Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini ">
Dr Zaliha Mustafa melihat fasiliti yang terdapat di Pusat Jantung Hospital Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, MalaysiaGazette 12 DISEMBER 2022.

Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini [13 Disember 2022]

  • Alhamdulillah. Satu lagi projek kesihatan bertaraf dunia selesai dan mula beroperasi hari ini.

  • Bermula pada awal 2018 sekitar bulan Mac dan sebelum itu berada dalam  perancangan rapi oleh beberapa Kementerian dan agensi bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

  • Pusat Jantung Hospital Serdang ini mampu menampung 262 buah katil dan dilengkapi dengan 4 kompleks dewan bedah. Kemudahan peralatan yang terkini dan canggih juga telah disediakan di sini.

  • Ini sekaligus meningkatkan keupayaan menjalankan lebih banyak rawatan dan pembedahan dengan pengurangan masa menunggu. Ada yang terpaksa menunggu setahun lebih, kini dipendekkan ke 3-6 bulan.

  • Usaha meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan perlu terus diberi fokus dan ditingkatkan. Merancang dan melaksana bukan untuk hari ini, atau esok, tetapi untuk memenuhi keperluan masa depan. (Najib Razak)
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini ">
Dr Zaliha Mustafa melihat kemudahan dan perkakasan di Pusat Jantung Hospital Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, MalaysiaGazette 12 DISEMBER 2022.

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Pusat Jantung (Heart Center Services) Hospital Serdang. Negeri Selangor, ( jarak sekitar 22 km dari pusat bandar Kuala Lumpur) akan dibuka pada orang ramai bermula hari ini (13 Disember 2022) dengan menyediakan pelbagai fasiliti yang lengkap untuk pesakit jantung di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kadar bayaran yang dikenakan oleh pusat ini juga serendah RM64 bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40.

“Dengan adanya pusat rawatan jantung ini, lebih ramai pesakit dari seluruh negara dapat dirawat dan ramai pakar serta ahli pasukan sokongan bidang kardiologi dan pembedahan kardiotorasik daripada KKM dapat dilatih untuk memberi rawatan bertaraf dunia.

“Dengan adanya pusat jantung ini, ia dijangka dapat mempercepatkan proses rawatan pesakit dan tempoh menunggu bagi rawatan angiogram (pengimejan saluran arteri) juga boleh dipercepatkan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Pusat Jantung Hospital Serdang, di sini, hari ini.(Serdang-12 Disember 2022)

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr. Sha’ari Ngadiman.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa  berkata, pusat rawatan ini dilengkapi dengan peralatan terkini yang serba canggih seperti sebuah Makmal Jantung Invasif (ICL) di Jabatan Kecemasan (ED) Yang Pertama di Malaysia.

Ujarnya, kemudahan yang ada di pusat ini setanding di negara maju yang lain.

Kemudahan ICL itu membolehkan kes-kes serangan jantung akut (cases of acute heart attack) menerima rawatan segera dan terbaik iaitu Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI).

PCI merupakan prosedur intervensi bukan pembedahan dengan menggunakan kateter untuk melebarkan atau membuka pembuluh darah koroner yang menyempit dengan balon atau stent

“Pusat Jantung ini juga mempunyai sebuah dewan bedah hibrid pertama di fasiliti KKM dilengkapi dengan mesin angioplasti dan peralatan dewan bedah yang dapat memanfaatkan seramai 200 ke 250 orang pesakit setahun.

“Selain itu, pusat jantung ini juga mempunyai seunit mesin MRI 3.0 Tesla yang akan digunakan khusus untuk pengimejan diagnostik jantung,”  jelasnya..[HSZ]

Sumber ; MalaysiaGazette
(
https://malaysiagazette.com/.../pusat-jantung-hospital.../)

Editor; Romy Mantovani

   RELATED POST
Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak
Dato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia
PROJEK BATTERSEA POWER STATION BUKTI VISI INVESTMENT DS NAJIB RAZAK BUKAN SATU PEMBAZIRAN
PERANCANGAN JAHAT MUSUH POLITIK DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

No comments