Debat Rafizi vs Syahir: Dua-dua ada agenda Ekonomi Baru masing-masing- Ulasan, Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Debat Rafizi vs Syahir: Dua-dua ada agenda Ekonomi Baru masing-masing- Ulasan, Abdul Rahim Hilmi Zakariya
- Sinopsis: Ekonomi Madani itu sebenarnya reset ekonomi kepada zaman Datuk Seri Najib Razak sahaja.
- Contohnya sasaran jadi 30 ekonomi terbesar dunia. No-30 sekarang Singapura. Kali terakhir ekonomi Malaysia mengatasi Singapura adalah 2014. Zaman Datuk Seri Najib Razak.
- Bahasa kasarnya Ekonomi Madani ini mengaku 5 tahun kita semua buat kerja bowdow. Itu saja.😄 (Abdul Rahim Hilmi Zakariya)
1. Dua-dua ada agenda Ekonomi Baru masing-masing. Idea ekonomi baru Rafizi itu Ekonomi Madani la. Itulah yang dia bentang pun dalam debat semalam. Idea ekonomi baru Syahir pun ada. Cuma ideanya terlalu umum mungkin kerana tiada masa yang cukup.
2. Hujah Rafizi banyak kritik pentadbiran zaman Barisan Nasional(BN). Contohnya dia kata zaman dahulu terlalu banyak projek mega. Sedangkan itu subjektif. Amerika ketika kegawatan ekonomi pun menggunakan projek-projek mega untuk menghidupkan semula ekonominya. Contohnya pembinaan Hoover Dam ketika krisis ekonomi tahun 1929.
RELATED POST:
Tahukah Anda? Malaysia adalah pelabur Asing terbesar di Kanada ketika Najib jadi PM
3. Hujah Syahir bahawa model Ekonomi Madani meniru IMF dan Bank Dunia sebenarnya tak valid dan mungkin mencetuskan kemarahan penjawat awam. Sebab brainchild Ekonomi Madani ini penjawat awam. Bukan orang politik pun.
4. Jika benar pun tiru IMF, apa salahnya selagi mana struktur itu boleh dipakai dalam konteks Malaysia. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dulu pun pakai strategi kafir Parsi dalam Perang Khandak.
5. Syahir sebut ekonomi baru ideanya adalah National Stability. Atau kestabilan nasional. Mungkin dia tak baca bahawa idea ekonomi IMF pun pakai kestabilan juga. Jadi boleh tak saya nak kata Syahir tiru IMF?
6. Itu belum saya bagitau lagi kalau betul nak kestabilan nasional, pasal apa 9 bulan ni PN duk sibuk hendak perjatuh kerajaan
7. Syahir kata kerajaan lemah tatakelola sebab PM dan Menteri Kewangan orang sama. Mungkin dia juga tak tahu Menteri Besar Pas di Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis juga memegang portfolio kewangan dalam MMKN.
8. Soalan Rafizi kepada Syahir adalah bagaimana Pas hendak urus hutang RM1.5 trilion jika menjadi kerajaan. Jawaban Syahir mengecewakan. Sepatutnya Syahir jawab sahaja perbelanjaan kerajaan = pendapatan rakyat. Maka kerajaan jangan terlalu memberi alasan hutang untuk tidak mahu berbelanja pembangunan
9. Contohnya apabila Pulau Pinang berjaya menyelesaikan semua hutangnya melalui bantuan penstrukturan air kerajaan Datuk Seri Najib, ekonomi Negeri Pulau Pinang tetap tidak berkembang pesat. Malah antara 2008 - 2015, perkembangan ekonomi negeri tersebut adalah ketiga tercorot di Malaysia
10. Sebab itu naiklah Pakatan Harapan(PH) ke Perikatan Nasional(PN) ke Perpaduan ke, hutang akan sentiasa bertambah. Cuma pengurusan hutang mesti ditambah baik dengan mengurangkan hutang dalam matawang Asing. Contoh bon Samurai zaman Mahathir yang pakai Yen
11. Ini adalah bola tanggung paling besar Rafizi, tapi Syahir pergi smash bola luar gelanggang pula😂.
12. Kesimpulan saya Rafizi gred C. Syahir saya bagi D-. Rafizi akan untung dari segi sokongan atas pagar. Syahir akan untung dari segi sokongan PN kepada keberanian dia berdebat dengan Menteri.
13. Apapun tiada idea baru, tiada penjelasan bagaimana hendak naikkan nilai Ringgit. Tiada dibincang bagaimana idea hendak naikkan pasaran saham. Tiada dikritik kelemahan-kelemahan sebenar dasar kerajaan hari ini.
14. Jauh beza dengan debat Datuk Seri Najib Razak vs Datuk seri Anwar Ibrahim tahun 2022 lepas. [HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/RyanSchneider
pinterest.com/helmynetwork
No comments
Post a Comment