TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB ">

TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB 

  • Didakwa pada 12 Dis 2018. Kes Audit 1MDB Dato' Seri Najib Razak (DSN)

  •  Pendakwa raya meminda pertuduhan 3 kali. Terus tukar tiang gol.
  •  Saksi utama berkata Dato' Seri Najib Razak tidak pernah memaksanya menukar audit.

  • Perubahan sebenar dalam laporan audit adalah minimum dan tidak penting. Hakim malah berkata bahawa pindaan kecil dalam laporan audit adalah wajar (lihat petikan pada image dibawah). Kalau tanya sesiapa apa yang diubah, orang pun tak tahu.

  •  Pendakwa cukup terdesak untuk menggunakan Arul Kanda sebagai pendakwaan tetapi kantoikan sendiri!

  •  Hakim berkata tiada kes. Pembelaan tidak dipanggil pun. Kedua-dua Dato' Seri Najib Razak dan Arul Kanda dibebaskan sepenuhnya pada 3 Mac 2023.

  • 1,542 hari (4 tahun, 2 bulan, 19 hari) membazir masa dan wang rakyat - menyebabkan kerosakan reputasi dan perbelanjaan peguam kepada Dato' Seri Najib Razak dan Arul Kanda.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB ">

TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB.  

 FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR-  TSSA: Seperti yang Anda boleh hayati, sejak dari mula lagi kami telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa kes untuk pasukan pendakwaan memulakan pendakwaan.

Dan atas sebab itu jika Anda ingat, kami pernah memohon kepada Mahkamah untuk membuang kes tersebut kerana kami fikir kes tersebut tidak berasas sama sekali. 

Tetapi Yang Arif Hakim mahukan lebih kepastian, jadi beliau meneruskan perbicaraan sehinggalah pihak pendakwaan selesai berhujah dan hari ini beliau memberi keputusan sama ada wujud kes atau tidak. Dan beliau telah putuskan bahawa pasukan pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes yang sepatutnya mereka lakukan, tetapi mereka gagal buktikan sama sekali. 

Dan hasil dari keputusan itu, beliau putuskan bahawa Arul Kanda adalah seorang saksi yang dipercayai. Seorang individu yang telah memberi keterangan tanpa keraguan sedikit pun, tanpa berusaha sedikitpun untuk memperkecilkan peranan diri sendiri dan meletakkan beban kesalahan ke atas DSN (Dato' Seri Najib Razak)…beliau bukan watak sebegitu (seperti Sharol dan Amhari)….dan oleh itu Arul Kanda sebagai tertuduh pertama kes ini telah diberikan sijil 5 (imuniti dari pendakwan bagi caj yang sama). Dan itu adalah merupakan indikator Hakim akan keputusan selepasnya buat DSN. Dan benar seperti yang dijangka dalam membuat keputusan ke atas DSN, Hakim telah menemui satu rumusan kritikal, iaitu TIADA LANGSUNG ELEMEN SOGOKAN. Bermakna, tidak wujud langsung elemen korupsi/rasuah dalam peranan DSN di dalam kes ini (kes laporan audit ini). 

Dan perlu saya ingatkan Anda semua dan saya kira, saya perlu katakan di sini berkenaan mantan Ketua Audit Negara (Tan Seri Ambrin) yang saya rumuskan sepanjang saya menyoal balas beliau bahawa beliau adalah kebanggan Negara kita. Beliau merupakan individu yang sangat mahir dan sangat berwibawa/layak untuk memegang jawatan tersebut. Beliau tidak tunduk kepada tekanan sama ada ketika siasatan PAC (Anda pasti ingat beliau dipanggil PAC dulu dan beliau beri keterangan di sana) dan beliau kekal teguh dan konsisten memberi keterangan di Mahkamah walaupun kes ini adalah merupakan kes bermotif politik yang jelas. Jika kita masih ada individu-individu seperti TS Ambrin ini dalam perkhidmatan awam, Negara ini masih ada masa depan. 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH (TSSA) SUSULAN KEMENANGAN KES PINDAAN LAPORAN AUDIT 1MDB ">

Soalan wartawan 1: Soalan wartawan (audio kurang jelas…mungkin apa reaksi DSN). 

TSSA: Ya…beliau berkomunikasi dengan kami memandangkan beliau tidak dibenarkan memberi kenyataan media…

Yang pertama, beliau berasa sangat lega atas keputusan Mahkamah ini kerana bukan hanya sekadar beliau dilepas dan dibebaskan. Ia jauh lebih besar dari itu. Hakim boleh saja hanya mengatakan 'tidak wujud prima fascie', tertuduh dilepas dan dibebaskan. Tetapi Hakim membuat keterangan dan rumusan khusus. 

Dalam kes Arul Kanda, beliau diberi sijil yang membebaskannya dari sebarang pendakwaan atau pertuduhan bagi kes ini dan beliau diakui mahkamah sebagai saksi yang berwibawa. 

Dalam kes DSN…Hakim membuat keputusan yang serupa yang secara khususnya menyebut tidak ada elemen rasuah, korupsi atau sogokan. 

Dan ini mahu disampaikan oleh DSN kepada pihak media bahawa beliau sangat berterima kasih dan bersyukur, kerana itulah yang paling menjejaskan DSN…sekiranya diputuskan ada wujud elemen rasuah. 

Soalan wartawan 2: Audio kurang jelas….

TSSA: Baik. Saya khuatir bahawa ini adalah kes pendakwaan politik. Kes seperti SRC, 1MDB yang sedang berlangsung, kes laporan audit dan juga kes MOF…'Anda tidak boleh nafikan bahawa kesemua kes ini adalah kes pendakwaan politik'!. 

Jadi apabila ia adalah kes pendakwaan politik, terdapat dimensi lain dan pertimbangan lain yang perlu diambil kira. Peguam dalam kes-kes sebegini tidak boleh meramal secara tepat apakah mungkin keputusannya kerana terdapat elemen letupan politik di dalamnya. 

Ini adalah merupakan kes pertama dari senarai kes pendakwaan politik yang DSN hadapi yang kami telah memperolehi keputusan yang sangat bagus, iaitu kemenangan mutlak 100%. 

Saya berharap Pejabat Peguam Negara tidak akan merayu keputusan ini kerana rumusan Hakim tadi sarat dengan bukti sokongan dan beliau telah menjelaskan dengan terperinci. 

Jadi bagi menjawab soalan Anda, Apakah harapan kami…kami berharap ini adalah permulaan bagi lebih banyak lagi kemenangan yang bakal mendatang. Kerana saya sentiasa konfiden…bukan hanya dalam kes ini. Dan saya ulang, dalam kes SRC pun kenapa kami lawan habis-habisan….Setelah sedikit gangguan seketika akibat pertukaran peguam….dengan DSN tidak diwakili ketika rayuan akhir, Kami lawan habis-habisan ketika semakan semula kes kerana saya konfiden…Sekiranya panel Mahkamah Persekutuan yang baru mendengar semula rayuan kami, Kami pasti boleh membuktikan bahawa DSN TIDAK BERSALAH !!

Dan sekiranya kamu ikut kes 1MDB semalam, ketika kami soal balas Banker Singapura Kevin Swampillai…Kevin Swampillai telah kata bahawa hanya Jho Low dan koncu-koncunya yang berurusan dengan bank. Dan beliau kata secara retrospektif, kini beliau sedar Jho Low dan ramai yang lain lagi adalah penyangak (rogue) sebenar. 

Anda mesti sedar kini bahawa dalam kes DSN…kesemua saksi yang dipanggil oleh pendakwaan adalah saksi yang berwarna-warni dari segi karakter. Dari kesemua mereka, Ada seorang (Sharol) yang digelarkan sebagai penjenayah oleh Pengerusi Petronas sekarang, beliau katakan saksi itu adalah penjenayah (namun diletakkan sebagai saksi). Kesemua saksi yang diletakkan mereka untuk mengenakan Dato' Seri Najib Razak adalah saksi yang terlibat dalam perbuatan jenayah 1MDB. Kevin Swampillai juga terlibat tetapi beliau jujur untuk mengakuinya dan beliau telah telah mencari jalan penyelesaian dengan pihak berkuasa Singapura. Saya tak mahu komen banyak berkenaan kes 1MDB kerana ia kes yang masih sedang berjalan. 

Tetapi jika Anda periksa kes SRC pun adalah serupa. Penjenayah sebenar tidak didakwa, hanya seorang saja yang dijadikan target iaitu anak guam saya (Dato' Seri Najib Razak). Dan kami berharap dapat menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk kita melihat semula kes-kes ini dan meletakkan keadilan ditempatnya yang sebenar. 

Soalan wartawan 3: Audio tidak jelas 

TSSA: Kami memang sedang menunggu…tetapi pastinya sebelum 31 Mac 2023 ada keputusan semakan rayuan kes SRC. Saya tidak mahu meramal. Ia tidak adil bagi para Hakim tetapi saya sedang berharap. 

Dan DSN ingin memberitahu kepada Anda semua bahawa beliau sangat bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas keputusan hari ini kerana ia benar-benar menaikkan semangat dan keinginan beliau untuk terus berjuang membersihkan namanya. Sekian.  [HSZ] 

Adaptasi & Inspired artikel terjemahan Nabeel Naqie

Editor;  Helmy Network

VIDEO ;


No comments