Alasan Menteri-Menteri Kerajaan PH. Kenapa Mereka Hilangkan Pulau Batu Puteh Serahkan kepada Singapura
Alasan Menteri-Menteri Kerajaan PH. Kenapa Mereka Hilangkan Pulau Batu Puteh Serahkan kepada Singapura
Alasan Menteri-Menteri Kerajaan PH. Kenapa Mereka Hilangkan Pulau Batu Puteh Dan Serah dengan Mudah kepada Singapura ;
1. Bekas Menteri Kewayangan Lim Guan Eng (DAP) ;
- Saya tak ikut isu Pulau Batu Puteh. Dalam ingatan saya, kena tanya bekas Menteri Luar Negari Saifuddin Abdullah (yang telah lompat ke PPBM) sebab Saifuddin dan bekas Menteri Undang-Undang mendiang Liew Vui Keong sebab mereka yang syorkan keputusan untuk lepaskan tuntutan Pulau Batu Puteh.
- Ini salah kerajaan BN dipimpin Najib Razak sebab cuai (biarpun keputusan melepaskan pulau tersebut dibuat mesyuarat pertama Jemaah Menteri kerajaan PH).
3. Bekas Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran (DAP) ;
- Saya enggan mengulas lanjut dan perlu “menyemak nota” berhubung isu itu.
4. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (Amanah)
- Saya juga enggan mengulas lanjut dan perlu “menyemak nota” berhubung isu itu.
5. Bekas Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook (DAP)
- Saya enggan ulas kerana tidak ingat sama ada Mahathir atau Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menarik balik permohonan itu.
6. Bekas Menteri "Minum Sawit" Teresa Kok (DAP)
- Saya tidak ingat dan minta wartawan mengesahkannya dengan Mahathir sendiri.
Peliknya. Hilang Tanah Kedaulatan Negara Malaysia tapi masing-masing "tak ambil berat isu ini", "tak ingat" atau "tak pasti" dan pelbagai alasan lainnya.
Tiba-tiba mereka terjangkit penyakit Melayu mudah lupa.😂
(Keputusan untuk melepaskan Pulau Batu Puteh diluluskan Jemaah Menteri PH dalam mesyuarat kabinet pertama kerajaan PH pada 23 Mei 2018)
"14 Okt 2022: Tanya Saifuddin, kata Guan Eng berkait keputusan Batu Puteh"
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Lim Guan Eng berkata, dua menteri dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) mengesyorkan Malaysia menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap kedaulatan Batu Puteh yang diberikan kepada Singapura.
Lim yang juga Menteri Kewangan semasa PH memerintah selama 22 bulan berkata, walaupun beliau tidak “mengikut” isu Batu Puteh, tetapi dalam ingatannya, syor itu dikemukakan Menteri Undang-Undang dan Menteri Luar Negeri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Saya fikir adalah tidak patut untuk saya cakap apa-apa kerana ia adalah cadangan mereka. Semak dengan menteri luar, mengapa mereka membuat syor itu,” katanya kepada media.
"14 Okt 2022: Tanya Saifuddin, kata Guan Eng berkait keputusan Batu Puteh"
Guan Eng, Mat Sabu, Muhyiddin dan Mahathir telahpun angkat sumpah untuk menjadi menteri pada 21 Mei 2018.
Keputusan untuk melepaskan Pulau Batu Puteh dibuat dalam mesyuarat kabinet pertama kerajaan PH pada 23 Mei 2018.
Lalu diumumkan serta-merta pada hari yang sama.
Saifuddin Abdullah dan mendiang Liew Vui Keong hanya dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai 2018 - iaitu lebih sebulan SELEPAS mesyuarat kabinet pada 23 Mei 2018 yang membuat keputusan untuk lepaskan pulau tersebut.
"1 Julai 2018: Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia hari ini"
Jadi, bagaimana pula bekas Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah dan bekas Menteri Undang-Undang mendiang Liew Vui Keong boleh mengemukakan syor dalam mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 sedangkan mereka belum dilantik sebagai Menteri dan belum mengangkat sumpah pada hari itu?
KITA Rakyat Malaysia yang Cintakan Negara serta Kedaulatan Tanah Airnya Segera Minta penjelasan Lim Guan Eng berkaitan perkara Pulau Batu Putih Tersebut.
Sumber ; DS Najib Razak
VIDEO ;
No comments
Post a Comment