Tragedi 'Revolusi Sosial 1946'. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu Nusantara

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tragedi 'Revolusi Sosial 1946'. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu Nusantara">
Photo by www.thepatriots.asia

Tragedi 'Revolusi Sosial 1946''Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu Nusantara

  • Saya pasti Anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap Raja-Raja Melayu, Kerabat DiRaja dan golongan Bangsawan Melayu terpelajar di Pulau Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.

  • Korban Tragedi Penyerbuan Brut4l tersebut : 
  • Sultan Bidar Alam Syah IV di Negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di Negeri Panai dan, Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di Negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang -Asahan di Tanjung Balai,  Kesultanan Deli-Serdang di Medan,  Kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua Sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah parti komunis.

 FORTUNA MEDIA - Pada 3 Mac tahun 1946. 76 tahun silam, tidaklah begitu lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum Parti UMNO  ditubuhkan di Istana Negeri Johor, lima (5) Sultan di lima (5) Negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibvnuh dengan kejam. Beribu-ribu orang Kerabat Raja turut dibunuh k3jam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946. merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar Bangsa Melayu di Daerah Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung Malaya menolak untuk menyertai gagasan Indonesia Raya, idea Presiden Soekarno 

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa Negeri Pulau Sumatera telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar, terutama dari Pulau Jawa.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Akibat jarak dan kegagalan Presiden Sukarno berhubungan dengan Sultan-Sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Tanah Deli-Serdang dalam Negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan Bangsawan di Istana mereka di Tanah Deli-Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi Majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan Monarchy Kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan 'Daulat Rakyat' bagi melawan laungan 'Daulat Tuanku'. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan, selain kononnya pihak Istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta, bertolak dari Kota Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

  RELATED POST

Kisah Tragic Kerabat Diraja daripada Kesultanan Kerajaan Temasek

KISAH BENGIS PKI, Sejarah Indonesia Pasca Merdeka

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tragedi 'Revolusi Sosial 1946'. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu Nusantara">
Photo; Istana Kerajaan Langkat, Sumatera Timur

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI (Partai Nasionalis Indonesia) dan Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo) adalah sebuah organisasi pemuda yang menganut asas sosialisme,  menyerbu Istana dan pejabat Kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh Rakyat Indonesia.
(identiti Pesindo, yakni organisasi pemuda revolusioner anti-kolonialisme dan fasisme, namun cenderung pro fahaman komunis)

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tragedi 'Revolusi Sosial 1946'. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu Nusantara">
Penelitian yang dibukukan berjudul Pemuda Sosialis Indonesia 1945-1950 [Foto: istimewa]

Pembunuhan terhadap Kerabat-kerabat Raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Tragedi 'Revolusi Sosial 1946'. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu Nusantara">
Photo; Istana Tanjung Pura, Sumatera Timur

Penyerbuan brut4l itu merupakan tragedi buat ;

  1. Sultan Bidar Alam Syah IV di Negeri Bilah,
  2. Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di Negeri Panai dan,
  3. Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di Negeri Kota Pinang,
  4. Kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai,
  5. Kesultanan Deli-Serdang di Medan, Sumatera Utara.
  6. Kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua Sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk Negeri-Negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang perkebunan getah.

Di tempat lain, Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana Kerabat Raja-Raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk Sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat dip3rkosa dan yang lebih memilukan lagi pem3rkosaan dilakukan di depan mata Baginda Sultan Langkat, dan Putera Mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI (Partai Komunis Indonesia) bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah Kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika Istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk Bangsa Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di Negeri Asahan, dibunuh kesemuanya termasuk Isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunvh dengan kejam di Negeri Asahan, Sumatera Timur sahaja. (Kini disebut Provinsi Sumatera Utara) 

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat Diraja Melayu di beberapa Daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan kerana takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-Sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur yang terbabit mencetus 'Revolusi Sosial 1946' di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan Kerabat Diraja serta merompak Istana-Istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin Masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 Organisasi Masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama, MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, Adat-Budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah Budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah. [hsz] 

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #SejarahMelayu, #Tragedi3Mac1946, #UMNO1946, 
#SejarahMelayuNusantara

VIDEO : 

Indonesia ; Jujurlah Pada Sejarah Bangsa & Negara Anda 😘💖

No comments