasat

Adakah Isu Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak, sebagai pengalihan Isu utama Negara

  • Sinopsis: ISU KEADILAN BUAT Dato' Sri Najib Razak ADALAH PERJUANGAN BERTERUSAN UMNO DAN SELURUH AHLI AKAR UMBINYA : "MENGAPA CUBA MENUTUP ISU SEBENAR DENGAN MENYERANG KEM BOSSKU?"
  • Mahasiswa penyokong PH (Pakatan Harapan) ini sewajarnya lebih berhati-hati dalam melontar pandangan yang mampu mencetus ketidakstabilan politik di dalam parti UMNO sekaligus kesenjangan pentadbiran kerajaan Perpaduan!

  • Apakah dia ini jurucakapnya seorang Menteri yang kini berdepan serangan bertubi-tubi netizen ekoran kegagalannya menerajui portfolio yang dia telah diamanahkan menggalasnya demi penambahbaikan lebih produktif?
  • Untuk rekod, September 2023 lalu bukankah Mintri itu (kini sedang menjalani rawatan di hospital) juga telah mendahului pendirian partinya dengan memberi komen bahawa koalisi PH kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas PM6 itu sedangkan ia prerogatif YDP Agong?
  • APAPUN, JANGANLAH BEREMOSI DALAM HAL INI YANG MAMPU CETUS "PERANG SAUDARA MADANI" DAN INGATLAH BAHAWA MATLAMAT KUASA ADALAH DEMI MEMANFAATKAN RAKYAT TERBANYAK DAN JIKA TIDAK MAMPU BERFUNGSI, SEWAJARNYALAH INDIVIDU MINTRI ITU MENGUNDURKAN DIRI...[ by SquadSiasat ]
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Adakah Isu Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak, sebagai pengalihan Isu utama Negara">
Dato' Sri Najib Razak DAH TURUN TAPI NILAI RINGGIT MALAYSIA TAK NAIK-NAIK : "MUNGKIN ADA IDEA LAIN SEBAGAI SOLUSI TUNTAS?" // Image by SkuadSiasat
    FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR  – Ketua Penerangan Mahasiswa Keadilan Malaysia, Wan Abdul Hadi telah mengumumkan perang terhadap kem Najib Razak di dalam Kerajaan Perpaduan Madani.

Wan Hadi membayangkan apa yang beliau dakwa sebagai ‘Kem Najib Razak’ telah melakukan sabotaj dan merosakkan Kerajaan Madani menerusi pelbagai cara.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Adakah Isu Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak, sebagai pengalihan Isu utama Negara">
Ilustrasi Image by my-tv.online


Beliau bercakap mengenai ‘Kem Najib Razak’ tetapi dalam masa sama menuding Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh sebagai punca yang merosakkan imej Kerajaan Madani.

Wan Hadi perlu bertenang dan menerima hakikat, Menteri yang dilantik dari kalangan Pakatan Harapan sebenarnya bergantung harap kepada Menteri dari UMNO
/Barisan Nasional.

Ini kerana pengalaman serta usaha tanpa henti sejak memerintah selama 60 tahun oleh Kerajaan BN tidak ada dalam Pakatan Harapan. 

Coba toleh sebentar kepada rekod PH1.0 pada 2018-2020, "Apa yang boleh dibanggakan Wan Hadi sebagai Ketua Penerangan Mahasiswa Keadilan?"

Bolehkah Wan Hadi berbangga dengan kadar tukaran Ringgit hari ini? Atau setidaknya berbangga dengan harga beras super import yang menggantikan beras tempatan yang ‘hilang’ dari pasaran?
Atau Wan Hadi boleh berbangga dengan ‘janji-janji’ yang populis?

Jika ada kelemahan Menteri dalam urustadbir yang perlu ditegur, itulah yang dilakukan Ketua Pemuda Umno sebagai ‘Check and Balance’ untuk Kerajaan itu sendiri.

Jangan buka ruang kepada pembangkang untuk menjadi ‘hero rakyat’ kerana risiko akan bertambah menjelang PRU16.

Biarlah dalam lingkungan kerajaan sendiri mengkritik kelemahan atau kekurangan kerajaan dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Adakah Isu Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak, sebagai pengalihan Isu utama Negara">

UMNO, BARISAN NASIONAL TIDAK AJAR RAKYAT ATAU PENYOKONG TURUN KE JALAN RAYA UNTUK DEMONSTRASI

Wan Hadi perlu belajar seni politik dengan lebih baik kerana budaya generasi Parti UMNO tidak menyeru rakyat ke jalanan setiap kali tidak berpuashati dengan kerajaan.

Apabila mengusik mengenai ‘Kem Najib Razak’, Wan Hadi menunjukkan kedangkalan beliau dalam berpolitik. Sejak bila Dato' Sri Najib Razak menyusun atur politik Kerajaan Madani apabila beliau kini berada di belakang tirai besi Kajang?

Wan Hadi perlu ingat, kem Dato' Sri Najib Razak tidak mengusik Datok Seri Anwar Ibrahim tetapi menyokong Kerajaan Madani demi membantu pemulihan ekonomi negara dan rakyat.

Tetapi sekiranya Wan Hadi benar-benar berhajat untuk ‘berperang’ dengan Kem Najib Razak, mungkin akan ada yang menyahut dengan keras dan jangan salahkan pihak lain kerana ia dimulakan oleh Ketua Penerangan Mahasiswa Keadilan itu sendiri.

Adakah Mahasiswa Keadilan ini mendapat ‘PERINTAH’ dari Timbalan Presiden PKR yang kini sedang digasak oleh netizen dan rakyat Malaysia berikutan KEGAGALAN beliau selaku Menteri Ekonomi? [HSZ]

Adapatasi artikel by my-tv.online/

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Topstories, #News & #Politics, #Exclusive


No comments