Keputusan yang Sangat Merugikan Negara, Bila kerajaan Perikatan Nasional Membatalkan HSR KL-S'pore, kata DS Najib

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Keputusan yang Sangat Merugikan Negara, Bila kerajaan Perikatan Nasional Membatalkan HSR KL-S'pore, kata DS Najib">
Photo Image by freemalaysiatoday.com

Keputusan yang Sangat Merugikan Negara, Bila kerajaan Perikatan Nasional Membatalkan HSR KL-S'pore, kata DS Najib

  • Ianya agak mudah untuk bongkarkan strategi Perikatan Nasional (PN) i,e mantan PM Muhyidin Yasin:
  • 1. Goncangkan syarikat konglomerat YTL Corporation Berhad ( YTL-Yeoh Tiong Lay ) dan tanya mereka, berapa banyak pembiayaan yang telah mereka berikan kepada Muhyidin atau pemerintahan Perikatan Nasional (PN).
  • 2. Semak sama ada Dana daripada syarikat YTL Corp" pergi ke Muhyidin secara terus atau ke akaun bank PN (tidak mungkin).

  • 3. Jika Dana pergi ke Muhyidin dan dia menggunakannya untuk memberi orang lain maka caj dia untuk AMLA. Terus dapat kluster baru mahkamah.😇
  • Straight-away got new kluster mahkamah.😇
Terjemahan by SahabatBossku/FB dari postingan penulis Lim Sian See

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Terbaca komen bahawa ada yang tuduh DS Najib Razak naik bantu Pakatan Harapan (PH) untuk serang regime Perikatan Nasional (PN) berkenaan projek High Speed Rail (HSR) setelah Barisan Nasional (BN) setuju bekerjasama dalam kerajaan hari ini (Kerajaan Perpaduan).

Ini fitnah menjijikkan.😰
Tengoklah tarikh posting dibawah ini. (4 Januari 2021), ketika Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN)

Dari mula-mula lagi, DS Najib sudah publish dan naikkan isu ini berulang kali untuk kecam kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas keputusan yang amat tak bijak dan sangat merugikan Negara Malaysia ini.
Masa kerajaan Pakatan Harapan (PH-01) tangguhkan projek HSR ini, DS Najib juga turut kecam.
Tapi yang akhirnya batal projek ini dengan niat tak jujur ialah kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Ketika itu, DS Najib berulang kali kritik perkara ini sebab:

1. Projek ini adalah idea DS Najib Razak. Hasil rundingan bertahun-tahun lamanya dengan Singapura. Projek yang merupakan projek ikonik ASEAN yang akan menghubungkan dua ibukota ASEAN yang terpenting.
2. Rancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tukar HSR Kuala Lumpur-Singapura ke Kuala Lumpur-Johor Baharu (KL-JB ) dengan tren separuh laju adalah sangat tak logik.
Akan merugikan negara, tidak mencapai matlamat untuk pembangunan ekonomi dan akan mengalami kerugian setiap tahun sebab jumlah penumpang serta jumlah kutipan penjualan tiket akan jauh lebih rendah.
3. Manfaat ekonomi sebanyak RM500 bilion pada negara pada jangkamasa panjang berpunca dari kenaikkan pelaburan dan pelancongan tidak kesampaian. Negara Malaysia turut hilang ratusan ribu peluang pekerjaan.
4. KL-JB tidak akan mengurangkan trafik udara sektor KL-Singapura yang merupakan antara paling sibuk dalam dunia penerbangan.
5. Pemberian projek secara terus kepada kroni swasta tanpa tender terbuka antarabangsa adalah sangat tidak patut sebab : Rakyat adalah kroni sebenar - bukan syarikat swasta.
6. Bayaran pampasan RM320 juta kepada Negara Singapura adalah sia-sia hanya sebab hendak beri projek tanpa tender kepada kroni swasta.
Jika salah dan merugikan negara, Kita rakyat patut tegur.
Dan jika kesalahan ini adalah berskala amat besar seperti ini, siapa pun tak patut pertahankan.
P.S. Korang tak perasan ke? Tiada siapa dari regime Perikatan Nasional (PN) pernah sangkal DS Najib sekalipun bahawa PN tak pernah rancang memberi projek ini kepada syarikat ERL milik YTL. Kenapa, ya?

Menteri pengangkutan Singapura memaklumkan kepada parlimen mereka bahawa sebab utama projek HSR KL-Singapura dibatalkan ialah sebab kerajaan Malaysia tidak mahu tender-tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren dibuat secara tender terbuka dan dinilai serta dipantau bersama Singapura.

https://www.facebook.com/.../pfbid04H61RE5tb8J2bGHHZvjCrp...

Dulu bila saya (DS Najib Razak) usahakan projek ini, saya dengan sengaja mahu kedua-dua negara bertanggung jawab atas kejayaan projek tersebut supaya penyelewengan dapat dikurangkan atau dielakkan.

Tapi pendekatan kerajaan PN agak berbeza. Mereka mahu pilih kontraktor dan vendor projek secara terus tanpa campur tangan negara Singapura.

Kerajaan Singapura juga tidak bersetuju dengan permintaan kerajaan PN untuk tren HSR berakhir di KLIA.
 

Di sana penumpang akan tukar ke tren ERL milik syarikat YTL yang lajunya separuh dari kelajuan tren HSR untuk sambung perjalanan ke ibukota
.

Saya rasa keputusan ini adalah sangat pelik sebab pengunjung dari Singapura mahu perjalanan terus ke bandar Kuala Lumpur dalam masa tersingkat - bukan mahu berkunjung ke KLIA lalu tukar ke tren yang lebih perlahan.

Jika pengunjung dari Singapura mahu pergi ke airport untuk naik kapal terbang, mereka akan pergi ke airport mereka.

Buat apa mereka nak naik tren HSR untuk ke KLIA?

Oleh sebab kerajaan Singapura tak setuju dengan dua permintaan utama kerajaan PN, Malaysia pun batalkan perjanjian tersebut dengan membayar ganti rugi sekurang-kurangnya RM320 juta hingga RM1 bilion.

Projek bukan dibatalkan Malaysia sebab Covid seperti diumumkan kerajaan PN.

Lalu kerajaan PN buat keputusan untuk lanjutkan tren ERL ke Johor Bahru sebagai projek HSR KL-Johor Bahru medium laju dengan kos hampir sama projek HSR KL-Singapura yang dibatalkan mereka.

Oleh sebab syarikat operasi akan rugi memanjang akibat jumlah pendapatan dan penumpang yang akan jauh menurun jika tidak sampai ke Singapura, kerajaan PN juga bersetuju membayar pampasan setiap tahun kepada syarikat ERL. [HSZ]

 
Inspired ; Najib Razak 
Editor; Romy Mantovani

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #BeritaPolitik,  #PoliticsNews, #PRU15, #BarisanNasional. #UMNO_BN,

t

No comments