Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17

 <img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">

Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 

  • Syarikat kesayangan Ismail Sabri dan Khairy Jamaludin (KJ) ketika pandemik tahun 2020 Pharmaniaga, akhirnya semakin jatuh, cetus PN17

  • Sebelum ini seperti kita maklum, projek ini adalah KJ menjadi juru cakap kepada Pharmaniaga untuk v4ksin Sinovac. KJ individu pertama, mendapat suntikan v4ksin Sinovac, sebagai Menteri KJ mengetuai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses V4ksin C#VID-19 (JKJAV) bagi meyakini v4ksin itu boleh digunakan bersaing dengan syarikat Pfizer proksi Dr Adham Baba Menteri Kesihatan ketika itu.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">


FORTUNA MEDIA -  KUALA LUMPUR- Kontrak pembekalan Pharmaniaga kepada kerajaan Malaysia adalah membekalkan sebanyak 12 juta dos v4ksin C#VID-19 Sinovac secara pengisian dan pembotolan dalam tempoh tujuh bulan iaitu antara Mei dan November 2021

Bagaimanapun laporan skandal Pharmaniaga dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2021 yang didedahkan baru-baru ini memberi imej buruk dan menjejaskan syarikat itu. Kerajaan rugi RM13.07 juta pembekalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 93 alat ventilator yang rosak semasa pandemik C#VID-19.

Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan perolehan kecemasan untuk ventilator, membolehkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM30 juta kepada Pharmaniaga Logistics – yang dikenal pasti dalam laporan Ketua Audit Negara dengan nombor pendaftaran syarikatnya (260790-T) – bagi perolehan 500 ventilator yang menelan belanja dianggarkan RM50 juta.

Bagaimanapun, Pharmaniaga Logistics hanya membekalkan 136 ventilator kepada kemudahan penjagaan kesihatan, seperti yang ditentukan oleh KKM, secara berperingkat antara 1 April dan 19 Mei 2020, dengan kos RM20.1 juta. Tambahan RM3.97 juta yang diluluskan untuk Pharmaniaga Logistics untuk menaik taraf ventilator tertentu menyebabkan kos perolehan keseluruhan 136 ventilator kepada RM24.07 juta

Pharmaniaga - PN17

Saham Pharmaniaga Bhd jatuh 43 peratus selepas peruntukan RM552 juta untuk ‘stok vaksin C#VID-19 yang bergerak perlahan’ mendorong syarikat itu berada di bawah kategori PN17, atau bermasalah kewangan.

Pada 10 pagi semalam (1 Mac, 2023) kaunter itu susut 19 sen kepada 25 sen berbanding harga penutup 44 sen pada Isnin, dengan 26.74 juta saham bertukar tangan.

Ia dibuka pada 22 sen, penurunan sebanyak 50 peratus.

Pharmaniaga turut melaporkan kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan merosot 27.1 peratus kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan terdapat permintaan yang lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian v4ksin C#VID-19.

Mempertimbangkan keputusan tahun kewangan 2022 di bawah jangkaan, MIDF Research berkata ia menyemak semula turun anggaran perolehan untuk Pharmaniaga bagi tahun kewangan 2023 dan 2024 masing-masing sebanyak 79 dan 87 peratus.

Dalam masa sama, ia turut menurunkan harga sasaran saham Pharmaniaga kepada 48 sen daripada 77 sen sebelumnya.

“Secara keseluruhan, kami menurunkan saranan daripada ‘beli’ kepada ‘neutral’.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan pandangan positif terhadap kumpulan dengan asas portfolio produk-produk farmaseutikal syarikat itu yang besar sejajar dengan peningkatan permintaan, penembusan pasaran halal, dan rancangan pemasaran jangka panjang bagi penjualan antarabangsa,” katanya dalam satu nota.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank menurunkan unjuran perolehan tahun kewangan 2023 dan 2024 sebanyak 51 peratus kerana ia menaikkan perbelanjaan operasi dan anggaran kos kewangan Pharmaniaga sambil menurunkan penarafan kaunter itu kepada ‘jual’.

Bagaimanapun ia berkata terdapat potensi pembalikan peruntukan susut nilai seandainya Pharmaniaga dapat menjual lebih banyak stok C#VID-19 sedia ada.

Buat masa ini, Pharmaniaga sedang berunding dengan beberapa pihak, termasuk Bank Pembangunan Islam dan Kementerian Kesihatan, untuk menjual stok berkenaan.

Barisan baru pengurusan Pharmaniaga daripada CEO hinggalah pengurusan lama yang tidak relevan sewajarnya dirombak sebagaimana rombakan terhadap BOD Pharmaniaga.  [HSZ] 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Saham Pharmaniaga jatuh 50%, cetus PN17 ?">
Kita lihat bagaimana Chef Communication Pharmaniaga ini menyelesaikan masalah komunikasi kepada Rakyat Malaysia yang kita melihat Pharma Ini  berniaga dengan kerajaan. Mengapa bisa Lingkup !?

Adaptasi dari artikel by thecorporatesecret.com/

Editor;  Helmy Network

 TAGS; #economic #news #fortunaFinance #Industry #pharmaniaga

No comments