Adakah wajar wakil rakyat dari kalangan ADUN mahupun Ahli Parlimen mengeluh ketiadaan dana untuk berkhidmat?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Adakah wajar wakil rakyat dari kalangan ADUN mahupun Ahli Parlimen mengeluh ketiadaan dana untuk berkhidmat?">
Courtesy to Image by MalaysiaForward

Adakah wajar wakil rakyat dari kalangan ADUN mahupun Ahli Parlimen mengeluh ketiadaan dana untuk berkhidmat?

  • Sinopsis: Dulu-dulu ada wakil rakyat parti UMNO, menang dua kali jadi wakil rakyat. Dia terkenal minat pergi dangdut dan karaoke.

  • Tetapi bila orang tanya penduduk kampung tersebut kenapa pilih dia?

  • Ada yang jawab, kalau ada kebakaran dekat kampung - dia yang sampai dulu.

  • Ada kematian kalau dia belum sampai - budak dia Sudah sampai dulu.

  • Anak-anak pengundi kawasan dia hendak masuk University atau asrama pun orang minta duit beli baldi dan duit bantuan dari dia.

  • Itulah sejatinya lanya kerja asas wakil rakyat. 

  • Kalau setakat jual agama, tidak ada parti pun - kita orang Melayu - Islam juga, kita solat, tidak ada parti pun kita puasa juga.

  • Tujuan berparti sudah disalah guna sejak para leb** yang terjun ke politik - sedar elaun wakil rakyat lagi banyak dari envelop masjid bagi lepas ceramah.[Via-Chu Lan]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Adakah wajar wakil rakyat dari kalangan ADUN mahupun Ahli Parlimen mengeluh ketiadaan dana untuk berkhidmat?">
Courtesy to Image by RfBenLias

  • Sebenarnya, ada saja cara untuk atasi masalah MP Ketereh ni. 
  • Kalau ada pengundi YB  minta duit untuk majlis kematian atau kenduri kahwin, YB jawab saja,
  • "Demo nok pitih ko nok isley?"
  • Thank me later YB. Demo dok kenal bare.[Via-RFBenLias]

  FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Adakah wajar wakil rakyat dari kalangan ADUN mahupun Ahli Parlimen mengeluh ketiadaan dana untuk berkhidmat semisal bersedekah?

  Adakah wakil rakyat atau pemimpin perlu untuk mempunyai persediaan kewangan yang kukuh sebelum membuat keputusan untuk bertanding pilihanraya?

  Sebagai contoh, kita lihat kisah Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan menjadi wakil rakyat sejak 2004.(Kini menjawat Menteri Pertahanan Malaysia-Kerajaan Perpaduan)

  Sejak mula menjadi ADUN Rantau hinggalah sekarang walaupun setelah menjadi Ahli Parlimen Rembau serta menjadi Menteri Pertahanan, Tok Mat Hasan adalah antara pemimpin yang kita dengar, akan konsisten berada di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rantau pada setiap hari Khamis menyantuni setiap permasalahan rakyat tak kira siapa, sehabis baik.

  Sebelum berkecimpung dalam bidang politik, Tok Mat merupakan seorang ahli perbankan disegani dan tokoh korporat di peringkat antarabangsa. 

  Selepas menyertai Bank Bumiputera Malaysia, pada tahun 1988 beliau berpindah ke cawangan London sebagai Pengurus Besar. 

  Tugas terakhir beliau sebelum memulakan kerjaya politiknya adalah sebagai Pengarah Urusan di Cycle and Carriage Bintang Berhad, dari tahun 1994 hingga 2004. 

  Selain itu beliau juga pernah memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, ahli Lembaga Pengarah di Sepang International Circuit dan Pengerusi Lembaga di FIMA Berhad Group. Beliau turut diberi kepercayaan menjadi penasihat Mercedes Benz Asia Pte Ltd untuk rantau Asia Tenggara.

  Kini pemimpin dan wakil rakyat datang dari pelbagai latar belakang. Malah sekarang, influencer media sosial juga berpeluang menjadi terpilih menjadi calon pilihanraya.

  Adakah semua wakil rakyat perlu latar belakang seperti Tok Mat atau sebaliknya?

  Mohon kongsikan pendapat Anda di ruangan komen. [HSZ]

Adaptasi dari sumber: malaysiaforward 

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Opini, #Malaysia,

  RELATED POST,


PUISI : "Bila Kau Tak Mau Bersuara"

#BICARA_SRC TIGA HAKIM KANAN PERTIKAI PROSES PERBICARAAN MERAGUKAN KES SRC NAJIB


KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG MELIBATKAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK


No comments