Dimana Suara dan Usaha Perikatan Nasional Untuk Melawan Kezaliman-Kezaliman Ketika Mereka Memerintah?
Dimana Suara dan Usaha Perikatan Nasional Untuk Melawan Kezaliman-Kezaliman Ketika Mereka Memerintah?
- Dulu Dato' Seri Najib Razak main facebook sambil makan super ring, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang
- Walaupun sudah tidak ada facebook dan super ring dalam penjara. Do'a tetap senjata ampuh terutamanya bagi orang yang teraniaya seperti Dato' Seri Najib Razak
- Kini, hinaan TS Muhyiddin pada Dato' Seri Najib Razak sebagai "kluster mahkamah" berbalik kepada dia. TS Muhyiddin akan didakwa berkaitan kes salah guna kuasa dalam program Jana Wibawa
- All the best Dato' Seri Najib Razak
1. KES SRC RM42 juta
Dato' Seri Najib Razak dipenjarakan sebab sedekahkan RM42 juta yang beliau, tidak minta atau arahkan untuk diberi tetapi dimasukkan ke dalam akaunnya tanpa pengetahuan beliau.
Ini belum ambil kira Dana RM642 juta yang beliau terima dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang beliau turut memberi sebagai sedekah atau kerja CSR. Kenapa beri RM642 juta, Tetapi nak "curi" RM42 juta pula?
Dato' Seri Najib Razak tidak didakwa mencuri Dana RM42 juta tersebut. Tetapi dihukum sebab Hakim kata ianya bukan hak Dato' Seri Najib Razak untuk sedekah.
2. KES LAPORAN AUDIT
Dato' Seri Najib Razak didakwa salahgunakan kuasa untuk arahkan Laporan Audit 1MDB dipinda. Selepas perbicaraan 4 tahun, beliau dibebaskan sebab Hakim kata tiada bukti Dato' Seri Najib Razak pernah arahkan sesiapa untuk pinda dan pindaan yang dibuat itu adalah perkara remeh, tidak memberi sebarang impak dan patut (justified) dipinda pun.
BACA; TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB
3. KES 1MDB-IPIC
Dato' Seri Najib Razak didakwa salahgunakan kuasa untuk menggelapkan RM6.6 bilion bagi perjanjian penyelesaian IPIC. Tetapi akhirnya Dato' Seri Najib Razak terbukti betul untuk membuat penyelesaian tersebut bila IPIC bersetuju membayar RM8.08 bilion kepada Malaysia baharu-baharu ini sebagai penyelesaian.
4. KES 1MDB-Tanore RM2.6b
Dato' Seri Najib Razak turut didakwa bawah Caj AMLA. Sebab menerima RM2.6b dalam akaun atas nama beliau, biarpun dana tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian. Sehingga kini, pendakwaan masih tidak berani memanggil Zeti Aziz ( mantan Gabenor Bank Negara Malaysia-BNM ) untuk disoal dalam mahkamah.
5. KES TUNTUTAN CUKAI LHDN RM1.7b
Dato' Seri Najib Razak dikenakan tuntutan cukai RM1.7b sebab pernah menerima RM2.6b yang LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kira sebagai hasil/income) Tetapi pemulangan dana tersebut kepada penghantar 4 bulan kemudian dikira sebagai perbelanjaan.
Dato' Seri Najib Razak tidak dibenarkan mempertikaikan pengiraan LHDN. Tetapi diarahkan untuk bayar dulu dan rayu kemudian. Jika tidak bayar dulu, Dato' Seri Najib Razak dikenakan tindakan muflis.
6. KES SITA DANA RM114 juta.
Dato' Seri Najib Razak akhirnya menang kes ini dalam mahkamah. Dan dana tersebut terbukti sebagai dana PRU14 untuk parti.
7. KES SITA BARANG-BARANG PRIBADI
Dato' Seri Najib Razak akhirnya menang kes ini dalam mahkamah. Setelah barang-barang tersebut merupakan hadiah pribadi yang diterima selepas berpuluh tahun oleh Dato' Seri Najib Razak dan 5 ahli keluarga mereka termasuk hantaran perkahwinan anak Dato' Seri Najib Razak diterima dari Mertuanya yang kaya.
Dua Hakim kata tiada bukti bahawa barang-barang itu adalah dari sumber 1MDB atau aktiviti haram.
Sehingga sekarang, Dato' Seri Najib Razak tidak pernah didakwa dan tiada bukti bahawa Dato' Seri Najib Razak pernah sengaja naikkan harga kontrak kerajaan supaya beliau boleh sakau dari kontraktor.
Jadi, di mana suara dan usaha pemerintahan Perikatan Nasional (PN) untuk melawan kezaliman-kezaliman tersebut ketika mereka memerintah? - [HSZ]
Adaptasi & Inspired artikel by Najib Razak
Editor; Helmy Network
#TAGS : #BeritaPolitik, #PoliticsNews, #Malaysia #DSNajibrazak #1MDB
VIDEO ;
No comments
Post a Comment