KENAPA ASET KHAZANAH NASIONAL JATUH RM35 BILION?
KENAPA ASET KHAZANAH NASIONAL JATUH RM35 BILION?
- Hanya selama 8 bulan sahaja Pemerintahan PH-01 dibawah PM Tun Mahathir & Abah Bersatu punya kerja, masa dengan DAP. Misalnya: Kerajaan Malaysia dapat tanah ganti untuk kes Tanjung Pagar, Singapura. Kita develop dengan Temasek Holding.
- Tetapi, Datang gerombolan khianat dan kerajaan 22 bulan (PH-01), Malaysia hilang semua harta & khazanah kekayaan Negara Malaysia. Yang original pun lesap, yang ganti pun lesap. Hanya dalam 8 bulan habis musnah semua.
- Rakyat Malaysia hanya kenyang dengar cerita rekaan 1MDB saja yang di ulang 24jam hari-hari. Namun, Kes tidak ada bukti, HANYA guna pendapat Hakim.
(Adaptasi dari status asal by facebook.com/ChuLan )
- Keluarkan Bossku-DSN segera dari tahanan. Buang ke tong sampah semua kes palsu guna hakim pilihan tersebut.
- Bossku tukang cari, Atukkau & Abahkau tukang belanja dan tukang jual.
- 35 bilion pergi mana? Tidak nampak pun bayar hutang 1MDB yang di dongengkan hari-hari 24jam. Statistik dan data tak bohong.
(Adaptasi dari status asal by facebook.com/ChuLan)
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -- Ketika Dato' Seri Najib Razak menjawat sebagai Perdana Menteri dan pengerusi Khazanah Nasional selama 9 tahun, nilai aset bersih Khazanah Nasional naik hampir 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b.
Namun ianya jatuh hampir setiap tahun dalam tempoh 5 tahun selepas PRU14 sehingga RM81bilion pada akhir tahun 2022 lepas iaitu penurunan RM35 bilion.
Apakah sebabnya?
1. Pasaran saham dan ekonomi yang lembab sejak PRU14.
Khazanah Nasional mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia tetapi sejak PRU14, prestasi saham Malaysia adalah antara paling corot di ASEAN dan dunia dalam tempoh 5 tahun lalu tak kira masa C0vid atau tidak.
2. Banyak menjual aset-aset dibina masa Dato' Seri Najib Razak yang memberi pulangan yang baik.
Antaranya:
Kerajaan PH1.0
- Nov 2018: Jual IHH Berhad kepada Jepun - RM8.42b.
- Apr 2019: Jual sebahagian saham TNB - RM1.05b
- Jul 2019: Jual kepentingan dalam IPP Arab Saudi - RM290 juta
- Jul 2019: Jual hartanah DUO Residency kepada Singapura - RM4.73b
- Jul 2019: Jual sebahagian saham CIMB - RM2.37b
- Sep 2019: Jual Hospital Prince Court - RM1.02b
- Sep 2019: Jual lebuhraya tol terbesar Indonesia kepada pelabur Kanada - RM2.1b
- Okt 2019: Jual pegangan saham dalam Alibaba, SEA Ltd (Shopee), BDO Unibank FIlipina, Infosys India, Farfetch UK dan PT Charoen Pokphand Indonesia
Kerajaan Perikatan Nasional (PN):
- Mei 2020: Jual kepentingan saham dalam Malaysian Genomics Resources Centre Bhd (MGRC) - nilai tidak didedah
- Jun 2020: Tutup Kidzania Singapura. Lalu asetnya dijual hanya RM300k
- Nov 2020: Jual Kidzania Malaysia kepada Singapura - RM3.8 juta
- Jan 2021: Jual kepentingan saham Bank IDFC India - RM300 juta
- Mac 2021: Jual keseluruhan syarikat Siltera kepada syarikat Malaysia-China - RM273 juta
- Apr 2021: Jual kepentingan saham Telekom Malaysia - RM312 juta
Selepas dijual secara lambak, Aset-aset seperti ini tidak diganti Khazanah Nasional. Malah, tiada pelaburan yang signifikan yang dilapor Khazanah Nasional sejak PRU14.
Yang sayangnya ialah banyak aset-aset telah mencatat keuntungan atau kenaikan nilai yang tinggi selepas ianya dijual Khazanah Nasional. Misalnya nilai saham Shopee pernah naik sekitar 40 kali ganda selepas ianya dijual dan nilai syarikat Silterra naik hampir 8 kali ganda selepas ianya dijual.
Nilai bersih Khazanah Nasional sepatutnya mampu naik ke sekurang-kurangnya RM250b hingga RM300b sekiranya tidak berlaku penjualan lambak selepas PRU14.
Jika aset-aset yang memberi pulangan tinggi asyik dijual dengan alasan untuk membayar pinjaman kerajaan dengan kadar faedah yang rendah maka nilai aset Khazanah Nasional akan semakin turun sehingga pupus [HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
No comments
Post a Comment