Tentang Scene Akhir Siasatan DiRaja 'Mata Lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tentang Scene Akhir Siasatan DiRaja 'Mata Lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim">

Tentang Scene Akhir Siasatan DiRaja 'Mata Lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim

  • Menurut Datok Lokman Adam, beliau mengalirkan air mata ketika melihat scene akhir filem 'Anwar Untold Story' iaitu wajah mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencentus kebangkitan gelombang reformasi. Ia kerana dirinya berada di barisan anak-anak muda yang memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu.

  • Hanya 10 saat sahaja masa yang ada untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalihkan wajahnya untuk tatapan jurugambar media dari jarak jauh telah mendatangkan hasil. Gambar itu benar-benar mencetuskan fenomena yang luar biasa.

  • Stiker wajah mata lebam itu banyak dilekatkan publik penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di cermin kereta. Malah logo Parti Keadilan Rakyat adalah simbolik daripada mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tentang Scene Akhir Siasatan DiRaja 'Mata Lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim">

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Mata lebam itu melahirkan simpati tetapi jika rakyat tahu apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, ia jauh membuat kalian merasa sedih, marah dan terbayang bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melalui detik-detik cemas itu.

Dibawah ini saya muatkan serba sedikit skrip Siasatan DiRaja ketika kejadian itu berlaku yang akhirnya membawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dipenjarakan selama 2 bulan dan didenda RM 2 ribu.

  Related Post
Nyawa Parti Bersatu di hujung kuku Politicy Parti PAS
Isu Pengampunan DS Najib Razak, PM DS Anwar Ibrahim menegaskan YDP Agong mempunyai budi bicara mutlak

Dalam skrip Siasatan DiRaja yang membuat saya benar-benar rasa sayu apabila Ketua Polis Daerah Brickfield ketika itu, Koh Hong San memberitahu, Anwar bertanya kepadanya dua soalan iaitu,
''Adakah nombor kad pengenalan saya betul?'' dan ''Sudahkah anak-anak saya balik?''.

Lalu saya terfikir adakah ketika pertukaran van dan matanya terus diikat, Anwar tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak-anaknya yang turut mengiringinya ketika dibawa rombongan polis? Jika benar ia sangat menyedihkan.

Dalam siasatan itu ada disebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Yaacob Mohd Amin menjerit dengan nada agak tinggi, “Layan dia macam penjenayah biasa, kenapa tak gari dia?'' 

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah dibawa dengan tangan bergari dan mata tertutup menuju ke bilik dan telah ditelanjangkan sebelum diberi baju T dan seluar pendek berwarna biru.

Katanya, beliau pada mulanya membantah diperlakukan begitu tetapi anggota polis yang ada bersamanya memberitahu mereka diarah berbuat demikian.

Tambah beliau, bilik kurungan itu tidak mempunyai aliran udara, tidak dimasuki cahaya matahari kecuali lampu yang terpasang 24 jam dan tidak sesuai ''walaupun bagi orang yang sihat''.

Pengerusi panel siasatan, Anwar kemudian bertanya, “Adakah ini menjadikan kecederaan kamu bertambah buruk?''

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab, keadaannya menjadi bertambah buruk kerana dengan matanya tertutup dan tangan yang digari, beliau terpaksa menaiki tangga empat tingkat untuk ke bilik siasatan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendengar bunyi orang berdehem sebelum lebih daripada seorang pegawai polis masuk ke dalam bilik lokapnya dan memukul beliau sehingga mengakibatkan kecederaan di tujuh bahagian badannya.

Katanya, beliau sedang duduk di atas pangkin dalam bilik lokapnya dengan mata diikat dan tangan bergari ketika mendengar bunyi tapak kasut serta bunyi orang sedang memberi tabik hormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menganggap orang yang berada di luar bilik lokap itu adalah pegawai atasan polis berdasarkan bunyi orang sedang memberi tabik hormat.

Beliau kemudian terdengar bunyi tapak kasut seseorang masuk ke dalam bilik lokapnya diikuti dengan satu lagi bunyi tapak kasut. Anwar memberitahu, beliau kemudian bangun kerana yakin ada orang masuk ke dalam bilik lokapnya.

Katanya, dalam masa beberapa saat sahaja beliau merasa tumbukan yang kuat di bahagian atas mata kirinya dan di bahagian kiri dahinya.

''Saya tumbang ke belakang dan seseorang telah menyambar bahagian atas tangan saya bagi menarik saya bangun menyebabkan saya berdiri semula.

''Kemudian saya merasa satu pukulan kuat di sebelah kanan kepala saya, kemudian sebelah kiri dan pukulan ala karate di bahagian kiri tengkuk,'' katanya sambil menunjukkan setiap bahagian yang berkenaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau juga merasa satu pukulan di bahagian atas tangan kanannya dan satu tamparan di bahagian kiri muka iaitu berhampiran telinga sehingga ke bahagian berdekatan dengan mulut.

Katanya, pukulan itu berhenti secara tiba-tiba dan beliau terdengar bunyi 'aahh' seolah-olah ada orang sedang ditolak atau ditarik oleh seorang lain.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim , semasa jatuh selepas ditumbuk beliau mengaduh dengan berkata 'Adoi', 'Allah' dan 'Jangan pukul saya'.

Katanya, selepas dipukul bertubi-tubi beliau jatuh dan merasa begitu lemah tetapi beliau masih berada dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, beliau ditinggalkan seorang diri dan kemudian tiga orang anggota polis, dua daripadanya beruniform manakala seorang lagi berpakaian preman masuk ke bilik lokap itu dan membuka ikatan mata serta gari di tangannya.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah seorang anggota polis beruniform mengelap darah yang keluar dari hidungnya dan di atas bibir dengan menggunakan sapu tangan yang sebelum itu digunakan sebagai pengikat matanya.

Peristiwa sebenar yang berlaku jauh lebih menyedihkan dari apa yang difilemkan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertahan malah apabila keluar dari penjara dia terus bangkit memperjuangkan nasib rakyat.

Tugas kita sebagai rakyat yang mahu menyelamatkan Negara ini selepas berjaya mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah berjuang bersamanya melawan rasuah. Ingat musuh kita bukan lagi komunis tetapi perasuah. 

Era 2023, melawan Cina Komunis adalah mitos bagi menghalalkan kebobrokan pemimpin yang korup. True story ialah harta kita berpuluh billion telah dirompak oleh pemimpin-pemimpin yang korup. [HSZ]

Adaptasi dari artikel asal by Norman Radzuan

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 TAGS : #Opini, #PoliticalNews, #newspolitics,#Malaysia, #Opinion,
VIDEO :


No comments