Mandat PRU-15 Mampu Menangani Isu Ekonomi Malaysia
Mandat PRU-15 Mampu Menangani Isu Ekonomi Malaysia " Rakyat Malaysia tidak mampu untuk menanggung lagi, tempoh 5 tahun kerajaan yang tidak stabil "
- Tak sepatutnya masih ada yang mainkan isu pilihanraya ketika banjir. Kita semua dah tahu seminggu lepas, DYMM Yang DiPertuan Agong telah melawat Pusat Ramalan Banjir Negara dan diberi taklimat oleh 2 menteri yang tidak pro kepada pilihanraya segera (KJ dan Tuan Ibrahim)
- Kita semua juga tahu walaupun Perdana Menteri DS Ismail Sabri boleh meminta pembubaran parlimen, tetapi DYMM Yang DiPertuan Agong mempunyai hak untuk tidak memperkenankannya. Ini jelas dalam Perkara 40(2)(b) dan 55(2).
- Jesteru apabila setelah diberi taklimat dan masih Tuanku memperkenankan pilihanraya segera. Maka itu bermakna Baginda Tuanku yakin tiada kebahayaan jika mandat rakyat dikembalikan pada masa terdekat.
- Berhentilah menakutkan rakyat pada apa yang tidak perlu. Berhentilah membimbangkan rakyat hanya untuk meraih simpati dan menumbuh benci.
- Berkempenlah dengan menonjolkan kekuatan dan kemampuan masing-masing. Berkempenlah dengan menunjukkan wawasan dan misi parti masing-masing. Inilah kematangan dalam demokrasi.
- Selamat berkempen dan mengharungi musim pilihanraya sahabat-sahabat sekalian. Semoga Allah Azza Wa Jalla mengurniakan kerajaan yang lebih baik untuk kita selepas ini bagi memastikan negara lebih bersedia dengan cabaran alam dan ekonomi lebih besar akan datang [Abdul Rahim Hilmi Zakariya]
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - 1. Antara sebab utama PRU-15 perlu disegerakan adalah untuk mengembalikan kepada rakyat untuk menentukan mandat baharu bagi parti-parti politik yang mereka fikirkan sesuai untuk memimpin Malaysia.
2. Selain itu, mandat yang diberikan juga akan menjamin keabsahan atau legitimacy Kerajaan yang dibentuk, selain dapat memastikan kestabilan yang utuh apabila Kerajaan yang dipilih terdiri daripada parti-parti politik yang mempunyai majoriti terbesar di dalam Dewan Rakyat mahupun gabungan-gabungan parti-parti politik yang bersefahaman.
3. Keabsahan dan kestabilan secara langsung mampu memberikan fokus untuk menangani isu-isu ekonomi yang melanda Malaysia ketika ini.
Tiada rengek-bengek politik, perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti sebelum ini, menuntut jawatan Menteri atau GLC.
4. Antara beberapa isu ekonomi yang melanda Malaysia sekarang yang akan melarat ke suku kedua 2022 adalah.
Pertama, kadar inflasi negara yang semakin meningkat, terutama sekali inflasi harga makanan.
Kedua, nilai Ringgit yang semakin merendah yang amat memerlukan intervensi menyeluruh bagi mestabilkannya semula.
Ketiga, pengurangan sumber manusia atau pekerja dalam beberapa sektor-sektor ekonomi seperti sektor perladangan dan sektor perkhidmatan, dan keempat ketidaktentuan situasi geopolitik serantau yang dunia yang telah memberi gangguan kepada rantaian ekonomi global.
RELATED POST
Mengapa Menteri-Menteri Regime PH Sanggup Serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura ?
Alasan Menteri-Menteri Kerajaan PH. Kenapa Mereka Hilangkan Pulau Batu Puteh Serahkan kepada Singapura
Rakyat Malaysia Tidak Seharusnya Membazirkan Undi Anda kepada PH kerana Mereka Tidak Akan Menang
5. Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah dengan memberi komitmen kepada perubahan struktural yang radikal dan menyeluruh. Seperti contoh, perubahan struktural kepada pasaran kerja, keadaan fiskal dan perbelanjaan negara juga perlu direformasikan secara cermat dan tidak teragak-agak melalui disiplin fiskal, memperkenalkan cukai-cukai baharu dan menyalurkan perbelanjaan Kerajaan berteraskan data terkini dan keutamaan.
6. Saranan ini adalah sejajar dengan apa yang disyorkan oleh Bank Dunia baru-baru ini, dan juga telah disambut oleh Kementerian Kewangan.
7. Namun begitu, sebelum semua itu dilaksanakan, keabsahan dan kestabilan Kerajaan yang lebih utuh perlu dicapai. Kerana itulah Barisan Nasional selama ini menyeru untuk menyegerakan PRU-15 agar apa-apa pun parti politik yang membentuk Kerajaan pasca PRU-15 kelak akan berupaya mentadbir dengan baik.
8. Keabsahan dan kestabilan yang lebih utuh akan menjadikan usaha-usaha pengukuhan ekonomi yang lebih tersusun bagi mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
9. Kestabilan politik akan membawa kepada kemakmuran negara dan perancangan ekonomi yang lebih menyeluruh. Pelabur luar akan lebih yakin untuk datang sebagaimana selepas PRN Johor, nilai pelaburan di Johor meningkat Johor lebih 800 peratus berbanding pelaburan tahun lepas.
10. Lonjakan positif inilah yang kita mahukan kepada negara. Lebih-lebih lagi tidak ada lagi lompatan politik akan berlaku selepas pilihan raya ke-15 ini.
Insya Allah 💙 [ HSZ ]
No comments
Post a Comment