Kisah Allahyarham Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff dengan Queen Elizabeth ll, sang Ratu Kerajaan United Kingdom

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kisah Almarhum Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff dengan Queen Elizabeth ll, sang Ratu Kerajaan United Kingdom">

Kisah Allahyarham Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff dengan Queen Elizabeth ll, sang Ratu Kerajaan United Kingdom

  • Allahyarham Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff, bernasabkan darah baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang lahir di Negeri Singapura.

  • Lahirnya di Negeri Temasik kini disebut sebagai Singapura pada bulan Safar 1305 hijrah/1887 Masihi. Wafat di Seiyun, Negeri Yaman pada 9 Sya'ban 1385 Hijriah.

  • Queen Elizabeth ll menziarahi tanah jajahannya di Eden, Negeri Yaman. Syeikh Abu Bakar bin Syeikh Abdurrahman Al-Kaff diundang untuk diberikan padanya Darjah Kebesaran iaitu Knights Commander of the Order of the British Empire (K.B.E)

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Dahulu ada seorang Ulama- Habib, yang bernasabkan darah baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang lahir di Negeri Singapura, pernah menolak untuk rukuk-merendahkan kepala hingga seakan membongkok, dihadapan Queen Elizabeth ll, sang Ratu Kerajaan United Kingdom-UK.

Beliau adalah Allahyarham Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff dan beliau merupakan keturunan yang berdarah Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Lahirnya di Negeri Temasik kini disebut sebagai Singapura pada bulan Safar 1305 hijrah/1887 Masihi. Wafat di Seiyun, Negeri Yaman pada 9 Sya'ban 1385 Hijriah.

Gambar diatas ini diambil pada tahun 1954 iaitu semasa Queen Elizabeth ll menziarahi tanah jajahannya di Eden, Negeri Yaman. Syeikh Abu Bakar bin Syeikh Abdurrahman Al-Kaff diundang untuk diberikan padanya Darjah Kebesaran iaitu Knights Commander of the Order of the British Empire (K.B.E)

Majlis juga dihadiri oleh ramai para Sultan dan pembesar. Tetapi sebelum upacara dijalankan, beliau diberitahu terlebih awal bahawa protokol penerimaan anugerah ini dijalankan dengan Cara Merukuk dihadapan Queen Elizabeth ll

Mendengarkan Protokol begini, beliau menjadi marah dan membantah untuk menuruti apa yang dimaklumkan kepadanya dengan berkata ,

"Saya Muslim! Dan orang Muslim tidak akan ruku' selain pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala! Beliau bertegas dengan perinsipnya iaitu tidak sesekali akan Rukuk dihadapan Queen Elizabeth ll".

Beliau juga berkata dengan tegas yang beliau bersedia untuk memulangkan semula Pingat Darjah Kebesaran yang sebelum ini pernah diberikan kepadanya iaitu Pingat/Medal Kebesaran Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE)

Beliau rela kehilangan dua kurniaan pingat kebesaran iaitu Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (C. B. E)   yang pernah dikurniakan sebelum ini kepadanya dan Darjah Kebesaran Knights Commander of the Order of the British Empire (K. B. E)  yang bakal diterimanya.

Oleh kerana hendak memudahkan cara, beliau meminta agar didatangkan kepadanya kerusi yang rendah untuk diletakkan lututnya diatas kerusi ini tanpa perlu membongkokkan badannya seperti orang meruku'.

Maka Queen Elizabeth ll kagum dengan prinsip Almarhum Syeikh Abu Bakar Al Kaff ini yang tidak akan tunduk pada sesiapa pun selain Allah Ta'ala. Bermula dengan peristiwa inilah gaya-style ini di tiru semasa upacara penerimaan Pingat/Medal Kehormatan. [HSZ]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kisah Almarhum Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff dengan Queen Elizabeth ll, sang Ratu Kerajaan United Kingdom">

   RELATED POST

Kisah Sahabat Ukasyah bin Mihshan yang Menuntut Rasulullah SAW


Ini Senarai Nasab Keturunannya:

أبو بكر بن شيخ

بن عبد الرحمن

بن أحمد

 بن محمد

بن علوي

بن محمد

بن أحمد

 بن محمد

 بن أحمد

بن محمد

 بن أحمد الكاف

 بن محمد كريكرة

 بن أحمد

 بن أبي بكر الجفري

بن محمد

بن علي

بن محمد

 بن أحمد

 بن الفقيه المقدم محمد

بن علي

بن محمد صاحب مرباط

بن علي خالع قسم

 بن علوي

 بن محمد

بن علوي

بن عبيد الله

بن أحمد المهاجر

 بن عيسى

بن محمد النقيب

بن علي العريضي

بن جعفر الصادق

 بن محمد الباقر

بن علي زين العابدين

بن الحسين السبط

 بن الإمام علي بن أبي طالب

، والإمام علي زوج فاطمة بنت محمد صل الله عليه وسلم،


Sumber : Che Pai. via Fadhlin Zent/ Kisah Sejarah Melayu 

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

#RasulullahSAW #NabiMuhammad SAW,  #Syeikh Abu Bakar Bin Syeikh Abdul Rahman Al-Kaff  #QueenElizabethll #Hijriah #Masehi #Alquran #Hadits  #Yaman, #Khalifah #Hikmah

VIDEO :  

BAGAIMANA HAKIKAT SHOLAT ITU SEBENARNYA? Sudah Sempurnakah Sholat Kita?

No comments