Sempena Ulangtahun Hari UMNO ke-77 [11 Mei 1946-11 Mei 2023]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Sempena Ulangtahun Hari UMNO ke-77 [11 Mei 1946-11 Mei 2023]">

Sempena Ulangtahun Hari UMNO ke-77 [11 Mei 1946-11 Mei 2023]

  • UMNO, Bermulanya dari 1940an. Memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan.Mengurus tadbir kerajaan dari titik permulaan.Memastikan kepentingan dan hak rakyat, satu demi satu diilhamkan, dirancang, diteliti dan diberikan.

  • Menjayakan pembangunan demi pembangunan dari ekonomi desa ke pertanian ke komoditi, kemudiannya perindustrian dan teknologi serta perkhidmatan bernilai tinggi.

  • Menyediakan pendidikan berkualiti buat semua, satu-satunya jalan keluar dari kepompong kemiskinan tegar. Menjamin masyarakat yang berilmu, berupaya, berwawasan.

  • Di masa susah, UMNO ada dengan sistem berkebajikan. Di masa senang, UMNO bantu juga ke tahap lebih baik. Apapun nak dikata, apapun nak dimainkan, itu semua bicara politik. Tetapi faktanya ada didepan. Sumbangan dan sejarah UMNO tidak dapat siapa-siapa pun dinafikan malah terpahat dalam hati dan ingatan kita.

  • Dalam sambutan meriah kali ini, marilah kita sama-sama mengingati dan mendoakan seorang insan di kalangan kita ada seorang pemimpin yang dizalimi, seorang pemimpin yang setia dari awal perjalanannya hingga pada ketika menghadapi kesusahan juga.

  • Seorang Mentor, Sahabat, dan Saudara. Yang berbakti lebih 40 tahun untuk Parti dan Negara, membawakan kepimpinan dinamik dan berdaya saing tinggi buat bangsa dan tanah air kita.

  • Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala terus melindungi dan memberkati Dato' Seri Najib Razak, memberikan kekuatan kepadanya, membawakan sinar buat hidupnya. Selamat menyambut ulang tahun UMNO.(Najib Razak)

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Sempena Ulangtahun Hari UMNO ke-77 [11 Mei 1946-11 Mei 2023]">
Ilustrasi Image by facebook.com/najibrazak

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Terpahat dalam lipatan kenangan, 11 Mei 1946, 77 tahun yang lalu menjadi tarikh keramat lahirnya satu wadah buat ummat Melayu membina kesatuan, merencana pembaharuan dan mencorak pemikiran demi mengangkat ketamadunan bangsa. 

Inilah hari untuk kita hayati susah payah generasi terdahulu. Inilah saatnya untuk kita tiupkan kesedaran, semangat dan ruh bahawa parti inilah pelopor kesatuan bangsa. Inilah ketikanya kita perbaharui azam, menggenggam amanah untuk kekal setia mempertahankan warisan perjuangan bangsa... 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Sempena Ulangtahun Hari UMNO ke-77 [11 Mei 1946-11 Mei 2023]">
Ilustrasi Image by facebook.com/zahidhamidi.fanpage

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Sempena Ulangtahun Hari UMNO ke-77 [11 Mei 1946-11 Mei 2023]">
Ilustrasi Image by facebook.com/zahidhamidi.fanpage

UMNO menjadikan Bangsa Melayu Bermaruah,

UMNO menjadikan Bangsa Melayu Merdeka,

UMNO menjadikan Bangsa Melayu Berdaulat...

Bersama kita mempertahankannya...😘💖🇲🇾

Selesai sudah Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO yang disambut sederhana namun besar maknanya. 

Sekali lagi dari saya Ahmad Zahid Hamidi,

Selamat Menyambut Ulangtahun Hari UMNO ke-77...

No comments