MALAYSIA JADI NEGARA IMPIAN DAN TEMPAT LAMBAKAN PELARIAN 5O NEGARA
MALAYSIA JADI NEGARA IMPIAN DAN TEMPAT LAMBAKAN PELARIAN 5O NEGARA
FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR: Negara Malaysia dibimbangi menjadi tempat lambakan dan tumpuan pelarian apabila data terbaharu menunjukkan terdapat 182,000 pelarian dan pemohon suaka dari 50 negara dengan tertinggi adalah Etnik Rohingya dari Myanmar.
Related Posts
ETNIK ROHINGYA BANGSA YANG SELFISH DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR
Ini berdasarkan sehingga Mac 2022 lalu, pelarian dari Myanmar mencatatkan jumlah tertinggi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia iaitu 156,110 orang.
Beberapa pakar sosial berpandangan, lambakan pelarian berkenaan jika tidak ditangani segara boleh menimbulkan konflik yang teruk kepada negara, terutama kesan ditanggung oleh kerajaan dari sudut kesihatan dan kewangan.
Jurucakap UNHCR Malaysia, Yante Ismail, berkata daripada 156,110 pelarian dan pemohon suaka Myanmar, seramai 103,810 terdiri daripada etnik Rohingya, 22,700 Chin dan 29,600 individu dari kumpulan etnik lain.
"Pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia adalah meliputi 50 negara yang melarikan diri dari peperangan dan penindasan di negara asal mereka".
Inilah Contoh Manusia-Manusia Tamak-Haloba yang Sanggup Menjadi Pengkhianat Negara dengan Menerima Upah Lumayan Membawa Masuk Pendatang Haram ke Malaysia
READ MORE
Masalah Imigran Rohingya Di Malaysia Semakin Complicated dan Meresahkan
PELARIAN PERLU JALANI PROSES ASIMILASI
"Selain Myanmar dan etnik Rohingya, terdapat juga pelarian dan pemohon suaka dari Pakistan iaitu 6,750 orang, 3,750 dari Yaman, 3,230 dari Somalia, 2,860 dari Afghanistan, 1,640 dari Sri Lanka dan lain-lain negara.
"Sebanyak 67 peratus pelarian dan pemohon suaka terdiri daripada lelaki, manakala 33 peratus wanita, selain terdapat kira-kira 45,800 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya kepada BH,
Beberapa bulan lepas, seramai 528 warga asing terdiri dari etnik Rohingya yang juga tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Kedah, bertindak merusuh dan melarikan diri pada jam 4 pagi.
Daripada 528 orang yang melarikan diri dari depot yang menempatkan 664 tahanan itu, enam maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Selatan berhampiran Jawi.Negeri Kedah.
Mengulas kesan lambakan pelarian berkenaan, pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sementara pujian harus diberikan kepada negara kerana meletakkan komitmen yang tinggi dalam usaha membantu pelarian Rohingya, namun negara juga berdepan pelbagai kekangan.
Katanya, pelbagai kesan perlu ditanggung oleh kerajaan apabila berlakunya lambakan pelarian Rohingya.
"Seperti diketahui, pelarian Rohingya turut memberi kesan kepada masalah sosial berikutan perbezaan budaya, norma kehidupan dan tingkah laku mereka begitu jauh ketaranya dengan masyarakat kita.
"Akibatnya ia menimbulkan ketegangan kerana sikap pelarian Rohingya itu sendiri hingga mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat tempatan.
"Bagi saya, pelarian Rohingya ini sepatutnya perlu menjalani proses asimilasi, menghormati budaya di negara mereka datang, tidak bersikap seperti di negara sendiri supaya mereka tidak menimbulkan ketegangan," katanya.
Bagi Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Seri Halim Ishak, kehadiran pelarian Rohingya yang dianggap mencabar kedaulatan negara kerana masuk secara haram.
Katanya, berdasarkan kemasukan mereka di negara setiap tahun, etnik Rohingya sentiasa menimbulkan 'onar dan duri' kepada masyarakat tempatan dengan pelbagai masalah.
"Kemasukan mereka secara haram juga memberi kesan kepada negara untuk menanggung mereka yang berada di pusat tahanan, walhal negara kita juga sedang berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu.
"Justeru, Malaysia perlu bertegas kerana etnik Rohingya ini bukanlah pelarian perang yang perlu dikasihani, tetapi mereka adalah pelarian ekonomi yang apabila datang ke negara kita secara haram.
"Umpamanya mereka menguasai ekonomi setempat, bertindak seperti berada di negara sendiri dengan isu peradaban yang jauh berbeza dengan negara kita," katanya.
Beliau berpendapat, sampai masanya Malaysia lebih prihatin terhadap rakyat sendiri dengan mencipta peluang pekerjaan dan latih kemahiran, bukannya tertumpu kepada pelarian yang semenangnya memberi masalah kepada Negara.
Katanya, MCCF yang berpengalaman dalam menjalankan penyelidikan isu lambakan warga asing melalui Program Khidmat Warga Perantau sejak 2015 berharap agar kerajaan lebih menumpukan kepada mencari jalan untuk mengusir mereka ke negara-negara ketiga.
"Cukuplah Malaysia yang terkenal dengan sifat mulia dan nilai keprihatinan yang tinggi kepada semua warga asing hingga mendatangkan natijah kepada rakyat tempatan sendiri," katanya.
Merujuk kepada kejadian rusuhan di depot Sungai Bakap, Yante juga berkata, UNHCR setakat ini tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan pelarian di dalam pusat tahanan berkenaan.
"Ini disebabkan kita tidak mempunyai kebenaran daripada Jabatan Imigresen untuk akses ke semua pusat tahanan pelarian sejak Ogos 2019.
"Kita juga tidak dibenar menemui semua pelarian dalam tahanan untuk menentukan sama ada mereka memerlukan perlindungan antarabangsa atau tidak, selain memohon agar pihak berkuasa membebaskan mereka untuk berada di bawah UNHCR," katanya.
UNHCR Malaysia katanya, amat prihatin kerana masih terdapat pemohon suaka di pusat tahanan Imigresen, termasuk individu rentan yang memerlukan perhatian.
"Seperti dalam kejadian yang berlaku tempoh hari, ia amat menyedihkan kerana membabitkan kematian enam pemohon suaka, termasuk dua kanak-kanak yang mati dengan tragik ketika melarikan diri," katanya.
READ MORE
Kisah Benar;Coretan Relawan Reporter Amatur Di Garisan Depan Syria[3]
Kisah Benar; Perempuan Syria Betul-betul Diposisikan Sebagai Penjaga Gawang
INFO: 182,000 PELARIAN DARI 50 NEGARA SEHINGGA MAC 2022
• 103,810 daripada etnik Rohingya
• 29,600 kumpulan etnik lain
• China 22,700
• Myanmar 156,110
• Pakistan 6,750
• Yasman 3,750
• Somalia 3,230
• Afghanistan 2,860
• Sri Lanka 1,640
DOKUMEN UNHCR
• Mengesahkan seseorang itu memerlukan perlindungan antarabangsa.
• Bertujuan mengiktiraf status orang pelarian dan pemohon suaka yang memerlukan perlindungan antarabangsa.
• Melindungi pelarian dan pemohon suaka daripada diusir ke negara asal yang mana kebebasan atau nyawa mungkin terancam. Ia dikenali sebagai prinsip non-refoulement dalam undang-undang adat antarabangsa dan setiap negara terikat tanpa mengira sama ada ia menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Orang Pelarian, atau tidak.
• Kad UNHCR bukan lesen memandu, dokumen undang-undang, dokumen perjalanan, atau permit penetapan. Ia tidak memberi kekebalan tindakan undang-undang.
• Pemegang kad UNHCR harus mematuhi undang-undang negara tuan rumah.
• Mereka tidak akan kehilangan kad pelarian jika melakukan jenayah.
• Ada alasan yang menyebabkan pelarian terkecuali daripada perlindungan antarabangsa seperti melakukan jenayah yang melanggar keamanan, jenayah peperangan, jenayah terhadap kemanusiaan atau lain-lain sebab serius. [hsz]
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#myanmar, #rohingya #bangladesh, #pakistan, #nepal, #india, #indonesia,
VIDEO :
No comments
Post a Comment