Siapa yang Arah dan Luluskan Surat ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib">

Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta penjelasan sama ada surat yang dianggap ‘luar biasa bodoh’ daripada Tan Sri Tommy Thomas kepada peguam keturunan Sulu diluluskan oleh Jemaah Menteri Pakatan Harapan (PH) atau ia adalah surat daripada Tommy sebagai Peguam Negara. Penjelasan itu dituntut untuk dijawab oleh Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng.
Mantan perdana menteri itu menyifatkan surat ‘luar biasa bodoh’ itu adalah kes berat kerana ia melibatkan tuntutan pampasan kepada negara Malaysia sebanyak RM63 bilion. ”Sebab ini isu berat, saya nak tanya pemimpin-pemimpin kerajaan dahulu termasuk Mahathir, Guan Eng dan Muhyiddin: Adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan jemaah menteri masa itu ataupun ianya hanya surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja? ”Kalian sudah hilangkan Pulau Batu Puteh tanpa penjelasan sebaik sahaja kalian ambil alih kerajaan. Jangan pulak kedaulatan Sabah turut hilang ataupun negara perlu bayar pampasan RM63 bilion akibat kelemahan dan kebodohan kalian juga,” kata Najib dalam hantaran di Facebook.[1]
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib">
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib">

Isu Malaysia diarahkan bayar pampasan RM 63 billion kepada "Waris Kesultanan" Sulu sudah meletop minggu lepas lagi.

Tapi DS Najib Razak tahan dan hanya up hari ini kerana tak mahu ia dianggap modal politik PRN Johor2022.
Nampak tak betapa gentleman nya DSN ni?
Itulah bezanya 'negarawan' vs 'political beast' yang hanya faham mengawan macam PH dan PN.
Biarpun kami baharu lepas PRN (Pilihanraya Negeri) Johor2022, tetapi saya (Datuk Seri Najib Razak) rasa isu ini perlu mendapat perhatian orang ramai sebab ianya melibatkan isu kedaulatan negara.
Minggu lepas, negara kalah kes Mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu.
Sekiranya kita tidak bayar maka kita perlu serahkan wilayah Negeri Sabah kepada mereka.
Keturunan Sulu saman (summons/sepina) negara kita pada tahun 2019 ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas alasan Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah yang kini bernama Sabah setelah negara hentikan bayaran RM5,300 setiap tahun.
Bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu oleh segerombolan bersenjat4 yang suspected dari Wilayah Selatan Filipina, hingga mengakibatkan pengorbanan 10 ahli anggota keselamatan Negara.
(Apa? Kamu langgar perjanjian dengan ceroboh negara kita dan bunvh 10 wira kami dengan cara begitu kejam, masih harap kami bayar kamu?)
Yang saya tak faham ialah Peguam Negara Tommy Thomas masa kerajaan PH telah tulis surat pada tahun 2019 kepada peguam/lawyers United Kingdom (UK) yang mewakili keturunan Sulu yang sedang saman negara kita untuk mengaku "Malaysia kesal" dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar "tunggakan" dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.
Saya memang tak faham kenapa dia kesal. Dia kesal bahawa "hanya" 10 ahli anggota keselamatan kita terbunuh atau apa?
Lagipun, keturunan Sulu sanggup upah peguam UK untuk saman kita untuk pampasan berpuluh bilion Ringgit di Negara Sepanyol.
Jadi, adakah Tommy Thomas dan kerajaan PH fikir bahawa keturunan Sulu akan hentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja?
Akibatnya, selain kerajaan PH tidak menghantar wakil ke kes mahkamah Sepanyol, surat peguam negara tahun 2019 ini yang dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam keturunan Sulu bagi menang kes ini sebab surat ini disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah "salah" dan kita "kesal".
Surat tahun 2019 ini juga digunakan oleh peguam UK minggu lepas untuk sangkal pendirian peguam negara Malaysia hari ini bahawa identiti waris terbabit diragui.
"10 Mac 2022: Peguam UK sangkal dakwaan AGC mengenai identiti waris Sultan Sulu"
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang Arah dan Luluskan Surat  ‘extraordinarily stupid’ Tommy Thomas kepada Sulu Lawyers? – DS Najib">
Signature by Tommy Thomas 
Sekiranya kamu kata Malaysia "sudah mengaku salah dan kesal", Adakah kami masih berpeluang untuk menang kes kah?
Sebab ini isu berat, saya nak tanya pemimpin-pemimpin kerajaan dahulu termasuk Mahathir, Guan Eng dan Muhyiddin:
Adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan jemaah menteri masa itu ataupun ianya hanya surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja?
Dan, anehnya mengapa keturunan Sulu perlu tunggu dari tahun 2013 hingga kerajaan bertukar tangan pada tahun 2018 sebelum memulakan saman terhadap negara?
Kalian semua (Regime Gagalkrasi PH-editor) sudah hilangkan Pulau Batu Puteh tanpa penjelasan sebaik sahaja kalian ambil alih kerajaan.
Jangan pulak Kedaulatan Negeri Sabah turut hilang ataupun Negara perlu bayar pampasan RM63 bilion akibat kelemahan dan kebodohan kalian juga.[hsz] [2]
Reference ;
[1] MalaysiaGazette
[2] DS Najib Razak

Editor Helmy Network

Ilustrasi Image, Doc, Helmy Network

#analysis, #conspiracyarchive, #featured, #news politics, VIDEO;

FAKTA! BAGAIMANA R0TH$CHILD & FAMILY MENCIPTA ISR@H€LL


No comments