Misteri Sosok Makhluk Masuk Dapur Lewat Tengah Malam

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Misteri Sosok Makhluk Masuk Dapur Lewat Tengah Malam">

Misteri Sosok Makhluk Masuk Dapur Lewat Tengah Malam
  • Kisah misteri ini sama ada cerita benar ataupun rekaan semata. Redaksi kurang pasti. Namun, bagi kami dalam kisah ini ada pengajaran dan nasehat yang baik untuk diteladani. Disamping itu anggaplah sebagai intermezo hiburan sahaja. Terima Kasih. Selamat Membaca.👦💕                                                      

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - "Weeiih! Tak bersih weh, kau cuci pinggan! Berlendir." 

Aku pandang pada Hafiz yang tengah belek-belek pinggan di rak pinggan- piring, mangkuk. Bukan rak pun sebenarnya, lebih tempat kita orang susun pinggan mangkuk yang sudah dibasuh, supaya kering.

"Bukan aku yang cuci!"  Balas aku.

"Habis siapa cuci? Bukan kau ke?" 

Apa ni? Pagi-pagi si Hafiz Ni sudah bising. Dekat rumah sewa ni, kita orang tinggal berempat: Azis, Firdaus, Hafiz, dan Aku. Dia orang bertiga senior, Aku junior. Hafiz ni paling cerewet.

"Bukan aku. Semalam Aku balik, memang sudah bercuci, tapi tak susun dekat rak. Aku cuma tolong susun je,"  Jawab Aku. 

Aku ambil air tin dalam peti ais. Hafiz masih sibuk periksa pinggan dan mangkuk yang berada di rak. Sikit pun dia tak toleh pada Aku. 

"Tidak Firdaus, Azis punya kerjalah ni! Haish, cuci pinggan pun tak ikhlasnya," omel-rungutan Hafiz sambil memasukkan beberapa pinggan ke dalam singki semula. Kelentang-kelentung dia cuci pinggan-pinggan tu, nampak sangat dia tak puas hati. 

Semalam bila sampai rumah sudah lewat malam. Masa Aku ke dapur untuk hendak cuci tangan, Aku perasan ada pinggan dalam singki. Nampak macam sudah cuci sebab tak kotor sangat. Sebab itu Aku susun di rak.

Aku keluar dari dapur bersama air tin Aku. Dan terus keluar dari rumah dan beredar ke kampus.

Apa-apa saja lah! Aku menyewa di sini pun sebab rumah ni paling murah dekat dengan kampus. Aku tak kisah sangat pasal housemate sebab Aku pun jarang ada di rumah. Balik untuk mandi dan tidur saja. 

Kebanyakan masa Aku di kampus, atau di perpustakaan. Setiap hari, lewat malam baru Aku balik, lepas perpustakaan sudah sunyi. Kalau diikutkan, perpustakaan ada sediakan bilik belajar yang beroperasi 24 jam, tapi biasanya pukul 12 tengah malam tak ada orang. 

    RELATED POST

Misteri Nusantara
KISAH SUFI, SANG KYAI

Malam itu, Aku balik rumah lewat daripada biasa, sebab ada group of student yang stay sampai lewat, jadi Aku pun staylah dengan dia orang. Bila dia orang balik, Aku pun baliklah. Memang tak lah nak stay perpustakaan seorang diri. Seram gila kot! 

Sampai rumah sudah pukul 2 pagi, dengar bunyi kelentang-kelentung di dapur. Sebelum masuk bilik Aku jengahlah dapur. Eh, gelap pula dapur. Siapa pula yang duduk dalam dapur gelap-gelap. 

Sambil jengah tu Aku nampak ada orang terbongkok-bongkok di hadapan singki. Aku pun angkat tangan hendak capai suiz lampu.  Tapi sebelum tangan Aku sempat petik suis ampu, tiba-tiba ada orang tarik Aku ke belakang. Mulut Aku kena tekup dengan tangan orang. 

Aku di tarik masuk ke dalam bilik. Bilik gelap, hanya diterangi cahaya daripada skrin laptop yang berada di atas meja. Bunyi dari laptop tu berdentum-dentum. 

Aku mulanya hendak meronta. Tetapi lepas nampak muka Hafiz, Aku tak jadi meronta. Dia tunjuk isyarat supaya senyap. Jari telunjuk dia di bibir. Aku angguk. Hafiz angguk pada orang di belakang Aku. 

Tekupan mulut Aku dilepaskan. Aku toleh ke belakang. Azis rupanya yang tutup mulut Aku. Aku angkat dagu dan bersuara "Kenapa dengan kau orang ni?"

Firdaus letak jari telunjuk dia di bibir sambil kerutkan dahi. Hampir bertemu kening dia. Bukan main marah. Bunyi laptop tu kuat gila, tapi suruh aku senyap pula? Aneh betul. 

"Ada benda di dapur,"  Bisik Hafiz.

"Benda apa?"  Tanya Aku separa berbisik.

Hafiz pandang kiri kanan, kepada Firdaus dan Azis, seolah-olah mengharap dia orang yang jawab soalan itu. Namun,  Firdaus dan Hafiz hanya balas pandangan Azis. Azis pandang Aku semula. 

"Tak tahu, tapi masa kita orang tengah tengok movie kat laptop tadi, tiba-tiba dengar ada orang di dapur. Kita orang ingat kau, tapi bila tengok dapur gelap, kita orang ingat pencuri…"

"Lepas tu?"  Pintas Aku, teruja.

Hafiz letak jari di bibir, tanda suruh Aku perlahankan suara, kemudian dia sambung cerita "So, kita orang hendaplah. Sudah siap bawa tukul. Tapi bila aku nampak benda di dapur tu, terus hilang berani."

"Kau nampak apa?"  Soal Aku perlahan. 

"Ada kelibat orang tengah cangkung atas kabinet dapur. Kurus gila. Dia tengah jilat pinggan macam tengah kebuluran. Cepat Aku tarik Azis dengan Firdaus blah-pergi."

"Jilat pinggan? Maksudnya selama ni. Bukan ada orang cuci pinggan kotor yang kita tinggal dalam singki itu lah?"  Soal Aku, lalu berdiri bulu roma Aku. 

Firdaus dan Azis saling berpandangan sesama sendiri. Firdaus nampak seperti meloya. Mana tidaknya, entah berapa kali sudah dia orang ingat Aku cuci pinggan. Padahal Aku tak cuci, Aku hanya susun di rak. Lepas tu masa nak guna, dia orang ambil dari rak, terus guna.

"So apa kita nak buat ni? Benda tu masih di dapur ke?"  Soal Aku. 

Hafiz angkat bahu, tanda tak tahu. Azis pun tak tahu. Firdaus pun tak tahu. Aku lagilah tak tahu. Hafiz mula duduk atas lantai, antara katil Azis dan Firdaus. Kami semua menyusul. Duduk di lantai sambil bersandar di katil. 

Bunyi dari filem yang dimainkan dilaptop masih berdegar-degar. Namun, bilik tu seolah-olah sunyi. Semua orang berdiam diri. Sambil berfikir, anak mata Aku meliar ke segenap ruang bilik. Tiba-tiba Aku terlihat sesuatu di celah pintu.

"Warrgghh!"  Melompat Aku dari lantai, terus naik atas katil. Nak tercabut jantung Aku. Hafiz, Azis dengan Firdaus pun ikut terjah naik atas katil yang sama. 

"Kenapa weh, kenapa?"  Tanya Azis.

Aku tunjuk ke arah pintu. Dan beritahu Aku nampak macam ada orang sedang mengintip dari celahan pintu bilik yang separa terbuka. 

"Muka dia cengkung, macam tengkorak dengan kulit saja. Bila ia perasan Aku sudah nampak, dia terus sembunyi balik belakang pintu."  Jelas Aku sambil tangan terketar-ketar. 

"Kau biar betul?"  Tanya Firdaus. Kali ni kita orang sudah tak hirau hendak tahan-tahan suara. Sebab benda tu sudah tahu pun yang kita sedar kewujudan dia. 

"Serius! Aku nampak dia dekat si—"...  Tersekat perkataan yang Aku nak sebut. Jari Aku sedang tuding celahan pintu. 

Azis, Firdaus, dan Hafiz perlahan-lahan toleh ke arah yang Aku tunjuk tu. Di situ benda tu sedang mengintip. Kali ini dia tersengih. Kita orang macam terpaku lihat benda tu. 

Masa tu rasa macam seluruh badan Aku kebas dan semut-semut. Benda tu memang hendak kita orang tahu kewujudan dia. 

Hanya bila ia mengekek di balik pintu tu, kita orang mula terjerit-jerit macam orang histeria. Jerit sampai kering tekak. Pedih macam terkoyak. Sampai jiran sebelah datang ketuk pintu. 

Macam nak roboh pintu dia ketuk! 

Lama jugalah sebelum kita orang berani hendak keluar bilik dan buka pintu rumah. Dekat luar jiran-jiran sudah berkumpul. Dia orang sudah mula risau dengar 4 orang remaja lelaki menjerit-jerit dalam rumah. 

Hampir sudah dia orang nak call polis. Nasib baik kita orang buka pintu. Masa hendak jelaskan apa berlaku, rasa macam orang bodoh pula nak cerita perkara sebenar. Nak tipu, masa tu otak sudah tak boleh fikir apa nak goreng cerita. 

"Ni mesti kes 'benda' tu datanglah tu!"  Kata seorang pakcik. 

Semua orang pandang pakcik tu. Pakcik tu soal kami dengan hanya satu perkataan— "Kan?" 

Aku lihat jiran-jiran yang lain macam faham apa yang dimaksudkan oleh pakcik tu. Jadi, Aku angguk, mengiyakan tekaan pakcik tu. Lepas tu dengar jiran-jiran berbisik sesama sendiri. 

Rupa-rupanya di kawasan ini memang ada kes makhluk masuk rumah. Ia geledah rumah tak bersih. Makan sisa makanan yang tak diuruskan dengan baik. Namun tak ada siapa tahu makhluk itu apa. 

Ada kata benda makhluk tu ada orang bela tapi tuan dia dah buang dia. Ada juga kata tuan dia mati. Entahlah! Tak tahu mana satu betul.

Tak kisahlah mana satu yang betul. Kita orang berempat sepakat hendak pindah rumah sewa lain. Tuan rumah tu rileks saja bila kita orang beritahu kita orang berempat hendak keluar pindah. 

"Lain kali jangan tinggal pinggan kotor tak cuci semalaman,"  Nasihatnya selamba setelah dia ambil kunci rumah daripada kita orang. [ HSZ ]

Adaptasi dari tulisan Kamarul Ariffin Nor Sadan /Arkib Angker Negara 
Via 𝗥𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 2.O

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Misteri_Nusantara #Paranormal #Mystery #Malaysia #Indonesia  VIDEO ;

MISTERI RUMAH HANTU TEPI JALAN HIGHWAY WUJUD SELEPAS TENGAH MALAM 👹

No comments