Tentang Pelantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Ilustrasi Image by edisi9.com.my/ |
Tentang Pelantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri
- Dalam sejarah Negara Malaysia kita ini. Memang biasa Anak & Menantu dapat jawatan. Tidak usahlah bajet suci sangatlah.😎 Ada yang masa Bapa berkuasa, Anak jadi YB, Menantu jadi Exco, Anak jadi Penasihat, Menantu jadi budak tingkat 4, Menantu jadi CEO GLC. Banyak aih.😊
- Tapi bila orang lain buat, habis tidak ingat apa yang diri sendiri pernah buat dulu 'Kaburo Maktan 'Indallah An Taqulu Ma La Taf'aluuun'.
- Beginilah, Isunya bukan gaji. Isunya kuasa yang datang dengan jawatan yang diberi. Kuasa itulah yang boleh mencipta 'gaji'. Kuasa dan jawatan itulah yang membentuk dasar, policy, projek atau mempengaruhi apa-apa keputusan kerajaan pada perkara-perkara penting melibatkan kewangan Negara.
- Sebab itu ada orang boleh lepaskan gaji beratus ribu di Bank untuk jadi Menteri. Hendak lantik itu tidak salah. Tapi justifikasinya mesti betul. Contohnya apakah dasar yang hendak dibawa dan dilaksanakan oleh Penasihat yang dilantik itu.
- Apakah penasihat itu hendak laksanakan Universal / Assistive Basic Income yang boleh menghapuskan kemiskinan mutlak dalam Negara? Apakah penasihat itu hendak mencipta policy percukaian baru yang lebih adil dan saksama?
- Jika ia memberi manfaat besar kepada rakyat, apa-apa perlantikan bukannya satu masalah.
- Contoh Dato' Sri Azalina Othman Said! dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri dahulu. Bila dilantik, projek khasnya adalah dengan mewujudkan 'Akta Lompat Parti'. Lulus dan berkuatkuasa dalam masa setahun walaupun ada parti komponen kerajaan ketika itu tak berapa setuju.
- Akta inilah yang akhirnya menyebabkan wujud kestabilan politik Malaysia hari ini dan mengelakkan 'horse trading' ketika gelojak kuasa pasca PRU15.
Dan disebabkan kejayaan itu. Mana ada orang pertikai lantikan beliau? Dan disebabkan kejayaan itu, mana ada orang pertikai lantikan beliau? (Abdul Rahim Hilmi Zakariya )
Bukan, tidak payah buat GST / VAT lagi. Walaupun kita sokong GST. Tetapi apa-apa consumerism tax ( cukai kepenggunaan) boleh dibuat apabila inflasi telah terkawal. Kalau tidak, akan berlaku kejutan melampau kepada harga barang.
Jumlah pelepasan cukai ini bukan sedikit. Mencecah puluhan juta setiap tahun bagi satu syarikat sahaja. Katalah jumlah pelepasan itu sebanyak RM20juta setahun, Maka kehilangan hasil negara untuk satu syarikat ini sahaja sudah mencecah RM200 juta jika tax relief diberi selama 10 tahun.
Be Smart, Read More;
Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Mustapha Mohamed, Dato' Seri Dr Wee Ka Siong disaman tangguh, batal projek HSR KL-Singapura
Berapa ratus / ribu syarikat yang terlibat?
Modus operandi syarikat besar ini pula adalah mereka akan menutup operasi syarikat apabila tempoh pelepasan cukai telah tamat. Kemudian, mereka akan datang kembali dengan nama baru (proksi) dan memohon untuk insentif pelepasan cukai semula.
Inilah yang berlaku berulang-ulang sehingga memeningkan Agensi Cukai seluruh dunia. Kalau insentif ini hendak dibatalkan. Maka ada kemungkinan negara tidak lagi menjadi destinasi pelaburan syarikat Asing. Kalau diteruskan, Negara pula hilang hasil.
Bagaimana hendak atasi?
Salah satu cara adalah dengan memperkenalkan 'Exit Tax' atau 'Cukai Keluar' sepertimana di Negara Ireland, Europe. Maksudnya, mana-mana syarikat yang mahu menutup operasi selepas tempoh pelepasan cukai mereka tamat akan dikenakan cukai / denda.
Jumlahnya adalah setara dengan jumlah pelepasan cukai yang telah syarikat itu nikmati dalam tempoh 10/15 tahun tersebut. Kalau RM200 juta, maka RM200 jutalah perlu dibayar semula (atau kerajaan boleh fikirkan nisbah yang sesuai)
Begitu juga, insentif pelepasan cukai ini perlu diberi kepada syarikat yang mengutamakan Anak/Warga tempatan sahaja. Jika gagal capai nisbah pekerja tempatan yang ditetapkan, maka insentif itu tidak akan diberi.
Tidak ada guna kita benarkan syarikat Asing & A Seng buka kilang tapi peluang pekerjaan diberi kepada imigran Indonesia dan Bangladesh. Cukai tak dapat, masalah sosial pula makin banyak.
Ada beberapa Negeri setahun dua ini galak mengumumkan puluhan bilion pelaburan sehingga menjadi modal politik. Padahal impak kepada sosial / ekonomi tempatan adalah rendah kerana melibatkan gunatenaga buruh Asing & A Seng.
Jika saudari Nurul Izzah mampu menyemak dan membuat semula dasar percukaian yang saksama tanpa merosakkan tarikan pelaburan Asing. Maka wajarlah lantikan Penasihat Ekonomi ini.
---
Adaptasi dari artikel by Abdul Rahim Hilmi Zakariya - Kuala Terengganu.
VIDEO;
No comments
Post a Comment