Kos RM23 Juta Untuk Khidmat Pasukan Media Internasional dan Penulis Ucapan DS Najib Razak

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kos RM23 Juta Untuk Khidmat Pasukan Media Internasional dan Penulis Ucapan DS Najib Razak">

Kos RM23 Juta Untuk Khidmat Pasukan Media Internasional dan Penulis Ucapan DS Najib Razak

"Sepatutnya Kerajaan Malaysia yang patut tanggung kos RM23 juta sebab ianya khidmat keperluan Negara. Tetapi, akhirnya Dato' Seri Najib Razak juga yang tanggung walaupun dia boleh claim dari kerajaan, tetapi beliau tak pernah buat ".

  • "Skop perkhidmatan yang disediakan oleh Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd melalui pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan Bahasa Inggeris Mohd Najib ini merangkumi penyediaan draft dan penyempurnaan teks ucapan dalam Bahasa Inggeris untuk beliau dalam atau luar negara, Menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temuduga sewaktu lawatan rasmi ke luar negara dengan media dan menyediakan draft temuduga atau artikel oleh Mohd Najib dalam majalah atau suratkhabar antarabangsa," katanya.

  • Katanya, mereka yang menganggotai pasukan itu berpengalaman luas di peringkat tertinggi antaranya : bekas Ketua Pegawai Eksekutif APCO Malaysia dan wartawan The Times UK, Paul Stadlen; penasihat media kepada bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Tony Blair, Benedict Macon Cooney; Charlotte Carr (penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK, Gordon Brown); Samuel Coates (penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK David Cameron); Alexander Marklew (ketua penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK, Teresa May dan Boris Johnson, dan Lachlan Mackenzie (ketua komunikasi global syarikat Facebook dan penulis ucapan kepada bekas Menteri Kanan Tenaga dan Perubahan Iklim UK). (https://www.hmetro.com.my/.../rm23-juta-untuk-khidmat...)

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -- Ada laporan media yang keliru tentang bayaran RM23 juta ini seperti diterangkan oleh saksi dalam perbicaraan kes 1MDB (Khamis, 22 June 2023).

Ianya bukan hanya untuk penulisan ucapan Dato' Seri Najib Razak. Tetapi bahagian besar ialah untuk khidmat pasukan media antarabangsa untuk Dato' Seri Najib Razak dan Negara Malaysia untuk tempoh 3 tahun dari 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014.

Seperti dikatakan saksi semalam, ramai yang bantah kerajaan Malaysia membayar RM76.8 juta kepada syarikat APCO Worldwide (iaitu syarikat PR terkemuka dunia) untuk khidmat yang sama bagi tempoh satu tahun sebab pembangkang masa itu kata syarikat itu ada pekerja Yahudi.

Maka Dato' Seri Najib Razak batalkan kontrak dengan APCO Worldwide dan memberi tugas itu kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd secara pribadi dengan kos RM23 juta untuk 3 tahun (atau RM7.7 juta setahun berbanding RM76.8 juta setahun).

Perlu ingat bahawa khidmat media antarabangsa adalah satu keperluan bagi seorang Perdana Menteri dan bagi negara.

Perlu tahu juga yang RM76.8 juta setahun bagi APCO dibayar oleh kerajaan Malaysia. Tetapi, perlu Anda ketahui kos RM23 juta untuk 3 tahun itu dibayar sepenuhnya oleh Dato' Seri Najib Razak sejak tahun 2011.

Dana RM23 juta ini juga adalah dari sumber RM642 juta yang Dato' Seri Najib Razak terima dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Saudi Arabia.

"Sepatutnya Kerajaan Malaysia yang patut tanggung kos RM23 juta sebab ianya khidmat keperluan Negara. Tetapi akhirnya Dato' Seri Najib Razak juga yang tanggung walaupun dia boleh claim dari kerajaan, tetapi beliau tak pernah buat ".

Namun beberapa media-media tempatan tak lapor perkara ini dengan jelas.

Saksi semalam (Khamis, 22 June 2023)  juga mengesahkan bahawa sebahagian Dana RM23 juta yang dia terima dari Dato' Seri Najib Razak turut digunakan untuk membayar mendiang Gopal Sri Ram sebagai kos guaman.

Maksudnya Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Pendakwa Raya (prosecutors) Kerajaan Malaysia bagi kes 1MDB juga antara penerima dana dari Dato' Seri Najib Razak yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Namun dia (mendiang Gopal Sri Ram) pula tidak dikenakan AMLA sebagaimana ramai lagi penerima Dana 1MDB didakwa ketika itu. [HSZ]  

Adaptasi dari status asal by facebook.com/najibrazak

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : BeritaPolitik,  PoliticsNews, PRN2023, BarisanNasional. #UMNO_BN, PAU_UMNO2023

   VIDEO;



No comments